Gol kedua Safawi Rasid melalui satu rembatan padu kaki kiri bukan sahaja hampir membelah jaring tetapi telah membelah hati penyokong Timnas Indonesia dan mengoyakkan jiwa-jiwa mereka yang sentiasa tidak stabil.
Safawi Rasid sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring dengan gol kedua peribadi melalui satu rembatan kencang lagi padu dan memuaskan hati mereka yang menonton.
Pemain paling bernilai itu telah membawa bola dari kanan padang hampir ke garisan gol selepas menerima hantaran yang tidaklah begitu tepat daripada Syahmi Safari.
Namun kesilapan ketua pasukan Indonesia, Yanto Basna yang main-main dan menyangka bola akan keluar dengan membuat hadangan yang tidak kemas mungkin terlebih yakin.
Safawi Rasid berjaya mencuri bola itu dengan mudah daripada kaki Yanto Basna dan mengawal bola dengan begitu baik ketika bola hampir keluar.
Pemain bola sepak paling bernilai itu telah membuat satu potongan ke dalam bagi mencari sudut dan ruang yang cukup selesa sebelum melepaskan rembatan.
Safawi Rasid kemudian telah melepaskan rembatan sesedap rasa yang membuatkan Muhammad Ridho sekali terpaksa redha dan pasrah, hanya mampu melihat bola membolosi gawang.
Rembatan kaki kiri yang terlampau kencang itu masuk dibahagian tengah gawang dan hampir-hampir saja mengoyakkan jaring.
Gol kedua #HarimauMalaya, rembatan kaki kiri padu @safawi37#HarimauMalaya pic.twitter.com/1u2NSjwIIi
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 19, 2019
Pemain paling bernilai di Malaysia, Safawi Rasid telah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-30 melalui satu sepakan percuma cantik menewaskan Muhammad Ridho dengan meletakkan bola ke penjuru kanan gawang.
Ternyata tindakan pemain Indonesia menjatuhkan Safawi Rasid anak kelahiran Dungun, Terengganu itu diluar kotak penalti mengundang padah.
Muhammad Ridho terpaksa redha dengan gol hasil sepakan percuma anak kelahiran dan anak jati berdarah Dungun itu yang sememangnya seorang pakar sepakan percuma.
Gol pertama #HarimauMalaya hasil sepakan percuma cantik @safawi37.
??? pic.twitter.com/5xa0hOrDcy— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 19, 2019
Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia 2-0 di dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan ini merupakan kekalahan kedua Indonesia kepada Malaysia di kumpulan G.
Safawi Rasid merupakan pemenangan anugerah pemain paling bernilai di anugerah bola sepak kebangsaan dua tahun berturut-turut di usia 22 tahun.
Pemenang 2018 : Safawi Rasid – Johor Darul Takzim
Pemenang 2019 : Safawi Rasid – Johor Darul Takzim