Kelayakan Piala Dunia CONMEBOL: Brazil 1-0 Venezuela

Share on facebook
Share on twitter

Brazil meneruskan kempen kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan atau South American Football Confederation (CONMEBOL) dengan sempurna selepas mencatatkan kemenangan ketiga dalam tiga perlawanan.

Kemenangan ketiga ini membolehkan Brazil berada di puncak kumpulan dengan sembilan mata dan empat pasukan teratas akan layak ke Piala Dunia Qatar 2022.

Tite membuat pertukaran 4 pemain dalam perlawanan ini selepas Neymar yang tidak cergas, Casemiro terkena virus, Philippe Coutinho dan Weverton tidak dapat beraksi.

Tempat mereka ini telah digalas oleh Gabriel Jesus, Allan, Everton Ribeiro dan Ederson.

Venezuela bukanlah satu pasukan yang kuat namun berjaya mengikat Brazil walaupun selepas sejam lebih permainan sehinggalah sang wira itu.

Wira yang tiba dengan gol kemenangan itu adalah Roberto Firmino yang hebat apabila menerajang masuk bola ketika perlawanan berbaki 23 minit.

Brazil telah menjaringkan gol seawal minit ketujuh namun telah dibatalkan kerana offside dan menguasai perlawanan tanpa ragu.

Yang meragukan dalam perlawanan ini bagi Brazil adalah menghasilkan peluang yang digelar gol dan Brazil nyata kurang bernafsu dalam perlawanan ini.

Namun jaringan tunggal Roberto Firmino sudah cukup untuk Brazil meraih tiga mata penting.

BACA:  Neymar Senior Mahu Neymar Junior Segera Dibedah
Share on facebook
Share on twitter