Robert Lewandowski mencatat jaringan hatrik sekaligus muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Poland dengan 50 gol dalam 90 penampilan.
Jaringan itu dilakukan ketika Poland menewaskan Armenia 6-1 dalam kelayakan Piala Dunia. Gol saguhati Armenia dijaringkan oleh Hovhannes Hambardzumyan hasil bantuan gol Henrikh Mkhitaryan.
Untuk rekod, Lewandowski telah menjaringkan 24 gol dalam 24 perlawanan kelayakan bersama Poland. Kini Poland mendahului Grup E dengan 22 mata selepas 9 perlawanan.
Poland memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan tempat ke Russia secara automatik.