Kelab EPL yang berada di top 4 menjelang krismas, tetapi terkulai layu di akhir musim

Leicester City pada musim ini telah melakukan kejutan terbesar menjelang Krismas apabila menduduki tangga teratas liga dengan beza 5 mata dengan Arsenal di tangga kedua.

2015-16 Dec

Genap setahun lalu, Leicester City berada di tangga terbawah liga, setelah tewas kepada West Ham dan hanya mengumpul 13 mata dari 57 keseluruhannya.

2014-15 December 2

Namun, The Fox menggegar liga pada musim ini dengan bola sepak counter attacj yang disempurnakan oleh Claudio ‘The Tinkerer’ Ranieri dan ditunjangi oleh dua pemain utama di bahagian serangan, Riyadh Mahrez dan juga Jamie Vardy.

Persoalannya, mampukah Leicester mengekalkan kedudukan mereka selepas Krismas? terutamanya selepas Boxing day?

Berikut adalah senarai kelab yang berada di top 4 liga pada krismas, namun terkulai layu di hujung musim.

Charlton Athletic (musim 2003-04)

Ditunjangi pemain seperti Scott Parker dan Paolo Di Canio, Charlton gah berada di tangga keempat liga setelah 19 perlawanan.

2003-04 Dec

Walaubagaimanapun, pada musim perpindahan Januari, Scott Parker disunting Chelsea yang beru sahaja mengalami revolusi Russia di bawah Roman Abramovich. Kesudahannya, Charlton menghabiskan saingan liga di tangga ke 7.

2003-04 May

Bolton Wanderes (musim 2006-07)

Nicolas Anelka, Kevin Nolan, Quinton Fortune, Gary Speed, Stelios Giannakopulous dan ramai lagi nama-nama gah yang mewakili Bolton pada musim tersebut. Setelah 21 perlawanan, Bolton menghuni tangga ke3, dengan 12 kemenangan. 21 gol dari 27 gol yang dijaringkan disumbangkan oleh Nicolas Anelka dan Kevin Davies.

20016-07 Dec

Bagai si janda kehilagan suami, Bolton terus secara tiba-tiba tersisih dari senarai top 4 memasuki Januari. Bolton memulakan tahun 2007 dengan tewas 3-0 kepada Liverpool, malah selang seminggu kemudian, mereka dibelasah pula Middlesborough 5-1. Bolton cuba bangkit untuk memberi saingan top 4 namun aksi yang tidak konsisten menyebabkan mereka menyudahkan musim di tangga ke 7.

2006-07 May

Southampton (musim 2014-2015)

Permulaan musim 2014-15 bagaikan mimpi ngeri buat Soton apabila mereka kehilangan tidak kurang 5 pemain utama seperti Adam Lallana, Rickie Lamberts, Luke Shaw, Callum Chambers dan Dejan Lovren. Lebih teruk lagi apabila pengurus mereka, Mouricio Pocchettino turut meninggalkan pasukan untuk menyertai Tottenham Hotspur.

Namun kemasukan pengurus baru, Ronald Koeman dan beberapa pemain seperti Grazziano Pelle, Dusan Tadic, Shane Long – yang pada awalnya dikritik hebat, dan Sadio Mane mengubah ramalan pasukan The Saints. mereka menduduki tangga ke 4 selepas 19 perlawanan pada bulan Disember dengan Pelle dan Mane bergilir-gilir menjaringkan gol dengan gembiranya.

2014-15 December

Soton memulakan kempen pada tahun 2015 dengan cemerlang apabila memenangi ketiga-tiga perlawanan di bulan Januari, termasuk menewaskan dua gergasi, Man Utd dan Arsenal. Namun panas disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Prestasi Southampton mula merudum dan tidak konsisten bermula di bulan Februari dan menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati di tangga ke 7.

2014-15 May

Baca Juga

Baca Juga