Kelab Yang Beraksi di Champions League Tawarkan Usain Bolt Sesi Percubaan

Usain Bolt adalah atlet yang berasal dari Jamaica yang kini telah bersara dari acara balapan telah di tawarkan oleh kelab yang kini beraksi di Champions League untuk mejalani sesi percubaan bersama mereka.

Pelari pecut yang mencetuskan fenomena kerana telah memecahkan rekod dunia 100 meter yang dianggap mustahil untuk seseorang manusia lakukan.

Saintis dalam bidang sukan telah mengkaji bagaimana Usain Bolt telah berjaya melakukan perkara yang dianggap mustahil iatu berlari dibawah masa 9.6 saat dalam acara 100 meter. Namun si Usain ini telah berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 9.57 saat.

Saat bahagia Bolt dan Aguero

Pada bulan September lalu Usain Bolt telah terlepas peluang untuk beraksi bersama Manchester United kerana kecederaan Hamstring. Kecederaan hamstring Usain Bolt itu juga menyaksikan beliau terjatuh semasa acara 4x100m bukan sahaja menjadi igauan ngeri kepada penutup kerjayanya yang gemilang.

Bolt telah dijadualkan untuk bermain bersama lagenda Manchester United seperti Andy Cole, Edwin van der Sar, Paul Scholes, Jesper Blomqvist, Denis Irwin, Ronny Johnsen, Dwight Yorke, Wes Brown dan Phil Neville di Old Trafford.

Bukan rahsia lagi bahawa Bolt sangat meminati Manchester United malah menyayangi kelab Setan Merah. Bolt selalu dilihar berkeliaran di Old Trafford sejak lawatan pertamanya pada tahun 2009.

Peminat nombor wahid Setan Merah.

Borrusia Dortmund Tawar Bolt Percubaan

Borrusia Dortmund telah membuat tawaran kepada Usain Bolt untuk menjalani sesi percubaan bersama kelab gergasi Jerman itu dan CEO Dortmund, Hans-Joachim Watzke telah mengesahkan perkara ini.

“Janji kami adalah satu ikatan. Aku akan bertemu CEO Puma, Bjorn Gulden minggu ini dan perkara ini ada dalam senarai kami.”

“Apa khabar jutawan semua? Luar biasa hebat?” Ujar Hans-Joachim Watzke.

Usain Bolt dan Dortmund dilihat sebagai satu gabungan serasi dan mampu untuk sehati berdansa kerana kedua-dua mereka ditaja oleh Puma dan Dortmund juga mengenakan jersi berwarna kuning-hitam lebih kurang kepada warna yang dipakai pelari dari Jamaica itu semasa di balapan.

Penghormatan Gatlin kepada Bolt

Bolt kini masih lagi dalam proses pemulihan dari kecederaan hamstring telah mendedahkan bahawa beliau telah dihubungi oleh beberapa kelab dan salah satu kelan tersebut telah membuat satu tawaran yang agak kukuh.

“Dortmund kabor ke aku tawaran ini selalu terbuka untuk aku, ini kerana sekarang aku masih dalam proses pemulihan dan untuk kembali mendapat rentak.” Ujar Bolt.

“Lepas ni boleh la aku membuat percubaan dan lihat ditahap mana aku. Ini adalah sasaran peribadi aku, aku tak hirau apa orang nak cakap.

“Aku takkan menipu diri sendiri, jika aku rasa aku tak mampu, aku akan kata ‘lupakan saja’. Aku tidak akan memalukan diri sendiri.

Bolt pernah membuat kenyataan kepada Fifa.com bahawa beliau kini suka bermain bola sepak dan banyak kelab yang menghubungi beliau dan Bolt berharap dapat bermain dalam beberapa perlawanan pada 2018.

Adakah Bolt bakal mengikut jejak Rooney yang di tolak selepas sesi percubaan bersama TRW?

Baca Juga

Baca Juga