Kelab Premier League Paling Bernilai 2023, Manchester United Terus Unggul

Senarai kelab Premier League paling bernilai bagi tahun tahun 2023 telah didedahkan, Manchester United adalah kelab paling bernilai mengatasi Liverpool, Manchester City, Chelsea dan Arsenal.

Nilaian ini telah didedahkan oleh Sportico yang merupakan laman perniagaan industri sukan yang melakukan penilaian mengikut Model Multivariate yang dibangunkan oleh Tom Markham pada 2013 yang kekal sebagai yang paling diiktiraf kerana ketepatannya.

Sistem ini terutamanya berdasarkan hasil, yuran transaksi dan aset yang dimiliki oleh kelab dan formula Tom Markham diringkaskan seperti berikut:

Nilai kelab = (Hasil + Aset Bersih) * [(Keuntungan Bersih + Hasil) / Hasil] * (% stadium diisi) / (%nisbah gaji).

Ringkasnya, nilai kelab adalah berdasarkan hasil (penajaan, hak TV, hadiah wang dan lain-lain), aset (pemain, stadium dan lain-lain) serta keuntungan bersihnya. Selain itu, nilai jenama harus ditambah kepada jumlah nilai kelab.

Walau bagaimanapun, harus diakui bahawa anggaran nilai kelab (sama ada berdasarkan model Markham atau yang lain) tidak selalu diterima pakai apabila kelab menukar pemilikan. Ia boleh jadi semakin tinggi atau rendah dari harga anggaran.

Harga sebenar kelab juga bergantung pada undang-undang penawaran dan permintaan, serta kemahiran berunding pihak yang terlibat dalam perjanjian itu.

Sportico kini telah mendedahkan bahawa Manchester United bernilai £4.8 bilion, meletakkan mereka di hadapan Liverpool yang bernilai £3.8 bilion dan Manchester City, £3.5 bilion .

Disebalik prestasi terburuk mereka dalam sejarah kewujudan Premier League musim lalu, nilai mereka terus melonjak dengan mencatatkan 16 kemenangan, 58 mata dan 57 gol sahaja.

Arsenal yang sedang mencabar kejuaraan Liga Perdana musim ini sebagai pendahulu yang seperti tidak terkalahkan, mengejar pesaing mereka dan telah mendaki jadual penilaian.

The Gunners menduduki tempat keempat dengan nilai melonjakk kepada £2.9 bilion, dengan pesaing London mereka, Chelsea di belakang Arsenal dengan nilaian £2.8 bilion.

Newcastle United juga menduduki 10 kelab teratas Liga Perdana paling berharga, dengan Magpies memperoleh peningkatan terbesar dalam penilaian untuk mana-mana pasukan antara 2021 dan 2023.

Menurut Sportico, kelab Liga Perdana itu telah meningkat sebanyak 63 peratus dalam tempoh yang disebutkan di atas dan kini bernilai £357 juta.

Dana Pelaburan Awam Arab Saudi mengetuai konsortium untuk melengkapkan pemerolehan menakjubkan mereka terhadap Newcastle United daripada Mike Ashley pada 2021 dengan harga £305 juta untuk memiliki 80 peratus pegangan majoriti the Magpies.

Pemilik baharu Newcastle United mempunyai cita-cita besar untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana dan memperbaharui nasib kelab sejak era Ashley dengan pelan jangka panjang selama 10 tahun.

Dilihat Newcastle United dibimbing Eddie Howe terlalu pantas dalam perancangan mereka yang meletakkan sasaran 5 tahun untuk bermain di Champions League dan dalam tempoh 10 tahun mencaabar kejuaraan namun kini baru genap setahun pemilikan sudah berada dalam top 4.

Di bawah adalah 10 kelab Liga Perdana yang paling berharga, menurut Sportico:

1. Manchester United: £4.8 bilion

2. Liverpool: £3.8 bilion

3. Manchester City: £3.5 bilion

4. Arsenal: £2.9 bilion

5. Chelsea: £2.8 bilion

6. Tottenham Hotspur: £2.6 bilion

7. West Ham United: £539 juta

8. Everton: £486 juta

9. Leicester City: £442 juta

10. Newcastle United: £357 juta

BACA:  10 Pemain Tengah Terbaik EPL