Kelayakan Piala Dunia: Jepun 10-0 Myanmar

Jepun telah membenam Myanmar sedalam-dalamnya dengan jaringan 10 gol tanpa belas sehingga Myanmar tidak lagi mampu mengangkat kepala yang dibenam.

Kemenangan ini telah melayakkan Jepun ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 selaku juara kumpulan F.

Seramai 70 orang penunjuk perasaan berkumpul sebelum sepak mula bagi sebagai tanda anti-junta dengan simbol tiga jari di luar stadium di Chiba, Tokyo.

Penunjuk perasaan telah membawa gambar Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi dan mengibarkan bendera Myanmar pada tahun 1988 tanda kebangkitan.

Perlawanan ini diadakan secara tertutup tanpa penonton atas situasi semasa dan para penunjuk perasaan dibenarkan masa dan beredar sebelum sepak mula.

Kerana situasi semasa di Myanmar 10 orang pemain telah membantah dan tidak mahu mewakili Myanmar untuk perlawanan kelayakan ini dan sayur akibatnya.

Separuh masa pertama berakhir dengan Jepun berjaya mendahului Myanmar dengan empat gol tanpa balass dan enam gol lagi ditambah pada separuh masa kedua.

Yuya Osako telah menjaringkan lima gol dalam perlawanan dan mencatatkan hatrik pada separuh masa pertama dalam tempoh 14 minit sahaja.

Yuya Osako menambah lagi dua jaringan pada separuh masa kedua untuk melengkapkan lima gol peribadi.

Takumi Minami menjaringkan dua gol dan merupakan penjaring gol pembukaan perlawanan seawal minit kelapan sebelun Yuya Osako mencipta hatrik dengan tiga gol pada minit ke-22, 30 dan 36.

Empat minit bersambung babak kedua, Yuya Osako meletakkan Jepun lima gol dihadapan dan Hidemasa Morita menjaringkan gol keenam.

Gol ketujuh dan kelapan Jepun dijaringkan oleh Takumi Minamino sekali lagi dan Daichi Kamada sebelum Yuya Kamada menjaringkan gol peribadi kelima pada minit ke-88.

Ketika permainan seakan berakhir dengan 9-0, Ko Itakura menjadikan kedudukan dua digit buat Jepun.

Agak gila juga statistik Yuya Osako yang telah melakukan 8 percubaan dengan 5 percubaan tepat menghasilkan 5 gol dan mencipta satu assist.

Jepun berada dalam kumpulan F kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 bersama-sama dengan Myanmar, Tajikistan, Jyrgyzstan dan Mongolia.

Laluan mudah untuk ke pusingan ketiga apabila Jepun mencatatkan enam kemenangan dari enam perlawanan dengan menjaringkan 37 gol tanpa bolos.

Penjaga gol Myanmar, Pyae Lyan Aung telah mengangkat simbol tiga jari seperti filem Hunger Game ketika lagu kebangsaan Myanmar telah berkumandang tanda bersolidariti bersama para perusuh.

Ramai berharap Pyae Lyan Aung tidak dikenakan apa-apa tindakan daripada Junta apabila kembali ke Myanmar kelak.

Dengan liga seluruh Eropah sudah berakhir, Jepun ternyata serius dengan memanggil semua pemain mereka yang berpengkalan di Eropah untuk perlawanan ini.

Dan inilah senarainya:

Eiji Kawashima / RC Strasbourg (FRA)
Daniel Schmidt / Sint-Truidense VV (BEL)
Kosuke Nakamura / Portimonense (POR)
Hiroki Sakai / Olympique Marseille (FRA)
Yukinari Sugawara / AZ Alkmaar (NED)
Daiki Hashioka / Sint-Truidense VV (BEL)
Sei Muroya / Hannover 96 (GER)
Maya Yoshida / UC Sampdoria (ITA)
Naomichi Ueda / Nimes Olympique (FRA)
Takehiro Tomiyasu / Bologna FC (ITA)
Yuta Nakayama / PEC Zwolle (NED)
Yuto Nagatomo / Olympique Marseille (FR)
Hidemasa Morita / CD Santa Clara (POR)
Wataru Endo / VfB Stuttgart (GER)
Kento Hashimoto / FK Rostov (RUS)
Ko Itakura / FC Groningen (NED)
Genki Haraguchi / Hannover 96 (GER)
Koji Miyoshi / Royal Antwerp (BEL)
Takumi Minamino / Southampton (ENG)
Junya Ito / KRC Genk (BEL)
Keita Endo / Union Berlin (GER)
Ritsu Doan / Arminia Bielefeld (GER)
Takefusa Kubo / Getafe CF (ESP)
Daichi Kamada / Eintracht Frankfurt (GER)
Yuya Osako / Werder Bremen (GER)
Takuma Asano / Unattached (Free agent)

BACA:  Gerakan Buaya Marcelo Brozovic Telah Merubah Cara Benteng Sepakan Percuma Dilakukan