Kekejaman Solskjaer Dan Staff Terhadap VDB Mengejutkan Para Pemain Man United

Pembantu Ole Gunnar Solskjaer tidak yakin yang Van de Beek memiliki personaliti yang tepat untuk berdepan tekanan bermain bersama Manchester United.

Laporan mengejutkan itu menyatakan yang staff kejurulatihan Solskjaer tidak percaya dengan kemampuan Donny Van de Beek dan menganggap bintang Belanda itu tidak ada ciri dan kritiria yang tepat untuk bermain bersama kelab sebesar United.

Pemain midfield Netherlands yang kini berusia 24 tahun itu melalui karier yang mengerikan di Old Trafford, sejak dari awal beliau ditandatangani dari Ajax pada tahun 2020 lalu.

Nilai £35 juta yang United bayar untuk dapatkan beliau sepertinya tidak berbaloi untuk kelab kerana khidmat pemain itu sama sekali tidak digunakan oleh pengurus.

Van de Beek tidak pernah diturunkan dalam kesebelasan utama United dalam saingan Premier League sepanjang musim ini, dengan beliau hanya membuat tiga penampilan sahaja dari bangku simpanan.

Bekas bintang Ajax itu dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi kekalahan memalukan 4-1 bertemu Watford di Vicarage Road kemarin.

United telah mengumumkan yang Ole Gunnar Solskjaer secara rasminya telah diceraikan oleh pihak kelab, dengan setan merah kini sedang berusaha mencari calon penggantinya.

Man Utd pada ketika ini enam mata dipisahkan dari kedudukan empat teratas dalam saingan Premier League, dan ia bukanlah satu hal yang positif untuk kelab.

Van de Beek sendiri sudah dikaitkan dengan bakal meninggalkan Old Trafford pada jendela perpindahan Januari nanti.

Penilaian kejam Solskjaer terhadap Van de Beek

Wakil The Times, Paul Hirst kini mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa barisan kejurulatihan Ole Gunnar Solskjaer sangat tidak yakin dengan personaliti yang dimiliki oleh Van de Beek.

Mereka sama sekali tidak percaya yang bintang Belanda itu boleh menyerap tekanan bermain bersama kelab seperti Manchester United dan tidak yakin de Beek boleh beraksi dalam perlawanan yang besar.

Menurut laporan sama, Van de Beek bersama rakan sepasukannya yang lain terkejut dengan bagaimana layanan yang diterima oleh bintang Belanda itu di Old Trafford.

Pemain kebangsaan Netherlands yang dikaitkan bakal menyertai Newcastle dan Everton itu telah membuat 36 penampilan dari semua pertandingan bersama Manchester United musim lalu.

Legenda Man Utd, Rio Ferdinand baru-baru ini mempertikaikan tentang cara de Beek dilayan dan turut berharap agar bekas bintang Ajax itu pergi saja meninggalkan kelab.

Ole scam Van de Beek

Ole Gunnar Solskjaer juga turut pernah menipu dan mempermain-mainkan hati dan perasaan Van de Beek dengan beliau melanggar janjinya terhadap bekas bintang Ajax itu.

Ketika jendela perpindahan musim panas lalu, Donny Van de Beek sudah hampir untuk melengkapkan perpindahan menerusi perjanjian pinjaman ke Everton, namun rundingan tersebut digagalkan oleh Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu berjanji yang beliau sudah ada rancangan khas untuk Van de Beek dan khidmat bintang Belanda itu bakal diperlukan pada musim ini.

Beliau juga meminta Van de Beek untuk membuktikan sesuatu di padang latihan, dan Solskjaer juga meminta bintang Belanda itu untuk memantapkan lagi fizikalnya.

Mendengar penjelasan dari Ole Gunnar Solskjaer, Van de Beek terus bersetuju untuk kekal di Old Trafford dengan beliau turut berusaha sehabis baik untuk membuktikan sesuatu.

Van de Beek merupakan pemain paling bekerja keras dalam skuad United dengan beliau antara paling awal datang latihan dan yang terakhir pulang.

Selepas tamat perlawanan, sesekali beliau turut menghabiskan masa untuk menjalani latihan secara bersendirian di stadium selepas semua penyokong dan pemain pulang.

Walau sudah berusaha sehingga ke tahap seperti itu, staff kejurulatihan Man Utd masih tidak mempercayai beliau dan masih meragui kemampuan de Beek, bukankah itu kejam?

Ole Gunnar Solskjaer akan tetap dikenang sebagai legenda kelab, tidak dinafikan juga beliau banyak melakukan pembaharuan yang bagus untuk United pada ketika ini.

Beliau sudah menyingkirkan sampah-sampah yang tidak diperlukan, berjaya membentuk skuad yang mantap pada musim lalu dan turut mencipta pelbagai rekod lain.

Namun dari segi pengurusan, beliau jelas sekali belum layak untuk mengurus Man Utd dan keputusan kelab untuk memecat beliau sangat tepat.

Van de Beek berjaya buktikan beliau layak beraksi sebagai pemain utama

Donny Van De Beek terus membuktikan kenapa beliau layak untuk diturunkan dengan lebih kerap dan mendapat tempat dikesebelasan utama apabila mempamerkan aksi yang superb dan menawan walaupun Manchester United tewas kepada Watford.

Boleh dikatakan sangat tidak manis apabila seseorang berstatus legenda kelab terpaksa dihumban ke bakul sampah namun demi perubahan dan kelangsungan kelab situasi ini akan terjadi.

Dengan pemergian Ole Gunnar Solskjaer ini mungkin akan membuka lembaran baru kepada karier bola sepak Donny Van De Beek yang sememangnya seorang pemain yang berbakat.

Donny Van De Beek hadir ke Old Trafford dengan status sebagai antara pemain terbaik dunia apabila tersenarai dalam pencalonan 30 akhir anugerah Ballon d’Or tahun 2019.

Entah apa yang tidak kena di mata Ole Gunnar Solskjaer yang jelas tidak berkenan dengan budak yang bernama Donny Van Beek ini sehingga disisihkan bagitu selama dua musim.

Sepanjang semusim setengah bersama Setan Merah, Donny Van De Beek hanya empat kali sahaja bermain dari kesebelasan utama.

Donny Van De Beek yang dipinggirkan sekian lama diberikan peluang beraksi pada separuh masa kedua selepas Manchester United ketinggalan dua gol kepada Watford.

Scott McTominay yang jelas tidak berguna musim ini dikeluarkan.

Hanya lima minit diperlukan Donny Van De Beek membuktikan kehebatan apabila menjaringkan gol pertama buat Manchester United dalam perlawanan ini.

Cristiano Ronaldo tidak tamak apabila menanduk bola kepada Van De Beek yang tidak dikawal dan mudah buat pemain Belanda di melakukan satu sundulan aras rendah ke gawang terbuka.

Sebelum menjaringkan gol keduanya bersama Manchester United selepas gol pertama hadir dalam debut, Van De Beek hanya beraksi 16 minit sahaja di Premier League musim ini.

Walaupun Manchester United tewas 4-1 dalam perlawanan ini, kemasukan Donny Van De Beek nyata memberi impak yang sangat positif dan hampir saja memberi aksi kebangkitan kepada Setan Merah.

Dua killer pass atau hantaran membunuh telah dicipta oleh Donny Van De Beek dan kedua-dua hantaran ini dihantar kepada Cristiano Ronaldo.

Namun kedua-duanya gagal diterjemahkan kepada gol oleh Ronaldo walaupun hanya berdepan dengan Ben Foster dalam situasi satu lawan satu.

Siapa yang persalahkan Ronaldo kan?

Disebalik kesenduan teruk Manchester United menentang Watford, Donny Van de Beek telah mencatatkan statistik yang agak padu untuk pemain yang beraksi hanya 16 minit sahaja sebelum ini.

45 minutes
36 total touches
4 ball recoveries
3 chances created
2 attempted tackles
2 successful tackles
1 big chance created
1 goal

Selain itu, jelas kelihatan ikatan kimia dan persefahaman yang agak kuat dipamerkan Van De Beek dan juga Jadon Sancho ketika beraksi bersama.

Walaupun hanya beraksi 45 minit sahaja, Van De Beek merupakan pemain terbaik Manchester United dalam perlawanan ini dengan memberikan segalanya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  De Beek Dicadangkan Beri Nama Ole Gunnar Kepada Bakal Anaknya