Kelayakan Piala Dunia 2022 : Malaysia 2-0 Indonesia

Malaysia turun dalam misi mencari 3 mata bagi mencari tempat di kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, pasukan paling hebat di Bima Sakti bagi saingan kumpulan G.

Malaysia kembali menghidupkan peluang untuk terus memberi saingan dalam perebutan tempat selepas berjaya menewaskan Thailand 2-1 dalam aksi kebangkitan penuh epik dengan permainan yang meyakinkan.

Pertemuan antara dua negara serumpun ini dijangka sengit dan tiket perlawanan sebanyak 90,000 keping juga telah habis dijual dua 3 hari sebelum hari perlawanan dan hanya 4,500 tiket untuk penyokong Indonesia.

Rekod pertemuan antara Malaysia dan Indonesia nyata memihak kepada pasukan negara jiran itu dan sememangnya perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan sentiasa menjanjikan aksi panas malah ada yang menyebabkan rusuhan.

Malaysia dan Indonesia telah bertemu sebanyak 90 kali di mana Malaysia telah mencatatkan keputusan dengan 33 kemenangan, 20 seri dan 37 tewas.

Indonesia mencatatkan 37 kemenangan dengan kelebihan 4 kemenangan berbanding Malaysia. Menurut fakta menarik daripada FAM :

1. Dua pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil menyaksikan Malaysia menang 3-0 pada Final 1 Piala Suzuki AFF 2010 dan menang 2-0 pada peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2012.

2. Kekalahan terakhir Malaysia kepada Indonesia di gelanggang sendiri hanyalah 14 tahun yang lalu iaitu Separuh Akhir 2 Piala Tiger 2004/2005 apabila tewas 4-1 kepada Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari 2005.

Pemain muda harapan, Akhyar Rashid diturunkan dalam kesebelasan utama kerana Syafiq Ahmad tidak dapat beraksi disebabkan penggantungan dan Mohamadou Sumareh akan bermain diposisi Syahfiq Ahmad.

Perlawanan 20 minit pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati dan perlawanan berlangsung dengan intensiti yang rendah dan Malaysia banyak menyerang dari sebelah kanan.

Safawi Rasid hampir membuka jaringan dengan satu tendangan terus dari sepakan perjuru, mujur penjaga Indonesia, Muhammad Ridho tidak redha untuk melepaskan gol sebegitu rupa.

Indonesia memperoleh peluang terbaik apabila mendapat peluang satu lawan satu selepas berjaya memecah belahkan pertahanan Malaysia, namun Khairulazhan Khalid lebih bersedia dalam situasi itu.

Khairulazhan Khalid berjaya menghadang percubaan tersebut dengan regangan kaki seperti seorang gimnastik dan akibat tindakannya itu Khairulazhan Khalid mengalami kecederaan.

Farizal Marlias dimasukkan menggantikan Khairulazhan Khalid.

Pemain paling bernilai di Malaysia , Safawi Rasid telah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-30 melalui satu sepakan percuma cantik menewaskan Muhammad Ridho dengan meletakkan bola ke penjuru kanan gawang.

Ternyata tindakan pemain Indonesia menjatuhkan Safawi Rasid diluar kotak penalti mengundang padah.

Muhammad Ridho terpaksa redha dengan gol hasil sepakan percuma anak kelahiran Dungun itu yang sememangnya seorang pakar sepakan percuma.

Gol Safawi Rasid membolehkan Malaysia mendahalui Indonesia dengan satu gol selepas tamat separuh masa.

Bersambung babak kedua, Akhyar Rashid dikeluarkan kerana tidak berfungsi dengan sepatutnya sepanjang 45 minit pertama.

Pemain penyerang sensasi dan veteran Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha atau nama manjanya Matyo masuk menjadi teman pengganti dan ternyata kemasukan Matyo memberi impak.

Hampir 20 minit separuh masa kedua, Indonesia menguasai perlawanan dan mendapat rentak permainan mereka yang hilang entah kemana sebelum ini.

Tetapi Malaysia berjaya kembali mengimbangi perlawanan dengan melancarkan beberapa serangan namun menjadi huru-hara selepas berada dalam kotak gol Indonesia.

Brendan Gan hampir menggandakan kedudukan namun Muhammad Ridho sudah bersedia dan melakukan aksi menyelamat yang luar biasa bola muntah gagal disambar kemas Matyo menyaksikan bola keluar.

Safawi Rasid sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring dengan gol kedua peribadi melalui satu rembatan kencang lagi padu dan memuaskan hati mereka yang menonton.

Pemain paling bernilai itu telah membawa bola dari kanan padang hampir ke garisan gol sebelum melakukan potongan kedalam memperdaya pertahanan Indonesia.

Safawi Rasid kemudian telah melepaskan rembatan sesedap rasa yang membuatkan Muhammad Ridho sekali terpaksa redha dan pasrah, hanya mampu melihat bola membolosi gawang.

Tidak lama berselang Safawi sekali lagi dan mendapat sepakan percuma dan sepakan Safawi sedikit tinggi ke kanan gawang.

Indonesia melancarkan serangan balas dan berjaya lepas pertahanan Malaysia walaupun jelas offside tiada bendera diangkat, Farizal Marlias keluar dan melakukan kekasaran.

Penalti diberikan namun sepakan dilakukan lemah seperti Marcus Rashford mudah diselamatkan Farizal Marlias dengan satu tangkapan selesa.

Hatrik hampir menjadi milik Safawi Rasid apabila percubaan melalui sepakan lencong terkena tiang dan bola keluar. Aduh sayang.

Ternyata Malaysia terlalu unggul buat Indonesia yang serba bermasalah. Awak terlalu baik untuk saya.

XI MALAYSIA vs INDONESIA

MALAYSIA: 22. Khairulazhan Khalid (GK); 4. Syahmi Safari, 3. Shahrul Saad, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak (C), 6. La’Vere Corbin-Ong; 15. Brendan Gan, 8. Nor Azam Abdul Azih, 14. Syamer Kutty Abba; 11. Safawi Rasid, 13. Mohamadou Sumareh, 19. Akhyar Rashid.

Subs: 1. Farizal Marlias (GK), 5. Adam Nor Azlin, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 10. Azzizan Nordin, 12. Afiq Fazail, 16. Syazwan Andik Ishak, 17. Baddrol Bakhtiar, 18. Dominic Tan, 21. Danial Amier Norhisham, 23. Haziq Nadzli (GK). N/A: Matthew Davies & Syafiq Ahmad.

INDONESIA: 1. Muhammad Ridho (GK), 4. Teuku Ichsan, 5. Otavio Dutra, 6. Hendro Siswanto, 7. Septian David, 10. Greg Nwokolo, 13. Febri Hariyadi, 15. Ricky Fajrin, 16. Yanto Basna (C), 19. Bayu Pradana, 22. Gavin Kwan.

Subs: 2. Putu Gede, 3. Abduh Lestaluhu, 8. Dendi Santoso, 11. Osas Saha, 12. Lerby Eliandry, 14. Rizky Pora, 17. Irfan Bachdim, 18. Ardi Idrus, 20. Teja Paku Alam (GK), 21. Dedi Gusmawan, 23. Andritany Ardhiyasa (GK).

Baca Juga

Baca Juga