Pemain bola sepak paling sensasi dan seksi ketika ini, ristiano Ronaldo telah mencetak hatrik ketika Portugal mudah menewaskan Lithuania 6-0 dalam perlawanan kelayakan EURO 2020/
Ronaldo telah dikasari dalam kotak penalti dan telah membuka jaringan melalui sepakan penalti seawal minit ke-7 permainan.
Selepas 22 minit permainan Ronaldo menggandakan kedudukan dengan satu percubaan cantik yang menemui penjuru kanan gawang.
Pizzi menjaringkan gol ketiga Portugal sebelum Mendes Paciência terus menjarakkan kedudukan kepada 4 gol.
Bernardo Silva tidak ketinggalan untuk mencetak nama selaku penjaring dengan gol kelima pada minit ke-63.
Tidak sempat habis Bernardo Silva meraikan jaringan, Ronaldo melengkapkan hatrik pada minit ke-65.
Ini merupakan hatrik yang ke-55 Ronaldo dalam kariernya dan ke-9 untuk Portugal.
Ronaldo kini telah menjaringkan 98 gol dan menjadi pemain kedua terbanyak menjaringkan gol diperingkat antarabangsa dibelakang Ali Daie. 11 gol lagi.
Portugal kekal dtempat kedua dan terpaksa menunggu lagi untuk memastikan tempat ke EURO 2020 selepas Serbia menewaskan Luxembourg 3-2.
https://www.youtube.com/watch?v=o-HgHm2P8_c