Kelayakan Piala Asia B-23 : Malaysia 2-2 China

Skuad Harimau Muda turuk untuk perlawana ketiga kelakan Piala Asia bawah 23 tahun menentang China yang merupakan perlawanan penentuan juara kumpulan.

Diatas kertas China dilihat sebagai pilihan untuk menang dan lebih kuat namun segalanya-galanya tidak sama diatas padang.

Menang Malaysia layak secara automatik seri peluang cerah bermakna perlu menunggu dan layak sebagai 4 pasukan terbaik.

Anak buah Ong Kim Swee mempamerkan aksi yang luar biasa penuh berdisiplin apabila berjaya mengekang China daripada mempamerkan aksi terbaik mereka.

Malaysia didepan pada minit ke-11 apabila Zhu Chenjie menjaringkan gol sendiri.

Tetapi Zhang Yuning segera memadamkan gol pendahuluan Malaysia lima minit kemudian dan kedudukan kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Sepuluh minit bersambung babak kedua Danial Haqim Draman meletakkan Malaysia kembali dihadapan akibat kesilapan penjaga gol China.

Ketika permainan berbaki 6 minit China menyamakan hasil sundulan Jiang Shenglong melayakkan anak buah Gus Hiddink mara secara automatik dengan perbezaan jaringan.

FT Malaysia 2-2 China
Zhu Chenjie-OG 11′
Zhang Yuning 16′
Danial Haqim Draman 55′
Jiang Shenglong 84′

MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (GK); 3. Dominic Tan, 14. Syamer Kutty Abba, 8. Shahrul Nizam Ros Hasni; 20. Syahmi Safari, 6. Danial Haqim Draman, 21. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 13. R Dinesh; 10. Safawi Rasid (C), 9. Hadi Fayyadh Abdul Razak, 19. Akhyar Rashid.

Subs: 2. Amirul Ashraf Ariffin, 4. K Thivandaran, 5. Evan Wensley Wenceslaus, 7. Faisal Abdul Halim, 11. Jafri Firdaus Chew, 12. Ahmad Tasnim Fitri Nasir, 15. Hariz Kamarudin, 17. Nik Azli Nik Alias, 18. Izzan Syahmi Mustapa, 22. Azri Ab Ghani (GK), 23. Damien Lim (GK). N/A: 16. Danial Amier Norhisham.

CHINA: 1. Chen Wei (GK), 3. Li Shenyuan, 4. Jiang Shenglong, 5. Li Yang, 7. Lin Liangming, 8. Wen Jiabao, 9. Zhang Yuning, 10. Hu Jinghang, 14. Zhu Chenjie, 17. Yang Liyu, 21. Yan Dinghao (C).

Subs: 2. Tong Lei, 6. Wu Wei, 11. Lei Wenjie, 12. Guo Quanbo (GK), 13. Guo Jing, 15. Yao Daogang, 16. Zhang Yuan, 18. Huang Cong, 19. Xu Tianyuan, 20. Cao Yongjing, 22. Kudireti Abulaiti (GK), 23. Shan Huanhuan.

Kelayakan Piala Asia B-23 : Laos 0-1 Malaysia

Ong Kim Swee dan anak buah turun dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun Thailand 2020 menentang pasukan yang boleh menang Laos.

Harimau Muda mencatatkan kemenangan penuh meyakinkan ke atas Filipina pada perlawanan pertama dan Laos juga boleh menjadi makanan Malaysia walaupun lebih baik berbanding Filipina.

Keputusan Ong Kim Swee menukar beberapa pemain utama dalam perlawanan ini menjadi tanda tanya dan bawangan kerana Malaysia perlu mencari gol sebanyak mungkin.

Nik Akif, Daniel Hakim, Hadi Fayyadh dan paling mengejutkan Safawi Rasid selaku ketua pasukan direhatkan. Tidak pasti kenapa, yakin menang atau ada sebab lain.

Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan dan bahagian tengah tidak mampu untuk merencana serangan dengan berkesan.

Malaysia bernasib baik apabila peluang terbaik Laos sekadar menyinggah ke palang sebelum melantun keluar.

Diawal babak kedua Safawi Rasid dan Jafri Chew dimasukkan dan kemasukan Safawi nyata merubah permainan. Tekanan jelas menyelubungi Harimau Muda bagi mencari gol.

Berbaki 10 minit kedudukan masih terikat tanpa jaringan. Tiada apa yang mampu dilakukan Laos kecuali meneruskan permainan bertahan dengan penuh disiplin.

Akhirnya gol yang dicari menjelma pada minit ke-81 yang berpunca dari sepakan percuma.

Safawi Rasid mengambil sepakan dengan melambungkan bola ke penjuru kanan gawang Laos melemaskan penjaga gol Laos.

Bola melambung tinggi dan menghentam tiang lalu melantun ke badan penjaga gol Laos sebelum menerjah jaring.

FT Laos 0-1 Malaysia
81′ Safawi Rasid

LAOS: 20. Xaysavath Souvanhnasok (GK), 3. Kaharn Phetsivilay, 6. Kittisak Phomvongsa, 7. Vanna Bounlovongsa, 8. Aphixay Thanakhanty, 10. Somxay Keohanam, 16. Xayasith Singsavang, 17. Bounphachan Bounkong, 19. Somlith Sengvanny, 21. Vannasone Douangmaity, 23. Lathasay Lounlasy (C).

Subs: 1. Solasak Thilavong (GK), 2. Bounphithak Chanthalangsy, 4. Songkan Sichanthavong, 5. Anoulack Vannalath, 9. Akkhom Thoranin, 11. Chansamone Phommalivong, 12. Mek Insoumang, 13. Soulivanh Nivone, 14. Kiengthavesak Xayxanapanya, 15. Chitpasong Latthachack, 18. Keo Oudone (GK), 22. Chony Wenpaserth.

MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (GK); 3. Dominic Tan (C), 14. Syamer Kutty Abba, 5. Evan Wensley Wenceslaus; 20. Syahmi Safari, 6. Danial Haqim Draman, 4. K Thivandaran, 13. R Dinesh; 7. Faisal Abdul Halim, 17. Nik Azli Nik Alias, 19. Akhyar Rashid.

Subs: 2. Amirul Ashraf Ariffin, 8. Shahrul Nizam Ros Hasni, 9. Hadi Fayyadh Abdul Razak, 10. Safawi Rasid, 11. Jafri Firdaus Chew, 12. Ahmad Tasnim Fitri Nasir, 15. Hariz Kamarudin, 18. Izzan Syahmi Mustapa, 21. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 22. Azri Ab Ghani (GK), 23. Damien Lim (GK). N/A: 16. Danial Amier Norhisham.

Kelayakan Piala Asia B-23 : Malaysia 3-0 Filipina

Pasukan Malaysia bawah 23 tahun turun untuk perlawanan pertama dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung di Thailand tahun hadapan.

Malaysia berada dalam kumpulan J bersama Filipina, Laos dan China. Hanya juara kumpulan layak secata automatik dan 4 pasukan tempat kedua terbaik akan mara.

Anak buah Ong Kim Swee bermula yakin dan menguasai perlawanan dan jurang yang ada pada pemain Harimau Muda nyata lebih baik berbanding Filipina.

Akhyar Rashid meletakkan Malaysia Bawah 23 tahun di depan seawal minit ke-4 dengan tenang mengawal bola selepas menerima hantaran.

Hantaran sesedap rasa dari Syahmi Safari disudahkan juga dengan sesedap rasa oleh Akhyar dengan merembat padu.

Malaysia terus melancarkan serangan bertali arus namun sentuhan penyudah nyata mencemburui.

Pada minit ke-31 Akhyar menggandakan kedudukan dengan gol kedua selepas tenang menguis ke menumit? bola menewaskan penjaga gol Filipina. Jangan mengunyit dah la.

Hadi Fayyadh yang tampak semakin meningkat sejak berkelana di Jepun mempunyai banyak peluang namun gagal menyempurnakan walaupun dalam situasi 1 lawan 1.

Dalam beberapa perlawanan lalu Hadi Fayyadh dirundung masalah penyudah walaupun berada dalam kedudukan yang baik dan berjaya lolos dari pertahanan Filipina.

Safawi Rasid juga cemerlang sebagai kapten dalam mengawal pasukan dan mengemudi jentera serangan dengan beberapa peluang keemasan.

Di babak kedua serangan bertali arus terus dilancarkan tanpa rasa jemu hanya kecekapan penjaga gol Filipina dan penyudah kelaut menafikan tambahan gol.

Dengan ketumpulan penyudah Hadi Fayyadh, Ong Kim Swee menggantikan beliau dengan Nik azli Nik Alias selepas 8 minit babak kedua.

Faisal Abdul Halim masuk menggantikan Akhyar Rashid pada minit ke-63 dan ternyata Faisal tidak mengecewakan.

Pada minit ke-83 Faisal Abdul Halim yang memperdayakan serta mengayamkan pertahanan dan juga penjaga gol Filipina menjaringkan gol ketiga.

Hantaran cantik Safawi Rasid gagal disempurnakan Nik Azli untuk gol keempat apabila sundulannya jauh melepasi palang.

Menanti gol ke-4 tidak kunjung tiba akhirnya pengadil meniup wisel menandakan tamatnya perlawanan. Malaysia mengutip 3 mata penting dan akan bertemu Laos untuk perlawanan kedua.

HT Malaysia 2 – 0 Filipina

4′ Akhyar Rashid
31′ Akhyar Rashid
83′ Faisal Abdul Halim

MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (GK); 3. Dominic Tan, 14. Syamer Kutty Abba, 8. Shahrul Nizam Ros Hasni; 20. Syahmi Safari, 16. Danial Amier Norhisham, 21. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 13. R Dinesh; 10. Safawi Rasid (C), 9. Hadi Fayyadh Abdul Razak, 19. Akhyar Rashid.

Subs: 2. Amirul Ashraf Ariffin, 4. K Thivandaran, 5. Evan Wensley Wenceslaus, 6. Danial Haqim Draman, 7. Faisal Abdul Halim, 11. Jafri Firdaus Chew, 12. Ahmad Tasnim Fitri Nasir, 15. Hariz Kamarudin, 17. Nik Azli Nik Alias, 18. Izzan Syahmi Mustapa, 22. Azri Ab Ghani (GK), 23. Damien Lim (GK).

PHILIPPINES: 1. Michael Asong (GK), 6. Jerome Marzan, 7. Dimitri Lionel Limbo (C), 10. Dylan de Bruycker, 12. Jose Miguel Clarino, 13. Ray Sanciangco, 15. Lawrence Baguio, 17. Kyle Magdato, 19. Daniel Saavedra, 21. William Grierson, 22. Jordan Jarvis.

Subs: 2. Kenry Balobo (GK), 3. Jessie Reil Semblante (GK), 4. Major Ebarle, 5. James Mansueto, 8. Jeremiah Borlongan, 9. Christian Lapas, 11. Javier Gayoso, 14. Winces Balbino , 16. Paulo Javier, 18. Mark Magtoto, 20. Mariano Suba Jr, 23. Earl Laguerta.

Baca Juga

Baca Juga