Kelantan Ikat Import dari Korea Selatan Do Dong Hyun

Presiden Baharu Persatuan Bola Sepak Kelanta (KAFA), Puan Bibi Ramjani kini semakin aktif dalam mencari pemain, selepas mengikat S. Pogba Venood, pemain import kelahiran Korea Selatan pula menjadi taruhan terbaru.

Do Dong Hyun merupakan bekas pemain UiTM FC yang berkaki dua itu telah diikat kontrak selama dua tahun untuk berbakti bersama The Red Warriors.

Pembelian pemain berusia 23 tahun itu adalah untuk memperkasakan jentera tengah TRW dan bakal bergandingan dengan Gomis serta Pogba Malaysia, S. Venood.

“Ya, Dong-hyun kini pemain import pertama di bawa masuk Kafa untuk memperkuat Kelantan sebenar tadi. Dia akan menyarung jersi TRW selama dua musim,” kata Puan Bibi kepada mStar Online.

Untuk rekod Do Dong Hyun pernah bersama skuad kebangsaan Bawah 20 tahun (B-20) Korea Selatan pada 2011 dan kelab bola sepak India, East Bengal pada musim 2015-2016.

Lihat aksi Do Dong Hyun yang dikatakan persis Messi tapi apa kata kita gelarkan Dong Hyun sebagai Son Heung-min Kelantan kerana sudah terlalu banyak Messi.

Baca Juga

Baca Juga