Kehilangan Peminat Nombor 1 Punca Tevez Mahu Bersara Dari Dunia Bola Sepak

Bekas bintang Manchester United, Manchester City dan Juvenile, Carlos Tevez telah mengumumkan yang beliau akan bersara terus dari dunia bola sepak.

Pemergian ayahnya pada tahun lalu merupakan antara sebab mengapa Tevez memilih untuk bersara dari dunia bola sepak.

Ayah Tevez yang juga dianggap sebagai peminat nombor satu beliau, Segundo Raimundo disahkan positif C0V-19 tahun lalu dan telah meninggal dunia pada Februari 2021 akibat komplikasi.

Tevez yang kini berusia 38 tahun itu telah ditawarkan untuk kembali beraksi selepas berakhirnya karier beliau bersama Boca Juniors pada tahun lalu.

Walau bagaimanapun, dek kerana beliau masih berduka atas kehilangan ayahnya, legenda Argentina itu memutuskan untuk tidak mahu lagi turun beraksi.

Beliau memilih untuk menggantung bootsnya kerana sudah tidak mempunyai kekuatan lagi untuk meneruskan karier bola sepaknya.

“Tahun lalu ketika saya beraksi bersama Boca ia jelas sekali sangat-sangat sukar kerana dia (Ayah Tevez). Saya bangun pada satu hari tu dan beritahu Vane (isteri Tevez), ‘Saya tak mahu bermain lagi.”

“Saya hubungi Adrian (ejen Tevez, Adrian Ruocco) pada petang itu dan beritahu dia, ‘Dengar, saya tidak akan bermain lagi. Saya sudah bersara.”

“Mereka sentiasa tanya saya kenapa saya memilih untuk berhenti bermain sehingga saya beritahu mereka, ‘Saya berhenti bermain kerana saya kehilangan penyokong nombor satu saya. Ketika saya berusia 8 tahun, dia lah satu-satunya orang yang datang menyaksikan saya bermain.”

“Apa lagi sebab lain yang boleh buatkan saya bersara? Saya beritahu mereka, ‘Saya tak mahu bermain untuk sesiapa lagi.’ Saya rasa itulah kali pertama saya betul-betul fikirkan tentang diri sendiri. Saya sudah kehilangan penyokong nombor satu saya dan itu membuatkan saya rasa tak mahu bermain lagi.”

Kedua-dua Tevez dan penemu bual beliau hampir menangis ketika membincangkan hal tersebut dengan legenda Manchester itu sendiri mengesahkan kariernya sudah berakhir.

Tevez memulakan karier bola sepaknya bersama Boca Juniors dan beliau turut memilih untuk mengakhiri kariernya yang menakjubkan itu bersama kelab kesayangannya itu.

Beliau juga merupakan antara legenda terhebat sepanjang zaman di pentas bola sepak Inggeris dengan Tevez pernah menyelamatkan West Ham dari zon penyingkiran pada musim 2006/07 yang lalu.

Beliau kemudiannya memenangi gelaran Premier League berganda dan turut memenangi satu gelaran Champions League bersama Manchester United.

Tevez kemudiannya mengejutkan dunia bola sepak dengan memilih untuk menyertai Manchester City dan turut berjaya membantu The Citizens memenangi gelaran FA Cup serta gelaran liga.

Secara keseluruhannya, Tevez berjaya menjaringkan 84 gol dari 202 penampilan dalam saingan Premier League sebelum beliau mengembangkan kariernya ke Itali.

Beliau menandatangani kontrak bersama gergasi Serie A, Juventus yang mana beliau di Turin berjaya menjaringkan 50 gol dari 95 penampilan.

Tevez turut pernah beraksi di Asia bersama Shanghai Shenhua sebelum kembali ke kelab kesayangannya Boca Juniors.

Beliau kini sepertinya bakal mengalihkan perhatiannya ke arah dunia pengurusan dan mahu memimpin pemain-pemain muda untuk menjadi sehebat beliau.

“Saya membuat keputusan untuk menjadi seorang pengurus.”

Tambah Tevez lagi menurut Xinhua News Agency.

“Saya bersedia untuk lakukan itu sekarang. Saya belajar tentang bagaimana untuk bercakap. Ia merupakan sesuatu yang perlu saya siapkan. Saya tidak akan terima kerja dari mana-mana bekas kelab hanya untuk beritahu pemain yang ‘mereka perlu menang’ atau ‘kita semua dalam masalah.’ saya perlu beri pemain segalanya yang mencukupi untuk menang.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Carlos Tevez Kini Bergelar Pengurus, Dibantu Oleh Jurulatih Hoki Legenda Argentina