Kelayakan EURO 2020 : England 7-0 Montenegro

Harry Kane mencetak hatrik tanpa penalti ketika membantu berpesta jaringan dengang kemenangan 7 gol tanpa balas menentang Montenegro di kelayakan Euro 2020 dalam perlawanan ke-1000 Tiga Singa di peringkat antarabangsa.

Kemenangan ini juga telah mengesahkan tempat England ke pusingan akhir EURO 2020 dengan penuh bergaya di Wembley.

Sebelum perlawanan ini, kem England dipalit dengan kontroversi pergaduhan antara Raheem Sterling dan Joe Gomez kerana terbawa-bawa dengan kekalahan diperingkat kelab.

Akibatnya Sterling telah keguguran dari skuad England kerana kekasaran ke atas Gomez dan Sterling sudah memohon maaf atas peristiwa itu.

Alex Oxlade-Chamberlain membuka tirai jaringan pada minit ke-11 sebelum Harry Kane menggandakan kedudukan 8 minit kemudian.

Pada minit ke-24 Kane menjaringkan gol ketiga sebelum Marcus Rashford menjarakkan kedudukan dengan gol ke-4.

Selepas 37 minit permainan England berada 5 gol dihadapan apabila Harry Kane melengkapkan hatriknya dalam tempoh kurang 20 minit permainan.

Dua lagi gol England dijaringkan pada separuh masa kedua, tertekan ketinggalan kepada England, Aleksandar Sofranac menjaringkan gol sendiri pada minit ke-66.

Berbaki 6 minit permainan, pemain muda Chelsea, Tammy Abraham melengkapkan kemenangan penuh bergaya England dengan gol ke-7.

https://www.youtube.com/watch?v=Njs6Tkbay34

https://www.youtube.com/watch?v=eaUQbbtf0u0

ENGLAND (4-3-3): Pickford 7, Alexander-Arnold 7, Maguire 6.5, Stones 6.5, Chilwell 8.5, Winks 8, Oxlade-Chamberlain 8 (Maddison 56, 7), Mount 7 (Gomez 71), Sancho 6.5, Kane 9 (Abraham 56, 7), Rashford 7.5.

Subs: Pope, Henderson, Trippier, Rose, Mings, Tomori, Rice, Hudson-Odoi, Wilson.

MONTENEGRO (4-3-2-1): Miljatovic 5; Vesovic 5, Sofranac 5, Simic 5, Radunovic 4 (Raspopovic 46, 5); Hocko 5, Lagastor 5, Vukcevic 5; Jovovic 5 (Jankovic 65), Haksabanovic 5; Beciraj 5.

Subs: Petkovic, Sarkic, Kopitovic, Mugosa, Sekulic, Vujacic, Kojasevic, Bulatovic, Boljevic.

Baca Juga

Baca Juga