Kelab China Mahukan Ronaldo Dengan Tawaran RM1.4 Bilion

Kelab China yang tidak didedahkan telah membuat tawaran sebanyak untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid dan berita ini telah didedahkan oleh Super Ejen Ronaldo sendiri, Jorge Mendes.

“Real Madrid telah menerima tawaran mencecah RM1.4 billion(£257 juta) dari kelab China dengan tawaran sebanyak gaji RM470juta(£85 juta) semusim,” Mendes memberitahu Sky Italia.

Cristiano Ronaldo bagaimanapun telah menolak tawaran itu kerana mahu terus bersama Real Madrid kerana bagi beliau duit bukan segalanya kerana pada tahun 2015 pendapatannya keseluruhan Ronaldo sebanyak RM1.06 bilion dan bagi tahun 2016 di jangka bertambah.

“Bagaimanapun, duit bukan segalanya , Real Madrid adalah satu-satunya pasukan buat dirinya.”

Tawaran ini datang selepas Tevez diikat oleh Shanghai Shenhua yang menjadikan Tevez sebagai pemain bola yang menerima gaji paling mahal di dunia.

Nilai Gaji Ronaldo Mengikut Masa Jika menerima tawaran

RM470 Juta Setahun

RM39.22 Juta Sebulan

RM9.03 Juta Seminggu

RM1.3 juta Sehari

RM53748 Sejam

RM895 Seminit

RM26 Sesaat

Baca Juga

Baca Juga