Kelab Liga Perdana Inggeris Bakal Bertambah Kaya

Kelab Liga Perdana Inggeris menerima berita gembira bahawa kantung kewangan mereka bakal bertambah tebal apabila penggunaan logo penaja di lengan bakal dikembalikan semula, berbanding logo penaja di bahagian hadapan sahaja buat masa ini.

Penggunaan logo penaja di lengan baju ini bakal bermula pada musim 2017-2018, di mana seperti yang sudah kita sedia maklum juara liga pada musim tersebut ialah Liverpool. Sporting Group International (SGI) kini dalam rundingan pusingan akhir dengan kelab-kelab EPL untuk persetujuan penggunaan logo penaja di lengan kanan jersi.

Barclay sebagai penaja liga

Sebelum ini, penaja liga, Bank Barclay telah meletakkan logonya bersama-sama logo Liga Perdana di lengan baju, namun pihak Premier League telah membuang nama penaja daripada pertandingan pada musim ini dan pada masa yang sama memperkenalkan logo pertandingan yang baharu.

Adrian Wright, CEO SGI berkata,”Buat kali pertama dalam sejarah EPL ruang bahagian lengan baju dapat dijual dan harapnya kita akan tengok logo penaja di lengan baju lapan hingga sepuuh kelab sebagai permulaan.

Nilai tajaan di lengan dianggarkan bernilai lebih kurang 20% daripada nilai tajaan di hadapan jersi, dengan kata lain, Manchester United bakal mendapat hampir £10 juta (RM55 juta) semusim, memandangkan nilai tajaan tertinggi kelab ialah £47 juta daripada Chevrolet.

Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya ada dua kelab yang tidak dapat meletakkn logo penaja di lengan kerana mereka mempunyai kontrak dengan penaja sedia ada yang melarang penggunaan logo penaja lain di mana-mana bahagian jersi.\

Ini bukan jersi Kelantan, ini sut Formula 1 kepunyaan mendiang Senna

Kalau di Malaysia, tidak ada peraturan yang tetap dalam perletakan logo penaja di jersi, asalkan penaja sudi beri bantuan kewangan, atau sekurang-kurangnya berpura-pura beri bantuan kewangan.

Sumber berita : Mirror Football

Baca Juga

Baca Juga