Kelayakan Piala Dunia: UAE 3-1 Thailand

Perlawanan antara UAE menentang Thailand boleh dikatakan permainan yang seimbang buat kedua-dua pasukan namun yang membezakannya adalah jaringan gol sahaja.

Setelah menguasai Thailand pada separuh masa pertama, UAE menghadapi serangan balas yang sangat kuat dari War Elephants pada babak kedua.

Tetapi The Whites mamapu bertahan dari dibolosi dan gol minit akhir melengkapkan kemenangan 3-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2020 mereka di Stadium Zabeel di Dubai pada hari Isnin.

Gol separuh masa pertama dari Caio Canedo dan Fabio Lima menjadi penanda aras yang menunjukkan penguasaan UAE, tetapi Thailand bangkit mencari gol pada babak kedua dengan gol indah dari Suphanat Mueanta tercipta.

Pelawat terus maju untuk menyamakan kedudukan dalam pertemuan dramatik itu, tetapi serangan balas UAE yang pantas pada masa kecederaan menyaksikan pemain gantian babak kedua Mohammad Juma Eid menjaringkan gol kemenangan, membawa kegembiraan dan kelegaan untuk pasukan UAE serta penyokong tuan rumah.

UAE mengekalkan kedudukan kedua mereka di Kumpulan G dengan 12 mata dari enam perlawanan, sementara pendahulu Vietnam memimpin dua mata ke atas pasukan UAE dengan kemenangan 4-0 ke atas Indonesia.

Pada separuh masa pertama, UAE mengasak ke kubu Thailand dengan mempamerkan permainan panttas lagi laju tanpa tanpa kenal erti penat di tengah padang.

Jika tidak kerana kegopohan Ali Mabkhout yang terkenal sebagai penyerang prolifik, dominasi The Whites dalam lembaran skor mungkin jauh lebih besar dalam tempoh 45 minit pertama.

Motivasi kemenangan 4-0 dalam perlawanan pertama menentang Malaysia, pasukan Bert van Marwijk menguasai bahagian tengah ketika gabungan Fabio Lima dan Caio Canedo mendesak War Elephants.

Kedua-dua pemain kelahiran Brazil itu membawa gaya Samba mereka ke padang dengan hantaran satu dua pantas di di kubu Thailand menyaksikan banyak peluang tercipta

Dan gol pertama datang sangat awal pada babak pertama.

Hantaran bola panjang ke dalam kotak Thailand menyaksikan dua pemain pertahanan Thailand membuat percubaan terdesak untuk mengeluarkan bola. Tetapi bola tinggi jatuh tepaytdi kaki Caio.

Pemain Brazil itu menunjukkan ketenangan dan menghantar bola voli cantik ke bahagian belakang gawang pada minit ke-14 untuk memberi gol pendahuluan awal kepada UAE.

Empat minit kemudian, Thailand mencipta peluang, tetapi rembatan Eakkanit Punya dari sudut yang sempit terbang melewati palang.

Gol kedua akhirnya tiba pada minit ke-34, berkat gabungan kecemerlangan individu dan interaksi yang cemerlang di final third.

Setelah melakukan gerakan yang luar biasa, Lima maju ke kotak gol Thailand dengan bola di kakinya. Berpusing dan berpusing melawan dua pemain pertahanan, pemain Brazil itu melakukan hantaran pendek kepada Khalifa Alhammadi yang menghantar bola kepada Ali Mabkhout.

Ali Mabkhout melihat Lima melakukan larian dan melakukan hantaran lintang yang indah yang disundul masuk Lima, mengalahkan penjaga gol Thailand.

Tetapi Thailand, yang memenangi perlawanan pertama menentang UAE 2-1 pada 2019 memperkemaskan permainan dan bangkit pada separuh masa kedua.

Thailand telah menambah keyakinan dalam permainan mereka dan mula menguasai permainan.

Tindak balas positif dipamerkan Thailand dan Suphanat Mueanta berada dalam kedudukan yang tepat ketika penyerang berusia 18 tahun itu menjaringkan gol dengan tendangan voli dari jarak dekat. UAE terkedu.

Gol itu menjadi pemangkin semangat kepada Thailand yang kembali semula dalam permainan dan UAE mula bermain dengan hantaran pendek untuk kembali mencipta peluang.

Kegarangan Thailand mendorong UAE bermain lebih dalam dikawasan mereka sendiri bagi melindungi kelebihan gol yang diperolehi dan menanti detik terbaik membuat hantaran panjang.

Pada minit ke-74, bola panjang berjaya mencari Ali Mabkhout namun rembatan pemain nombor tujuh itu berjaya dihadang oleh pertahanan Thailand.

Dua minit kemudian, Ali Mabkhout membuat hantaran kepada Lima di dalam kotak penalti, tetapi rembatan pemain Brazil itu hanya menggegar jaring luar.

UAE terus membunuh perlawanan dengan gol minit akhir dari Mohammad Juma Eid yang mempamerkan ketenangan, menjaringkan gol terakhir untuk memastikan pasukan UAE terus memburu tempat Piala Dunia.

BACA:  59,000 Tiket Malaysia vs Thailand Habis Dijual Kurang 24 Jam