Kelayakan Piala Dunia: England 5-0 San Marino

England memulakan kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di kumpulan I dengan satu kemenangan mudah lagi bergaya ke atas San Marino yang berpopulasi 33,600 penduduk pada tahun 2019.

Untuk rekod Perlis negeri paling kecil di Malaysia mempunyai populasi 254,400 dengan keluasan negeri 819 km persegi berbanding San Marino yang hanya berkeluasan 61.2 km persegi sahaja.

Kumpulan I untuk kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dihuni oleh England, Albania, Andorra, Poland, Hungary dan San Marino.

Satu kumpulan mudah buat England yang mungkin hanya dapat ditentang oleh Poland sahaja dan itulah dilakukan England ke atas San Marino.

Mudah England mencatatkan kemenangan lima gol tanpa balas dengan permainan yang agak bersahaja, kalau bersungguh sudah pasti 10 gol dalam tangan.

Sekecil populasi dan keluasan negeri, San Marino hanya menguasai 19 peratus sahaja pengusaan perlawanan dengan England yang bermain santai.

Gareth Southgate tidak menurunkan barisan terkuat dan dapat dilihat Harry Kelihatan menahan nafsu serta terliur untuk berpesta gol dari tepi padang.

Lebih padu San Marino gagal mencatatkan sebarang percubaan dalam tempoh 90 minit permainan berbanding England yang melakukan 27 percubaan dengan 15 percubaan tepat.

Pakar sepakan bola mati, James Ward-Prowse membuka tirai jaringan England pada minit ke-14 bagi memulakan parti Pesta Gol England selepas banyak peluang dibazirkan.

Hantaran Ben Chilwell pantas disambar James Ward-Prowse dengan sepakan ke penjuru gawang dan diraikan dengan aksi bermain golf.

Dominic Calvert-Lewin yang terlepas peluang awal dengan satu miskic menggandakan kedudukan dengan menyundul masuk lambungan Reece James pada minit ke-21.

Sepuluh minit kemudian Raheem Sterling yang dari awal perlawanan mahu menggelecek sehingga ke dalam gawang mencetak nama selaku penjaring.

Hantaran Mason Mount membuatkan Raheem Sterling menari lagi sebelum merembat bola di depan muka penjaga gol Marino.

Pembaziran demi pembaziran dilakukan England hingga tamat separuh masa pertama dan ada bola dihadang Dominic Calvert-Lewin bagi menyelamatkan gawang San Marino.

Dominic Calvert-Lewin menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-53 dengan satu tolakan mudah menyudahkan hantaran Jesse Lingard.

Ollie Watkins menyempurnakan debut impian dengan jaringan pada penampilan pertama beliau bersama England dengan satu rembatan leret.

Pemain Aston Villa itu mengikut jejak Jamie Vardy and Callum Wilson yang merupakan pemain dari Non-League (Lebih kurang liga DUN) menjaringkan gol untuk England.

Kalau nak cerita pasukan lama, Ollie Watkins pun kau tak kenal jugak.

England akan bertemu Albania pada 29 Mac dan menentang Poland pada 1 April yang akan menjadi cabaran sebenar buat England.

England: Pope, James, Coady, Stones, Chilwell, Phillips, Ward-Prowse, Lingard, Mount, Sterling, Calvert-Lewin.

Subs: Johnstone, Rice, Mings, Henderson, Kane, Foden, Dier, Shaw, Maguire, Watkins, Trippier, Bellingham.

San Marino: Elia Benedettini, Manuel Battistini, Brolli, Rossi, Grandoni, Lunadei, Golinucci, Jose Hirsch, Berardi, Palazzi, Nicola Nanni.

Subs: Giardi, D’Addario, Ceccaroli, Zonzini, Michael Battistini, Luca Nanni, Simone Benedettini, Conti, Fabbri, Stimac, Mularoni, Zafferani.

Referee: Kirill Levnikov (Russia).

BACA:  Inilah Pesanan Berjiwa Liverpool Trent Alexander Arnold Selepas Dipilih Southgate