Kelayakan Piala Dunia: Turki 3-3 Latvia

Turki pasukan yang agak menjadi tumpuan pada kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 kali ini gagal meneruskan rentak kemenangan apabila sekadar seri 3-3 dengan Latvia.

Keputusan seri ini membolehkan Latvia merasai mata pertama selepas tiga perlawanan apabila tewas dalam dua perlawanan awal.

Punca kekalahan Turki tidak lain tidak bukan adalah, Ozan Kabak yang diturunkan dikesebelasan utama. Saja je menuduh.

Turki awal berada di depan dengan jaringan kaki kiri Kenan Karaman pada minit kedua perlawanan menyumpurnakan hantaran Hakan Canlhanoglu.

Left-back Turki, Caner Erkin hampir menjaringkan gol kedua namun rembatan kaki kirinya itu dinafikan palang gol pada minit ke-32.

Pada minit ke-33, Hakan Calhanoglu menggandakan kedudukan dengan mencetak nama selaku penjaring.

Roberts Savalnieks merapatkan jurang 10 minit sebelum rehat separuh masa pertama.

Kristers Tobers telah menjatuhkan Mert Muldur dalam kotak penalti dan pengadil tidak teragak menghukum dengan sepakan penalti.

Pada minit ke-52, Burak Yilmaz dengan menyempurnakan sepakan penalti dan kembali menjarakkan kedudukan kepada 3-1.

Namun Latvia tidak mengalah dengan jaringan kedua 6 minit berselang hasil jaringan Roberts Uldrikis.

Davis Ikaunieks menyamakan kedudukan pada minit ke-79 dan kedudukan terus terikat sehingga wisel penamat.

Latvia sangat tajam dalam perlawana ini dengan menjaringkan 3 gol daripada 4 percubaan tepat.

Latvia tajam ke sebab Kabak?

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan turut hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini.

Turki masih lagi mendahului kumpulan G selepas tiga perlawanan selepas mengumpul 7 mata, satu mata di atas Belanda.

Inilah perlawanan terakhir Turki untuk perlawanan antarabangsa dan perlawanan seterusnya kan berlangsung pada September.

Kelayakan Piala Dunia 2022: Norway 0-3 Turki

Turki meneruskan rentak kecemerlangan dan kemenangan mereka di kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 apabila mencatatkan kemenangan kedua disaingan kumpulan G.

Masih segar dalam ingatan beberapa hari lalu apabila Turki mudah menewaskan Belanda dengan jaringan 4-2 di mana Burak Yilmaz telah mencetak hatrik.

Kemenangan ini telah membuatkan peminat Liverpool memuja pemain pertahanan mereka yang beraksi bersama Turki untuk saingan antarabangsa.

Dalam perlawanan Norway, Turki tidak menurunkan Ozan Kabak yang tidak mampu dan layak untuk menyekat keliaran yang tak bersempadan Erling Braut Haaland.

Natijahnya, Turki berjaya mencatatkan clean sheet dengan kemenangan 3-0 dan Ozak Kabak hanya dibawa masuk pada minit ke-86 untuk dipuji peminat Liverpool.

Ozan Tufan menjaringkan dua gol padu untuk Turki dalam perlawanan ini dan satu lagi dijaringkan oleh pemain pertahanan Leicester City, Caglar Soyuncu.

Perlawanan ini menyaksikan Norway menjadi tuan rumah namun perlawanan dilangsungkan di Malaga, Sepanyol kerana larangan pergerakan yang diwartakan di Oslo, Norway.

Benteng pertahanan Norway berjaya dibelah dengan larian pantas Yusuf Yazici di berlah kiri sebelum membuat satu hantran rendah.

Ozun Tufan seperti taufan terus meledakkan satu rembatan dan meletakkan Turki di depan seawal minit keempat perlawanan.

Alexander Sorloth hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-26 namun rembatan deras yang penuh berkuasa itu telah tidak menemui gawang dan menghentam tiang.

Satu kerugian amat buat Norway dan dua minit kemudian, pemain pertahanan Leicester City Caglar Soyuncu menggandakan kedudukan dengan menanduk masuk sepakan penjuru Yusuf Yazici.

Alexander Sorloth dan Erling Braut Haaland mengecilkan jurang jaringan pada awal separuh masa kedua namun gagal.

Ozun Tufan terus mematikan semangat perjuangan Norway dengan gol ketiga Turki dan menjadi gol kedua peribadi buat beliau pada minit ke-59.

Gol Ozun Tufan kali ini sangat gila dengan satu bola lencong yang gila-gila mencari sudut kosong di tiang jauh gawang.

Erling Braut Haaland akhirnya berjaya menjaringkan gol buat Norway sejurus selepas itu namun telah dibatalkan kerang offside dan kedudukan ini kekal hingga tamat permainan.

Norway bermain 10 orang selepas Kristian Thorstvedt telah dilayangkan kad merah ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Turki akan bertemu Lithuania dan dan Norway akan menentang Montenegro dan kedua-dua perlawanan ini berlangsung pada rabu.

Kelayakan Piala Dunia: Turki 4-2 Belanda

Turki memulakan kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 benua Eropah di kumpulan G dengan langkah kanan apabila membenam Belanda dengan empat gol berbalas dua di Ataturk Olympic Stadium.

Kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia ini di huni oleh Turki, Belanda, Norway, Montenegro, Latvia dan Gibraltar.

Dalam kumpulan ini Belanda kelihatan paling kuat tapi kalah sebab takda Van dijk kot, diikuti Turkey dan mungkin Norway sebab ada Erling Haaland.

Burak Yilmaz cemerlang untuk membenam Belanda selepas mencetak harik dalam perlawanan ini dan satu gol lagi dijaringkan oleh Hakan Calhanoglu.

Pemain penyerang veteran Turki itu membuka tirai jaringan selepas 15 minit permainan dan menggandakan kedudukan 20 minit kemudian.

Turki meneruskan rentak cemerlang apabila terus menjarakkan kedudukan pada awal separuh masa kedua melalui pemain tengah AC Milan, Hakan Calhanoglu.

Belanda cuba bangkit dengan dua gol dalam tempoh dua minit pada minit ke-75 dan 77 melalui Davy Klaassen dan Luuk De Jong.

Bagaimanapun penyerang yang beraksi di League bersama Lille melengkapkan hatrik dengan gol keempat buat Turki.

Burak Yilmaz menjadi manusia pertama menjaringkan hatrik menentang Turki sejak Klaus Allofs melakukannya untuk Jerman pada 1980.

Penjaga gol Turkish Süper Lig , Trabzonspor, Uğurcan Çakır cemerlang menafikan sepakan penalti Memphis Depay pada minti ke-90+5.

Rekod dicatatkan oleh Memphis Depay apabila menjadi pemain Belanda pertama gagal menjaringkan penalti sejak 2000 dan insan terakhir adalah Frank De Boer vs Italy.

Turki akan berdepan Norway yang diperkuatkan oleh Erling Haaland pada sabtu di Malaga, Sepanyol kerana wabak yang melanda dan seterus Latvia selasa depan di Istanbul.

TURKEY XI : 23 Cakır, 2 Çelik, 15 Kabak, 4 Soyuncu, 13 Meraş, 5 Yokuslu, 6 Tufan, 10 Calhanoglu, 19 Karaman, 11 Yazıcı, 17 Yılmaz

TURKEY SUBS : 21 Kilinc, 7 Kokcu, 12 Bayindir, 14 Antalyali, 3 Muldur, 8 Tokoz, 22 Ayhan, 18 Erkin, 1 Gunok, 16 Unal, 9 Tosun, 20 Turuc

NETHERLANDS XI : 1 Cillessen; 2 Tete, 3 De Ligt, 17 Blind, 5 Wijndal; 15 De Roon, 8 Wijnaldum, 21 F. De Jong; 11 Berghuis, 8 Malen, 10 Memphis

NETHERLANDS SUBS : 20 Van de Beek, 22 Dumfries, 7 Bergwijn, 16 Stengs, 14 Gravenberch, 13 Krul, 4 Veltman, 6 Klaassen, 12 Van Aanholt, 19 L. De Jong, 9 Babel, 23 Stekelenburg

Baca Juga

Baca Juga