Kelab Divisyen 7 Mahu Pinjam Haaland Selama 28 Hari

ashton haaland

Sebuah kelab divisyen ketujuh, Ashton United telah membuat permohonan kepada Manchester City bagi meminjam pemain penyerang paling berbisa ketika ini, Erling Braut Haaland.

Bunyinya seperti satu permintaan yang sangat mengarut namun itulah yang telah terjadi.

Pemain berusia 22 tahun itu menyertai City dari Borussia Dortmund pada musim panas dan telah menjalani kehidupan di England dengan sangat baik lagi cemerlang setakat ini.

Erling Haaland telah menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan bersama Manchester City yang kini berada ditangga kedua di Liga Perdana.

Liga bola sepak peringkat kelab kini sedang berehat dengan Piala Dunia hanya tinggal kurang seminggu lagi dari sepak mula perlawanan pertama.

Bagi Haaland dia tidak akan berada di kejohanan yang berlangsung di Qatar itu kerana Norway gagal layak, bermakna dia akan tidak beraksi untuk perlawanan kompetitif selama sebulan.

Kelab divisyen ketujuh dalam piramid bola sepak Inggeris, Ashton United telah melihat peluang ini dan memutuskan untuk mencuba nasib untuk mendapatkan Haaland.

Dan permintaan ini merupakan satu permohonan rasmi kerana kenyataan rasmi telah disiarkan ke laman sesawang Ashton United.

Pengurus Michael Clegg menjelaskan:

β€œIa sangat masuk akal. Manchester City tidak bermain dan kami mahu membantu dengan memastikan Erling cergas, ia lebih masuk akal daripada dia bermain golf selama enam minggu.

β€œKami fikir dia akan menjadi sangat sesuai untuk kami dan akan menyertai dinamik skuad kami dengan sangat baik.”

Ashton United, yang bermain di Divisyen Perdana, Liga Perdana Utara, hanya menjaringkan 23 gol sepanjang musim dan menduduki tempat ke-11 dalam carta liga.

Dan tidak keterlaluan untuk mengatakan Haaland akan memberi impak besar di Stadium Hurst Cross jika pinjaman ini menjadi kenyataan.

Liga teratas Inggeris dan terbaik di dunia pun hiruk pikuk diperlakukan Haaland apatah lagi liga divisyen ketujuh.

Permintaan dari Ashton United ini mendapat perhatian media dan peminat bola sepak dunia yang menyaksikan laman sesawang rasmi mereka tidak dapat diakses kerana aliran trafik yang tinggi.

Setakat artikel ini ditulis laman sesawang tersebut masih gagal diakses dan pihak Ashton United memilih untuk tidak menambah kapasiti pelayan (server) mereka.

Manchester City juga masih belum menjawab tawaran itu. Peluang untuk City menerima permohonan ini adalah tipis, tetapi tidak salah untuk Ashton United mencuba nasib. Kalau dapat memang gila.

Pasukan Pep Guardiola tewas 2-1 menentang Brentford pada hari Sabtu, kekalahan yang kedua mereka dalam Liga Perdana musim ini dan meranapkan rekod tanpa kalah ditempat sendiri.

Haaland bermula dari kesebelasan utama namun gagal mempamerkan prestasi seperti biasa dengan aksi yang longlai.

Brentford menjadi pasukan ketiga di mana Haaland gagal menjaringkan gol sejak berpindah ke Stadium Etihad, selepas Bournemouth dan Liverpool.

Penurus The Bees, Thomas Frank membincangkan bagaimana pasukan lawan berjaya menyekat Haaland di dalam kotak yang boleh menjadi panduan kepada pasukan lain.

β€œSaya sangat berharap mereka menurunkan Haaland kerana akan menjadi kemenangan besar jika anda menewaskan mereka dengan Haaland dalam pasukan,” katanya kepada pemberita pada sepenuh masa.

β€œKami mempunyai pelan permainan dan ia pasti berjaya. Kami cuba untuk menutup [Kevin] De Bruyne, dia hanya dapat memegang bola sedikit sahaja di kawasan berbahaya.”

β€œKami sangat menyedari ancaman Haaland di dalam kotak dan saya rasa kami hanya sekali Haaland lolos apabila dia berlari melepasi Ben Mee – seluruh pasukan melakukan aksi yang hebat tetapi terutamanya tiga bek tengah. Persembahan kami sangat mengagumkan.”

Ivan Toney menjadi duri dalam daging City apabila menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini apatah lagi dengan gol kemenangan minit akhir.

Ashton United Haaland bergabung meletup!!

BACA:Β  Florentino Perez Anggap Haaland Hanya Setaraf Pemain Simpanan Real Madrid Sahaja