Kekebalan Conte Bakal Diuji Guardiola

Chelsea mempamerkan kehebatan luar biasa apabila mencatatkan 7 kemenangan berturut-turut sekaligus meletakkan meraka di takhta liga, namun kehebatan Chelsea bakal teruji apabila menentang Manachester City.

Manchester City ketika ini mengalami masalah prestasi yang terumbang-ambing tetapi masih belum kalah di tempat sendiri musim ini. Pertembungan Conte dan Guardiola bakal menyaksikan pertembungan dua pakar taktikal.

“Jadi ia satu ujian besar buat kami kerana City juga bukan calang-calang pasukan. Jika hendak dibandingkan prestasi kami dua bulan lalu, tentulah sukar untuk menang ke atas Tottenham tempoh hari tetapi keadaan sekarang sudah berbeza,” kata Conte.

Dua bulan lalu Chelsea bergelut mencari rentak dan ketika itu City gah di puncak dan seakan-akan sudah stabil tetapi segalanya telah berubah. Kepakaran taktikal Guardiola ditagih untuk mengubah prestasi City.

Mungkin City dapat menampilkan sesuatu yang berbeza menentang Chelsea malam ini apabila beberapa tonggak mereka Yaya Toure, John Stones, Ilkay Gundogan, David Silva dan Kevin De Bruyne sudah kembali.

Yaya Toure berpendapat Chelsea mempunyai kelebihan kerana tidak terlibat dalam perlawanan Eropah dan mempunyai rehat yang cukup.

“Chelsea bermain seminggu sekali (tanpa saingan Eropah). Mudah bagi mereka mempersiapkan pasukan dan mengambil kesempatan daripada keadaan kami yang kurang rehat.

“Kadang-kadang sukar untuk kami kembali fokus. Anda perlu kuat dari segi mental dan fizikal untuk bersaing,” kata Toure baru-baru ini mengulas jadual ketat City untuk aksi Eropah dan liga domestik.

Toure ni baru berapa game main balik takkan dah penat?

Baca Juga

Baca Juga