Pierre Emerick Aubameyang berpotensi untuk meninggalkan Arsenal dalam masa terdekat ini selepas ada kelab gergasi dari Arab Saudi yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Al-Nassr dari Arab Saudi telah menghantar bidaan rasmi kepada Arsenal untuk mendapatkan khidmat pemain penyerang mereka, Pierre Emerick Aubameyang.
Pemain kebangsaan Gabon itu pada ketika ini merupakan tokoh paling di benci di Emirates dan sepertinya para peminat sendiri sudah tidak mahu melihat beliau kekal bersama kelab.
Arsenal 'receive offer from Al-Nassr for Aubameyang' – Daily Mail https://t.co/G49aX7qpaK
— eguzaira (@eguzaira) January 19, 2022
Aubameyang bahkan turut dihukum oleh kelab kerana melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kelab, dengan jawatan beliau sebagai ketua pasukan telah ditarik balik.
Beliau juga turut diarahkan untuk menjalani sesi latihan sendirian diri dengan Arteta turut mengetepikan Auba dari skuad utama untuk beberapa perlawanan terakhir mereka.
Beliau telah dipinggirkan oleh Mikel Arteta sejak aksi kekalahan 2-1 Arsenal bertemu Everton pada 6 Disember lalu dan selepas dari itu Aubameyang langsung tidak diturunkan lagi.
Beliau sebelum ini berada di Cameroon untuk aksi Piala Benua Afrika, namun turut dihantar pulang kerana Gabon merasakan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Arsenal weighing up formal bid for Aubameyang from Al-Nassr #afc https://t.co/ACXYhtXUAp
— Tribal Football (@tribalfootball) January 20, 2022
Menurut sumber laporan dari The Telegraph, Al-Nassr telah menghantar permohonan untuk meminjam Aubameyang dan turut menawarkan bidaan bernilai £6.5 juta untuk mendapatkan terus khidmat bintang Gabon itu.
Gunners pada ketika ini masih lagi sedang mempertimbangkan tawaran tersebut, namun laporan sama turut mendakwa yang Arsenal sepertinya akan lebih memilih untuk menjual saja bekas bintang Borussia Dortmund itu.
Aubameyang bergelut dengan pelbagai masalah sejak kebelakangan ini, dengan beliau baru-baru ini turut disahkan positif C0V-19, yang mana Arteta mendedahkan sendiri hal itu ketika sidang media beliau sebelum aksi bertemu Liverpool.
“Dia akan melalui beberapa ujian saringan. Kami masih belum dapat apa-apa penjelasan lebih lanjut dari kem Gabon tentang mengapa beliau dihantar pulang.”
“Jadi sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kesihatan pemain berada dalam keadaan baik-baik sahaja, tiada masalah, dan tidak ada apa-apa isu yang lebih serius.”
Arsenal 'receive loan offer from Saudi Arabian side Al-Nassr for exiled Pierre-Emerick Aubameyang with permanent £6.5m transfer clause' https://t.co/AdWbpJYVhw
— MailOnline Sport (@MailSport) January 19, 2022
Arsenal dilaporkan membayar £56 juta untuk menandatangani Aubameyang dan beliau sebelum ini turut sudah menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun dengan gaji £250,000 seminggu pada September 2020 yang lalu.
Pemain berusia 32 tahun itu telah berjaya menjaringkan 92 gol dari 163 penampilan dalam semua pertandingan bersama Gunners.
Memandangkan Arsenal sendiri pada ketika ini sepertinya sudah tidak memerlukan khidmat Aubameyang, dan berbanding mereka perlu terus membayar gaji yang tinggi tanpa memberikan minit permainan kepada bintang Gabon itu, adalah lebih baik untuk mereka menjual sahaja beliau.
Selain kelab dari Arab Saudi itu, terdapat beberapa lagi kelab gergasi di benua Eropah yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Aubameyang.
Seandainya Arsenal benar-benar mahu menjual bekas bintang Borussia Dortmund itu, mereka dengan mudah sahaja boleh melakukan hal itu.
Arsenal’s Aubameyang receives Al-Nassr offer https://t.co/IfE036acMg
— Muryar Alumma (@MuryarAlumma) January 19, 2022
Barcelona antara pasukan yang sangat berminat untuk mendapatkan Aubameyang, namun melihat kepada masalah kewangan kelab pada ketika ini, mereka mungkin akan menunggu sehingga bintang Arsenal itu tamat kontrak, dan dapatkan beliau sebagai pemain bebas ejen.
Newcastle United juga merupakan antara pasukan yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmat Aubameyang, dan sudah tentu kedudukan ekonomi mereka yang kukuh tidak akan menghalang mereka untuk mendapatkan bintang Gabon itu.
Tawaran dari Arab Saudi itu sebenarnya agak rendah dan mungkin kerana itu Arsenal masih belum membalas apa-apa kepada mereka.
Mungkin Al-Nassr boleh menghantar bidaan baru yang lebih tinggi selepas ini, seandainya mereka benar-benar mahukan khidmat penyerang Arsenal itu.
Sumber: SPORTbible