Kekalahan Manchester United Dibayangi Oleh Pengadil Korup, Nasib Dan Pesta Buih

Semalam Manchester United ditewaskan pasukan West Ham United. Maka ramailah yang bersorak gembira seperti tiada esok.

Kenapa terlalu ramai yang gembira? Rahim Martial kelihatan sugul di meja mamak bernombor A8. Pasukannya kini sudah 3 kali tak menang.

Di sebelahnya, Razif Abumiyang cuba membahannya namun ditenangkan oleh Fendi Hazard yang seraya berkata dalam satu nafaz:

“Happy macam mana pun dengan kemenangan West Ham tadi, perasaan kawan-kawan kita yang menyayangi Manchester United jangan kita sakitkan.”

“Group whatsapp pun diam je sebab masing-masing tahu Manchester United zaman Rooney, Giggs banyak menghiburkan kita semua.”

“So gais, saya minta dengan seikhlas hati supaya hati-hati dalam berkata-kata.”

Kenyataan itu benar-benar menusuk ke dalam jantung dan bergenang air mata Rahim Martial yang kemudiannya mengarahkan mamak mengira semua bil atas nama beliau.

Maaf, terlupa yang saya ditugaskan memberikan pandangan pakar untuk perlawanan ini.

Di atas padang, Mourinho terpaksa tidak menurunkan Alexis Sanchez yang menerima jemputan bermain piano pada kenduri kahwin di sekitar Manchester.

Sanchez kelihatan bermain piano lagu Goyang 2 Jari di majlis perkahwinan

Martial diturunkan pun atas undian peminat. Mourinho berkata:

“Bukan korang ke merengek nak Martial main sejak dari dulu lagi.”

https://twitter.com/FanAnticsFC/status/1046076112340766720

Paul Pogba diturunkan walaupun sebelum ini ada sedikit bertengkar tanpa bertumbuk dengan Mourinho. Namun tak lamalah, sampai minit ke-71, dia dikeluarkan.

Sebagai pasukan yang paling power, Mourinho bereksperimen menurunkan McTominay di back 3. Digandingkan dengan Smalling dan juga Lindelof.

West Ham yang baru segar daripada kejayaan menang ke atas Everton dan menyerikan Chelsea kelihatan yakin akan mampu bermain banyak buih dalam perlawanan ini.

Buih pertama meraikan gol West Ham ditiup awal dengan gol pertama oleh Felipe Anderson. Mourinho bengang dengan pengadil yang buta tak nampak Zabaleta offside.

Selamanya meniup buih. Geram Mourinho dengan benda macam ni

Nah anda saksikan sendiri betapa menipunya pengadil. Mohon Azwan Ali sound sikit.

https://twitter.com/Jvckist/status/1046113281209978880

Anderson meraikan golnya tanpa rasa bersalah kepada sistem keadilan dalam bola sepak.

Mourinho kemudian mengarahkan Pogba dikeluarkan kerana pemain itu kelihatan tidak fokus di dalam padang. Mourinho geram dan mahu Pogba merasa apa perasaan kena buih tepi padang.

Mourinho mahu Pogba pula merasa pipi basah kena buih tepi padang

Kemasukan Rashford memberikan impak dengan menyamakan kedudukan buat Manchester United. Lalu Rahim Martial sudah sedia menaikkan status ‘Comeback is real’

Namun ia tak kekal la. Wajah Mourinho dibasahi buih lagi apabila Lindelof yang selama ini kerap disisihkan Mourinho telah bertindak memadamkan senyuman Mourinho serta merta dengan jaringan sendiri.

Berkicap Rahim kena troll di ruangan komennya. Dan dia telah mendelete status yang hanya kekal 4 minit itu.

Namun ada yang masih kekal percaya Red Devils akan seri dalam perlawanan ini.

https://twitter.com/GoldbridgeWorld/status/1046050587043930112

Rashford kemudian melepaskan bola kepada Zabaleta dan Arnautovic menjaringkan gol ke-3. Lalu Mourinho bangun lagi dalam keadaan dia disembur buih.

Mourinho mengutuk pengadil yang dianggap buta kayu kerana tak meniup wisel foul.

Mourinho dijangka akan cuba membawa permasalahan ini kepada badan tertinggi bola sepak England agar menggunakan pengadil daripada Jepun.

Anda ingat saya ada masa sakit kepala kata Mourinho yang ada klausa tebus kontrak sekitar £26 juta

Pellegrini tidak mahu West Ham menambah gol lagi kerana mahu memberikan peringatan kepada Mourinho tentang angka 3.

Beberapa purnama lalu, Mourinho berkata:

“Korang nampak ni apa? Selain 3-0 ini adalah jumlah kejuaraan EPL yang aku ada tahu. Aku ada 3, 19 coach lain cuma ada 2. Respect, respect man, respect.”

Pellegrini mengharapkan sidang media yang sama, namun haram Mourinho tak buat.

Penyokong part time West Ham meraikan kemenangan pasukan tukul itu. Mereka kebanyakannya terdiri daripada penyokong EPL lain yang busuk hati dengan Manchester United.

Seorang penyokong Manchester United dibuihkan oleh penyokong West Ham.

Ini merupakan kekalahan ke-3 Manchester United. Kalau tak silaplah. Korang tengok la google sendiri. Nak minta suap semua benda tak boleh la.

Mungkin sudah tiba masanya, Menteri Belia dan Sukan Manchester United mengutuk Mourinho yang berpendapatan sekitar £250,000 seminggu bertanggungjawab di atas kekalahan ini.

Mourinho kini dalam tekanan. Dan akak-akak bawang di Manchester United sempat menyebarkan gosip bahawa Mourinho bakal dipecat.

Itulah kisah kekalahan Manchester United yang agak tragis kerana pengadil yang teruk dan gol nasib. Gol pertama offside. Gol kedua nasib. Gol ketiga foul ke atas Rashford.

Jelas sekali hanya ada 1 sahaja gol bersih dan tiada faktor nasib iaitu gol Rashford. Oleh itu perlawanan ini patut dimenangi Manchester United 1-0.

Semoga Manchester United akan bangkit selepas ini untuk menutup mulut-mulut yang ketawa itu. Penyokong Manchester United teguh di belakang Mourinho.

https://twitter.com/ItsGitau_/status/1046063844748087297

Itu sahaja ulasan daripada pakar bola sepak anda. Ingatlah bahawa, kuat Manchester United, kuatlah England.

BACA:  Mourinho Meroyan Lagi, Minta Penyokong Manchester United Lebih Bersabar