Kelayakan Piala Dunia 2022 : Malaysia 2-1 Thailand

Malaysia berada dalam Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bersama Vietnam, Indonesia, Thailand dan Emiriah Arab Bersatu(UAE).

Selepas 3 perlawanan Malaysia mencatatkan satu kemenangan dan 2 kekalahan dengan mengumpul 3 mata berada ditangga ke-4 kumpulan G.

Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan aksi kebangkitan 3-2 sebelum tewas 2-1 kepada UAE dan kalah 1-0 kepada Vietnam. Sebanyak 4 gol dijaringkan dan 5 bolos.

Perlawanan menentang Thailand merupakan perlawanan yang amat penting buat Malaysia untuk terus menghidupkan peluang di peringkat kumpulan. Kemenangan wajib dicari.

Malaysia memiliki rekod yang cemerlang lagi gemilang apabila bertemu Thailand di gelanggang sendiri sepanjang 30 pertemuan sebelum ini iaitu menang 17 kali, seri 11 kali dan tewas hanya dua kali. Adakah badi ini akan berterusan.

Dua kekalahan Malaysia kepada Thailand di gelanggang sendiri hanyalah pada Pestabola Merdeka 1971 di mana Malaysia kalah 2-0 dan di Kelayakan Olimpik 1988 pada Mac 1987 dengan kekalhan tipis 1-0.

Secara keseluruhan Malaysia telah bertemu Thailand sebanyak 113 dengan 40 kemenangan, 34 tewas dan 39 seri. Satu rekod yang agak baik buat Malaysia secara keseluruhan.

Ini bermakna kali terakhir tewas kepada Thailand di laman sendiri pada tahun 1987 iaitu kira-kira 32 tahun yang lalu.

Malaysia ketinggalan seawal minit ke-7 selepas ayam tambatan Thailand, Chanatip Songkrasin membuat satu rembatan leret yang mencari bucu gawang.

Dua pemain pertahanan Malaysia hanya mampu melihat hantaran datang sebelum disudahkan Chanatip Songkrasin.

Selepas hampir 20 minit permainan barulah Malaysia mula mendapat rentak dan mula pandai bermain bola serta mula membalas asakan Thailand.

Seperti mana awak terlalu baik untuk saya, Thailand juga lawan agak sukar untuk Harimau Malaya.

Namun setiap insan yang berusaha pasti mendapat hasilnya, cubaan serangan demi serangan akhirnya membuahkan hasil.

Brendan Gan menyudahkan gerakan yang dimulakan oleh Corbin Ong mencari Syameer Kutty Abba yang menghantar bola ke tengah bijak dihidu Brendan Gan.

Malaysia menguasai perlawanan hingga tamat separuh masa pertama, Thailand hanya melakukan satu percubaan tepat

Malaysia garang sebaik saja bermula separuh masa kedua, hantaran cantik Syameer Kutty Abba mencari Syafiq Ahmad berjaya dikeluarkan pemain Thailand untik sepakan penjuru.

Hasil sepakan penjuru, Corbin Ong melakukan satu tandukan bebas namun sundulannya melepasi palang gol.

Hasil satu gerakan secara berpasukan yang sungguh ilmiah Mohamadou Sumareh meletakkan Malaysia didepan dengan gol kedua.

Hantaran Safawi Rasid kepada Brendan Gan bijak dimanipulasi Gan dengan satu sungkitan melepasi benteng Thailand yang hanya mampu melihat.

Lambungan Brendan Gan menemui Mohamadou Sumareh yang terus melakukan satu volley yang menggegar palang sebelum bola terkulai layu di gawang.

Tenaga Brendan Gan nyata tidak terbatas dalam perlawanan ini bukan sahaja menjaringkan gol dan membuat bantuan gol malah rajin turun untuk membuat beberapa bentesan penting membantu pertahanan.

Safawi Rasid juga tidak mengecewakan apabila gerakan solo beliau disusuli satu rembatan kaki kiri sedikit nelepasi palang.

Satu tindakan berani Safawi yang memilih untuk membuat percubaan daripada membuat hantaran kepada rakan.

Harimau Malaya mendapat sepakan percuma dari jarak yang menjadi kegemaran Safawi dan sepakan separa tinggi Safawi berjaya ditepis penjaga gol Thailand.

Bola muntah berjaya disambar Syameer Kutty Abba yang menghabtar bola ketengah tetapi dikeluarkan pertahanan Thailand.

Thailand memberi reaksi balas dengan satu serangan merbahaya namun Khairul Azhan yang tidak diuji dalam separuh masa kedua membuat satu aksi penyelamatan yang penting.

Tiada tanda kepenatan dari Brendan Gan yang kali ini membuat percubaan leret yang lencong ke gawang. Sayang bola meleleh keluar sedikit dari tiang gol Thailand.

Wisel penamat ditiup pengadil menandakan tamatnya perlawanan, 3 mata penting diraih Harimau Malaya, Brendan Gan luar biasa dan badi Thailand berterusan bermain di Malaysia.

FT Malaysia 2-1 Thailand

Chanatip Songkrasin 7′
Brendan Gan 26′
Mohamadou Sumareh 56′

Pengulas Malaysia

Pengulas Thailand

https://www.youtube.com/watch?v=tIW9d3oReTg

Starting XI Malaysia vs Thailand

MALAYSIA: 22. Khairulazhan Khalid (GK); 4. Syahmi Safari, 3. Shahrul Saad, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak (C), 6. La’Vere Corbin-Ong; 15. Brendan Gan, 8. Nor Azam Abdul Azih, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 20. Syafiq Ahmad, 11. Safawi Rasid.

Subs: 1. Farizal Marlias (GK), 2. Matthew Davies, 5. Adam Nor Azlin, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 10. Azzizan Nordin, 12. Afiq Fazail, 16. Syazwan Andik Ishak, 17. Baddrol Bakhtiar, 18. Dominic Tan, 19. Akhyar Rashid, 21. Danial Amier Norhisham, 23. Haziq Nadzli (GK).

THAILAND: 23. Siwarak Tedsungnoen (GK)(C), 3. Elias Dolah, 4. Sarach Yooyen, 7. Supachok Sarachat, 8. Ekanit Panya, 10. Teerasil Dangda, 12. Korrakot Wiriyaudomsiri, 14. Manuel Bihr, 16. Phitiwat Sukjitthammakul, 18. Chanathip Songkrasin, 19. Tristan Do.

Subs: 1. Kawin Thamsatchanan (GK), 2. Sasalak Haiprakhon, 5. Adisorn Promrak, 6. Pansa Hemviboon, 9. Supachai Jaided, 11. Bordin Phala, 13. Nitipong Selanon, 15. Narubadin Weerawatnodom, 17. Tanaboon Kesarat, 20. Chatchai Budprom (GK), 21. Sivakorn Tiatrakul, 22. Suphanat Mueanta.

Baca Juga

Baca Juga