Kegembiraan Mark Goldbridge Menganjing Pemain Boro Raikan Gol Batal Berubah Menjadi Tragedi Untuknya

Manchester United telah tersingkir dari saingan Piala FA awal pagi tadi selepas dikejutkan dengan kekalahan di tangan Middlesbrough.

Setan merah terpaksa akur ditendang keluar dari kejohanan pada tahun ini di tangan pasukan dari saingan Championship itu menerusi penentuan sepakan penalti.

Aksi 120 minit berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi aksi penentuan sepakan penalti.

Selepas 15 penalti berakhir dengan jaringan, Anthony Elanga kemudiannya gagal untuk menyempurnakan sepakan penaltinya lalu mengesahkan kemenangan untuk Boro.

Ia juga menyebabkan Man Utd terpaksa akur ditendang keluar dari saingan FA Cup di halaman mereka sendiri dan ia jelas sesuatu yang sangat mendukacitakan.

Gol penyamaan Middlesbrough jaringan Matt Crooks pada minit ke-64 permainan telah mencetuskan kontroversi terbesar dalam perlawanan ini.

Bola dikatakan secara tak sengaja telah terkena tangan Duncan Watmore di dalam kotak penalti United. Perlawanan tetap diteruskan dengan beliau kemudiannya menghantar bola cantik menemui Crooks.

Pemain United ketika itu sudah mengangkat tangan memberi isyarat bahawa bola sudah terkena tangan dan menyebabkan mereka tak beri tumpuan untuk mengawal pemain lain di dalam kotak penalti.

Duncan kemudiannya tenang menolak bola masuk ke gawang United, dan ramai yang percaya gol itu akan dibatalkan oleh VAR.

Pengadil kemudiannya merujuk VAR dan selepas selesai membuat rujukan, keputusan pengadil tidak berubah dengan gol itu dibenarkan.

Jika mengikut buku, keputusan yang dibuat oleh VAR dan pengadil perlawanan adalah benar dan tepat.

Wakil The United Stand, Mark Goldbridge merupakan antara penyokong setan merah yang paling teruja melihat gol itu akan dibatalkan.

Beliau menganjing teruk pemain Boro kerana meraikan gol tersebut kerana beliau percaya yang gol itu akan dibatalkan oleh VAR.

Bukan hanya menganjing, beliau juga turut memberi nasihat kepada para pemain Boro supaya tidak meraikan gol yang tak akan dibenarkan seperti itu.

Namun sebaik pengadil perlawanan membenarkan gol tersebut, reaksi beliau segera berubah dengan beliau mula meroyan memaki hamun VAR dan pengadil perlawanan.

Goldbridge yakin gol itu tak sepatutnya dibenarkan

“Dia handball. Dia (mencarut) handball. Ada VAR. Kita akan baik-baik sahaja. Lihat mereka meraikan gol itu. Bola kena tangan dia, saya boleh nampak dari sini. Ia tak gol, ia handball. Tutup mulut, tenang. Jangan risau tentang itu.”

Jelas Mark Goldbridge.

“Saya rasa macam kesian dengan dia. Crooks: kamu akan buat diri kamu nampak seperti orang bodoh. Ada VAR dalam FA Cup di Old Trafford. Mereka berlari di situ seolah-olah mereka menang Piala Dunia. Nampak sangat bodoh. Dia fikir dia berjaya.”

“Saya macam tak percaya mereka boleh raikan itu. Saya tak percaya pemain yang handball itu boleh berlari di sana dan meraikan gol itu. Saya tak faham dalam dunia bola sepak modern bagaimana pemain lakukan itu. Mereka tahu bola kena tangan. Kamu tak patut lakukan itu.”

Sebaik gol itu dibenarkan, reaksi Mark Goldbridge segera berubah dengan beliau meroyan seolah-olah baru diselingkuhi oleh kekasihnya.

“Dia bagi gol tu? Buto apa ni! Dia bagi gol tu! Apa kejadah semua ni! Bagaimana dia boleh bagi gol tu? Dia jelas handball. Bagaimana mungkin gol itu boleh dibenarkan. Adakah kamu (mencarut teruk). Sesiapa saja tolong beritahu saya peraturan apa di pakai di sana. Apa kejadah gol macam tu boleh dibenarkan?!”

Sepertinya bukan hanya Goldbridge yang rasa seperti itu dan jelas sekali kebanyakkan para penyokong setan merah juga bengang mengapa pengadil membenarkan gol tersebut.

Kenapa Bola Terkena Tangan Pemain Middlesborough Tidak Diendahkan Oleh Pengadil

Sebelum kita tengok kemaskini peraturan baru tu, kita kaji dulu apakah bola tangan atau yang selalu kita sebut handball.

Syarat sah bola tangan adalah apabila bola terkena tangan, dari hujung jari sehingga ke lengan.

Kalau bola terkena kaki, lutut, dada, bahu, telinga, pinggang atau tulang selangka, itu tidak dikira bola tangan.

Kelakar tak?

Dalam kemaskini yang baru dikeluarkan oleh IFAB dan korang boleh baca di sini, peraturan baharu ini lebih kepada situasi sengaja vs tidak sengaja (deliberate vs non-deliberate).

Dalam bahasa mudah, sengaja ni seseorang pemain itu sengaja menghulur tangan ke arah bola, kecualilah kalau pemain tu penjaga gol. Tapi kalau penjaga gol ni pegang bola di luar kotak penalti sendiri, itu dikira bola tangan juga.

Syarat kedua sengaja bola tangan ini adalah apabila tangan dijarakkan daripada badan sehingga membuatkan badan lebih besar daripada biasa.

Tiada bantahan la di situ. Contoh bola tangan paling terkenal adalah bilamana Luis Suarez mempertahankan golnya daripada dibolosi Ghana pada minit terakhir masa tambahan dalam pusingan suku akhir Piala Dunia 2010.

Dia dilayangkan kad merah dan Ghana dihadiahkan tendangan penalti, namun sepakan Asamoah Gyan sekadar menggegar palang. Uruguay muncul pemenang selepas penentuan sepakan penalti.

Contoh tak sengaja ni macam bukan sengaja aku merahsiakan cinta, tapi curiga kau kan tersalah sangka kerana kita rasa bangga bila dipuja dan rasa keji bila dihina. Kerana kita menolak segala bencana, dan asyik bergembira dengan nikmatnya sedangkan semua ini adalah takdirnya dan kita harus bersyukur sentiasa.

Kenapa kau nyanyi sekali?

Tak sengaja ni bermaksud pemain tidak menghulurkan tangan ke arah bola tapi bola tetap hinggap di tangan dia, dan secara mendalamnya, ada beberapa syarat sah untuk bola terkena tangan tetapi dikira tidak sengaja.

1- Walaupun tangan didepakan, atau dijarakkan daripada badan, tetapi tujuan utamanya adalah untuk menyokong kestabilan badan. Contohnya ketika kita melompat, kita akan menguakkan sedikit tangan untuk membolehkan badan kita seimbang.

Tak ada dalam sejarah orang lompat nak tanduk bola sambil tangan di depan macam gaya kumpulan nasyid.

Ataupun, tangan dijarakkan daripada badan ketika kita nak jatuh tersembam ke padang.

2- Tangan sudah dirapatkan ke badan, tapi bola tetap hinggap ke tangan. Contohnya ketika kita berada di benteng berhadapan dengan tendangan percuma lawan, pasti kita meletakkan tangan di dada untuk melindungi hentakan ke jantung, dan sebelah tangan lagi di bahagian telur – untuk mengelakkan kejadian senak yang amat.

3- Tatkala bola disepak, tangan kita sedang didepakan keluar, tetapi kita dengan sedaya upaya cuba menarik tangan tu rapat ke bahagian badan untuk mengelakkan daripada terkena bola.

Ingat, alihkan tangan ketika bola disepak tau, bukan alihkan tangan selepas bola terkena tangan. Selalunya yang kita nampak macam ni lah.

4- Tangan didepakan jauh daripada badan, tetapi bola hinggap ke tangan dalam keadaan yang tidak dijangka.

Contohnya kita angkat tangan sambil menunjukan arah ke arah hantaran bola kepada kawan kita. Tapi, punyalah pengkau kaki dia tu, sepak bola tak semena-mena terkena tangan kita.

Jika salah satu daripada syarat ini dipenuhi, maka bola yang terkena tangan akan dikira sebagai tidak sengaja, dan perlawanan akan disambung seperti biasa.

Tak guna korang pergi minta penalti dengan pengadil. Silap-silap nanti korang dapat kad kuning sebab banyak bunyi.

Lagi satu, kemaskini peraturan yang baharu ini akan menafikan sebarang gol yang dijaringkan dengan menggunakan tangan oleh pemain yang menyerang sama ada sengaja atau tidak sengaja.

Sengaja ni macam biasalah, pergi hulur tangan lepas tu bola terus masuk gol, seperti gol yang dijaringkan oleh Maradona suatu ketika dahulu tu.

Tak sengaja pula bermaksud orang lain sepak bola lalu terkena tangan kita, dan bola masuk ke dalam gol. Maka gol-gol seperti ini tidak akan dikira.

Akan tetapi, macam mana kalau bola terkena tangan pemain lain, lepas tu dapat ke kita lalu kita jaringkan gol?

Dalam hal ini juga ada dua keputusan yang berbeda.

1- Bola terkena tangan rakan sepasukan kita dengan tak sengaja dalam kotak penalti lawan, lalu bola muntah ke depan kita lalu kita memejam mata dan merembat deras dan bola dengan lajunya menerobos gawang lawan. Jarak masa daripada detik bola terkena tangan dan gol dijaringkan tu tak sampai dua saat pun – maka gol ini tidak dikira dan pihak lawan akan dihadiahkan tendangan percuma.

2- Bola terkena tangan rakan sepasukan kita dengan tidak sengaja dalam kotak penalti lawan, atau di luar kotak penalti, tetapi kita perlu menggelecek dulu bola tu selama beberapa saat sebelum kita chip bola tu lalu bola masuk ke gol lawan.

Dalam situasi ini bola tangan tersebut dikira tidak sengaja dan gol yang kita jaringkan tu dikira sah.

Perbezaan antara situasi (1) dan (2) tu adalah, situasi (1) menyebabkan pasukan kita mempunyai kelebihan yang nyata tanpa sempat dicabar oleh pihak lawan, manakala situasi (2) pula, pihak lawan masih sempat mencabar bola untuk mengelakkan gol daripada dihasilkan.

Pada musim lalu, berlaku situasi (2) di mana Josh Maja telah menjaringkan selepas bola terkena tangan Mario Lemina ketika pertemuan Liga Perdana Inggeris antara Fulham dan Tottenham Hotspur.

Selepas diteliti VAR, gol tersebut tidak dikira dan Fulham tewas perlawanan tersebut, lalu menyambung perdebatan hangat tentang peraturan bola tangan yang sudah sedia dicabar oleh para jurulatih.

Untuk lebih mendalam, korang baca sendirilah kat IFAB ni. Dalam link tu siap ada slide dan juga contoh-contoh bervideo untuk kesalahan bola tangan.

Sumber: GMS

BACA:  Premier League 2021/22: Manchester United 0-1 Wolves