Kelayakan Europa League: Tottenham Hotspur 7-2 Maccabi Haifa

Jose Mourinho dan anak buahnya di Tottenham Hotspur nyata serius untuk merebut peluang terakhir mereka untuk beraksi di pentas Eropah musim ini walaupun sekadar bermain di Europa League.

Jika terlepas peluang ke Europa League maka kantung kewangan Tottenham Hotspur akan teruk terjejasdan masa depan Mourinho juga akan berdepan masalah.

Kelab bola sepak dari Israel, Maaccabi Haifa menjadi penghalang terakhir Spurs untuk menempatkan diri di peringkat kumpulan Europa League musim 2020/21.

Pasukan yang bermain di Premier League Israel nyata bukan lawan Spurs apabila dibelasah teruk dengan jaringan 7 gol hanya mampu dibalas dua.

Aksi Superhero Harry Kane menjadi sumber kemenangan Spurs di mana penyerang England itu telah menjaringkan 3 gol dan satu assist dalam perlawanan ini.

Selepas 90 saat sepak mula, Harry Kane sudah meletakkan Spurs di hadapan dengan menyempurnakan hantaran cantik lagi bija dari Ben Davies.

Spurs terus mengasak dengan serangan demi serangan untuk menambah jaringan namun banyak tersasar dan diselamatkan.

Pada minit ke-17, Tjaronn Chery menyamakan kedudukan melalui satu rembatan luar kotak yang begitu cantik junaman bola menghentam tiang sebelum masuk.

Hanya 4 minit sahaja gol penyamaan Maccabi Haifa itu bertahan apabila Lucas Moura kembali meletakkan Spurs di hadapan.

Giovani Lo Celso menambah lagi dua gol sebelum tamat separuh masa pertama untuk Spurs selesa mendahului dengan kedudukan 4-1.

Dengan jaringan agak selesa, Spurs tidak memperlahankan rentak dan Mourinho keluar dari kepompong Mourinho untuk terus menambah jaringan.

Nikita Rukavytsya cuba mengecilkan defisit buat Maccabai Haifa apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas 7 minit permainan bersambung.

Harry Kane melengkapkan hatrik dengan dua jaringan pada minit ke-56 dan 74 untuk selesa mendahului dengan jaringan 6-2. Tenang dan indah gol ketiga Kane.

Gareth Bale terus tenang dan masih tidak diturunkan, apabila kamera merakam seperti biasa Bale sibuk mengamati telefon pintar beliau.

Dele Alli yang masuk menggantikan Giovani Lo Celso pada minit ke-46 melengkapkan kemenangan penuh bergaya Spurs melalui sepakan penalti dipenghujung perlawanan.

Alli melakukan satu skil yang sangat padu menarik dan menutmeg pemain Maccabi Haifa untuk melakukan percubaan namun ditarik lalu sepakan penalti diberikan.

Tottenham XI: Hart, Doherty, Sanchez, Alderweireld, Davies, Hojbjerg, Winks, Lo Celso, Bergwijn, Lucas, Kane

Subs: Lloris, Aurier, Reguilon, Sissoko, Ndombele, Dele, Lamela

Maccabi Haifa XI: Cohen, Planic, Habashi, Menachem, Arad, Mabouka, Lavi, Abu Fani, Rukavytsya, Chery, Haziza

Subs: Keouf, Gershon, Rodriguez, Ashkenazi, Meir, Donyoh, Nachmani

BACA:  Son Heung-min Dan Harry Kane Berjaya Cipta Sejarah Baru Dalam Saingan EPL