Ketika aksi perlawanan akhir saingan Carabao Cup kemarin, ada salah seorang bintang besar dalam dunia bola sepak hari ini, yang turut berkunjung ke Wembley untuk beri sokongan kepada Liverpool.
Melihat bintang handalan dunia itu ada di Wembley, para penyokong Liverpool mula berangan-angan yang beliau bakal ke Anfield dalam masa terdekat ini.
Melihat Joao Felix berada di tempat duduk penyokong Liverpool di Wembley, para penyokong percaya ia memberi gambaran jelas yang bintang Portugal itu berkemungkinan akan ke Anfield pada musim panas ini.
Joao Felix was spotted at Wembley on Sunday 👀 https://t.co/W5wcTpcCix
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) March 1, 2022
Para penyokong Liverpool juga percaya yang Joao Felix merupakan calon terbaik untuk menggantikan tempat Roberto Firmino.
Pemain berusia 22 tahun itu berkongsi gambar beliau sendiri berada di stadium di laman instagram miliknya dan kerana gambar itulah timbulnya spekulasi yang mengaitkan beliau bakal ke Premier League.
Joao Felix was at Wembley last night in the Liverpool end watching the game👌 pic.twitter.com/UiM0iLruGh
— Watch LFC (@Watch_LFC) February 28, 2022
Joao Felix To Liverpool confirmed 👀
— . (@paulo060802) February 28, 2022
Please @LFC bring @joaofelix70 to Anfield.
— Jeffry Carias (@JCarias_92) March 1, 2022
“Dia merupakan antara pemain yang saya sangat gembira kalau dia ke Anfield. Dia memang ada potensi besar untuk jadi bintang handalan dunia. Saya rasa kos untuk dapatkan dia sekitar 60/70 juta. Kualiti terbaik untuk gantikan Roberto Firmino.”
“Jentera serangan kita akan jadi yang terhebat dalam dunia bola sepak, percayalah dia boleh gantikan tempat Firmino dan dia merupakan pemain masa depan kita.”
“Dia sekarang tenggelam sebab dia bermain di bawah pengurus yang suka main bertahan. Kalau dia main bawah Jurgen Klopp, seluruh dunia akan akui kehebatan dia.”
“Saya akan gembira yang teramat sangat-sangat andai dia benar-benar ke Anfield. Di usia remaja dia sudah bernilai lebih 100 juta, itu menunjukkan dia pemain yang berkualiti tinggi.”
“Kenapa dia ada di sini? Saya yakin tentu ada sebab sebalik semua ini dan saya yakin dia akan ke Anfield. Percayalah.”
Joao Felix was at Wembley last night to watch the Chels vs Liverpool. pic.twitter.com/rQTgZAWiWe
— Tuchel Ball ⭐️⭐️ (@TucheIBall) February 28, 2022
Felix kini sedang memasuki musim ke tiga beliau di Wanda Metropolitano sejak ditandatangani dengan yuran perpindahan memecah rekod pada tahun 2019 lalu dari Benfica.
Beliau walau bagaimanapun gagal untuk bersinar di Sepanyol, dengan Joao Felix nampak gagal konsisten di bawah kendalian Diego Simeone.
Melihat beliau agak malap, kebanyakkan kelab gergasi dalam dunia bola sepak sepertinya sangat berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.
Barcelona dan Manchester United merupakan dua pasukan yang benar-benar berminat untuk mendapatkan khidmat Joao Felix seandainya Atletico mahu melepaskannya.
Satu hal yang pasti, penyokong Liverpool benar yang Felix agak malap kerana bermain di bawah taktikal bertahan Diego Simeone.
Seandainya beliau bermain bersama pengurus yang menerapkan corak permainan menyerang, Felix sudah tentu akan lebih menyerlah dan bakal dikenali sebagai antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak.
Joao Felix sat with the Liverpool fans as we beat Chelsea at Wembley 👀 #LFC https://t.co/LqO1xm9sdq
— Empire of the Kop (@empireofthekop) March 1, 2022
Tapi kenapa dia ke Wembley dan duduk di tempat duduk penyokong Liverpool? Nak tunggu Fabrizio Romano update macam lambat lagi je kan?
Liverpool dalam perlawanan tersebut berjaya menewaskan Chelsea dengan keputusan 11-10 menerusi aksi penentuan sepakan penalti.
Kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang 120 minit permainan dalam perlawanan tersebut sebelum masuk ke penentuan sepakan penalti.
Menariknya lagi, selain mempamerkan aksi 120 minit yang menakjubkan, para pemain kedua-dua pasukan turut menghiburkan para peminat dengan aksi yang sungguh sengit ketika penentuan sepakan penalti.
Kesemua 22 pemain terlibat dengan 11 pemain Liverpool berjaya menyempurnakan sepakan penalti mereka, sementara Chelsea hanya Kepa Arrizabalaga seorang sahaja yang gagal.
⭕ Joao Felix spotted
⭕ £50m 'gets transfer done'
⭕ #LFC 'force Barcelona into action'@MattAddison97 has today's Media Digest.https://t.co/Rd13gCuwhK— Liverpool.com (@Liverpoolcom_) March 1, 2022
Kegagalan Kepa Arrizabalaga untuk menyempurnakan sepakan penalti telah mengesahkan kemenangan Liverpool untuk menjulang gelaran League Cup kesembilan dalam sejarah mereka.
Sumber: SPORTbible