Kelincahan Vinicius Jr Membuatkan Pemain Mallorca Breakdance Di Padang

Vinicius nike

Kelincahan pemain muda meningkat naik Real Madrid, Vinicius Jr telah membuatkan pemain Mallorca secara automatisnya melakukan tarian Breakdance di padang ketika permainan berlangsung.

Pemain sayap lincah dari negara Samba, Brazil telah menjaringkan gol ke-14 di La Liga musim ini dengan jaringan pembukaan ketika Los Blancos menewaskan Real Mallorca 3-0.

Pada minit ke-55, gandingan mesra antara Vinicius Jr bersama Karim Benzema telah menghasilkan gol pembukaan perlawanan hasil kesilapan pasukan lawan dan tenang disudahkan menewaskan Sergio Rico.

Pada musim ini menyaksikan perubahan dan peningkatan agak ketara dipamerkan Vinicius Jr dalam memenuhi jangkaan ramai bahawa beliau akan menjadi prospek masa depan sebagai pemain berkelas dunia.

Vinius Jr kini semakin menempa nama sebagai seorang pemain sayap yang berbisa dan patut diberikan perhatian selepas dilabel sebagai pemain yang tidak mampu memberikan sesuatu sebelum ini.

Pemain muda Brazil itu kini menjaringkan gol dan mencipta assist dengan gembiranya serta gemar melakukan gelecekan dengan kakinya yang pantas kadangkala memalukan lawan dengan begitu sahaja.

Ketika menentang Real Mallorca sekali lagi kejadian tidak diingini terjadi angkara kelincahan Vinicius Jr yang membuatkan pemain Real Mallorca Breakdance dan menggelupur di padang dengan tiba-tiba.

Pemain Real Mallorca cuba menghalang gerakan Vinicius Jr yang berjaya menola bola ke sisi membuat pemain Real Mallorca itu tersilap langkah dan melambung ke udara seperti melakukan tarian breakdance.

Setakat musim ini dalam semua kejohanan, Vinicius Jr telah menjaringkan 17 gol dan 13 assist dalam semua kejohanan.

Karim Benzema yang mencetak hatrik ketika menendang keluar PSG dari saingan Champions League minggu lalu terus tajam apabila menjaringkan dua gol dan satu assist.

Pada minit ke-77 Karim Benzema menggandakan kedudukan melalui sepakan penalti selepas Brian Olivan menolak Vinicius Jr dalam kotak penalti dan pengadil tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman.

Lima minit kemudian Karim Benzema melengkapkan kemenangan 3-0 Real Madrid ke atas Real Mallorca dengan satu sundulan menyempurnakan hantaran silang Marcelo si rambut kembang.

Kemenangan ini terus mengukuhkan kedudukan Real Madrid gayat di puncak La Liga dengan 66 mata selepas 28 perlawanan, 10 mata mengatasi Sevilla ditempat kedua dan 15 mata dihadapan Barcelona ditangga ketiga yang kurang satu perlawanan.

Musim ini sahaja menyaksikan gandingan Vinicius Jr dan Karim Benzema telah menyumbang kepada penghasilan 49 gol dan 26 assist dalam semua kejohanan.

Perjalanan Karier Vinicius Jr.

Vinicius Jr. mempunyai perjalan karier bola sepak seawal umur 6 tahun bersama kelab bola sepak Brazil, Flamengo dan pada ketika itu tertulis dalam dokumennya sebagai pemain left-back.

Pada tahun 2007 hingga 2010 telah menyertai akademi futsal dan pada tahun 2009 diusia 9 tahun, potensi Vinicius dikesan selepas menyertai trial futsal untuk pasukan Flamengo.

Lantaran umurnya masih muda, Vinicius diarahkan untuk datang pada tahun seterusnya. Dalam tempoh itulah Vinicius telah merubah fikiran yang bakal merubah hidupnya.

Vinicius tidak hadir apabila memilih untuk bermain bola sepak bukannya futsal dan telah telah telah lulus trial bola sepak di Flamengo pada Ogos 2010.

Vinicius membuat debut bersama Flamengo pada 13 Mei 2007 apabila masuk pada minit ke-82 dan dua hari selepas itu Vinicius dilanjutkan kontraknya dari 2019 kepada 2022.

Hanya lapan minit diperlukan Vinicius di padang untuk membuktikan bakat dan potensi lalu diberikan kontrak lanjutan dengan klausa pembelian dinaikkan dari €30 juta kepada €45 juta. Padu bukan?

Lanjutan kontrak ini juga satu langkah bijak dari Flamengo yang sedak Vinicius diintai oleh kelab gergasi dan bakal disambar bila-bila masa.

Pada 23 Mei 2017, Real Madrid datang mengikat terus Vinicius Jr. tetapi kontrak akan berkuatkuasa selepas harijadi ke-18 Vinicius, 12 julai 2018.

Tanggal 20 Julai 2018, Vinicius Jr. diperkenalkan sebagai pemain Real Madrid secara rasmi dan terus mendapat peluang beraksi bersama skuad utama.

Musim 2018/19 Vinicius lebih kerap digunakan dan mendapat peluang beraksi di Champions League. Musim 2021/22 merupakan breakthrough buat Vinicus Jr. bersama Real Madrid.

Jangan dilupa dua gol Vinicius Jr. musim lalu telah menendang Liverpool keluar dari Champions League dan membawa Real Madrid ke separuh akhir.

Kelincahan dan betapa liarnya Vinicius di padang telah terjawab kerana seperti kebanyakkan pemain Brazil yang lain adalah kerana futsal adalah makanan mereka.

BACA:  Ancelotti Sound Rodrygo Yang Kurang Ajar Selepas Diganti