Kelayakan Piala Dunia 2022 : Thailand 2-2 Indonesia

Indonesia dan Thailand turun untuk perlawanan ke-6 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di kumpulan G yang turut dihuni oleh Malaysia, UAE dan Vietnam.

Selepas lima perlawanan Indonesia telah dalam kesemua perlawanan dan hanya menjaringkan tiga gol dengan 16 kali bolos, purata 3 gol dalam satu perlawanan.

Thailand pula selepas lima perlawanan mencatatkan keputusan dua menang dan dua seri serta satu kekalahan.

Indonesia dilihat sebagai lubok kemenangan bagi kumpulan G di mana Malaysia telah berjaya mencatatkan kemenangan dalam kedua-dua perlawanan.

Namun selepas setahun lebih pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ini tertangguh, Indonesia kini dalam proses pembentukan pasukan baru.

Bekas jurulatih skuad Piala Dunia Korea Selatan, Shin Tae-yong masih lagi menjadi pelatih timnas Garuda dan menjadi arkitek membina Garuda Baharu.

Walaupun sudah tidak ada harapan di kelayakan Piala Dunia, Indonesia masih lagi mampu menjadi pasukan pengacau.

Dengan tiga lagi laga tersisa Shin Tae-yong masih memberi tentangan sehabis mungkin dengan membawa pemain muda.

Diberitakan bahawa seramai 20 pemain berusia bawah 23 tahun telah dibawa ke Dubai untuk sisa perlawanan yang berbaki.

Indonesia bertemu Thailand dalam perlawanan yang berlangsung di stadium Al Maktoum, Dubai, United Emirate Arab (UAE).

Thailand ternyata garang mahukan kemenangan dan mendapat kembali rentak mereka apabila Phitiwat Sukjitthammakul mencuba seawal minit keempat namun berjaya ditepis Nadeo Argawinata.

Narubadin Weerawatnodom membuka tirai jaringan seminit selepas percubaan Phitiwat Sukjitthammakul dengan rembatan yang merobek gawang Indonesia.

Gol pendahuluan Narubadin Weerawatnodom telah memberi keyakinan kepada permainan Thailand yang aktif menyerang menggunakan kedua-dua pemain sayap.

Timnas Indonesia berdepan untuk menembusi pertahanan Thailand dan banyak berlegar di bahagian tengah sahaja dan memaksa Indonesi bermain bola panjang namun mudah dibaca.

Indonesia dan Thailand banyak berbalas serangan namun tidak mampu menembusi gawang dengan bola banyak tersasar dan diselamatkan penjaga gawang.

Pada minit ke-38 Indonesia berhasil menyamakan kedudukan menjadi 1-1 melalui penyudah yang tenang dari Kadek Agung.

Gol berpunca daripada hantaran lolos genius yang jahat amat (umpan terobosan ciamik) persis hantaran Andreas Iniesta dari pemain muda Syahrian Abimanyu.

Kadek Agung juga bijak yang bermain dibelakang pemain Thailand tanpa terjerat dengan perangkap offside dengan kawalan bola kemas dan penuh ketenangan menewaskan penjaga gol Thailand, Siwarak Tedsungoen.

Satu kerasian dan ikatan kimia yang tinggi telah dipamerkan oleh Syahrian Abimanyu dan Kadek Agung.

Syahrian Abimanyu merupakan pemain Johor Darul Taโ€™zim (JDT) yang dipinjamkan ke kelab Australia Newcastle Jets, kelab sama yang meminjam Liridon Krasniqi.

Lima minit bersambung babak kedua bersambung, gawang Timnas Indonesia kebobolan untuk kali kedua dan kali ini gol Thailand telah dicetak oleh Adisak Kraison.

Pada minit ke-59, skor imbang kembali menjadi 2-2.

Pemain sensasi Indonesia, Evans Dimas menyempurnakan kiriman umpan trobosan ke dalam kotak penalti darri Egy Maulana dan sekali lagi penyudah padu disajikan.

Evans Dimas berjaya lepas perangkap offside walaupun pemain Thailand cuba membantah mengatakan Evan Dimas offside. Keputusan pengadil kekal.

Kedudukan 2-2 sama ini kekal hingga tamat permainan dan skuad Garuda akhirnya pecah telur meraih mata pertama selepas enam perlawanan.

Timnas Thailand (4-4-2): Siwarak Tedsungnoen (kiper); Suphan Thongsong, Manuel Tom Bihr, Sarach Yooyeen, Narubadin Weeratwatnodom (belakang); Ernesto, Pathompon Charoenrattanapirom, Phitiwat Sookjitthammakul, Ekanit Panya (tengah); Adisak Kraisorn, Thanawat Suengchittahawon (depan)

Pelatih: Akira Nishino

Timnas Indonesia (4-2-3-1): Nadeo Argawinata (kiper); Arif Satria, Rizky Ridho, Asnawi Mangkualam, Pratama Arhan (belakang); Evan Dimas, Witan Sulaeman, Kadek Agung, Syahrian Abimanyu (tengah); Egy Maulana Vikri, Kushedya Hari Yudo (depan)

Pelatih: Shin Tae-yong

BACA:ย  Kelayakan Piala Dunia: Vietnam 4-0 Indonesia