Kelab Inggeris Mahu Bina Stadium Kayu Sepenuhnya

Sebuah kelab bola sepak Inggeris yang tidak dikenali ramai, Forest Green Rovers, mahu membina sebuah stadium baru yang dibina dari kayu sepenuhnya dan setakat ini, perancangan tersebut telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

Menggunakan khidmat arkitek terkenal, Zaha Hadid Architects, stadium berkapasiti 5000 orang tersebut dinamakan Eco Park dan bakal menjadi stadium paling mesra alam di dalam dunia – menurut laman web kelab tersebut.

Pada awalnya, permohonan awal telah ditolak oleh Majlis Perbandaran Stroud pada bulan Jun 2019, sebelum plan diubah sebelum berjaya mendapat kelulusan.

Dalam satu temuramah video, pengerusi kelab berkata,”Aku rasa ini keputusan betul. Projek ini sangat penting bagi bandar Stroud…[ambil masa] lima tahun, dan sebelum tu kami tengok di tiga tempat.

Cadangan rekaan Eco Park. Gambar : YT

“Kami dah lepasi setiap halangan. Satu kejutan sebab hari tu deme tolak permohonan kami.

“Apapun projek ni masih akan mengambil masa beberapa tahun lagi – setahun dah makan di bahagian rekaan lanjut.

“Ini perkara yang kita kena patuhi. Paling sedap pun tiga tahun akan siap kalau kami mula esok.”

Penaja utama, Ecotricity, menjelaskan dengan lebih lanjut di laman sesawang bagaimana permohonan awal terpaksa diubah selepas ditolak oleh majlis perbandaran.

Ini pula merupakan rumah di Setia Eco Park, Setia Alam. Bukan miik Forest Green. Gambar : Ditrolic Solar

Forest Green sememangnya diketahui (bagi mereka yang tahu) sebagai sebuah kelab yang mementingkan alam sekitar dan pada 2017, mereka secara rasminya disahkan sebagai kelab bola sepak pertama yang vegan, atau dalam ayat panjangnya – tak makan daging, makan sayur sahaja.

“Forest Green Rovers muncul sebagai kelab pertama sebagai vegan kerana kesedaran ke alam sekitar dan kebajikan haiwan, dan juga untuk meningkatkan prestasi pemain,” menurut satu kenyataan di laman sesawang kelab.

“Lionel Messi, Jermaine Defoe, Lewis Hamilton, Nate Diaz dan Venus Williams – semua bertukar menjadi vegan untuk meningkatkan prestasi.

Ketika ini, Forest Green Rovers menduduki tangga keenam League Two, dan berpeluang cerah untuk naik ke League One musim hadapan.

Baca Juga

Baca Juga