Kem Chelsea Sudah Bergolak Kerana Video Rasis Enzo Fernandez

Liga Perdana Inggeris belum pun bermula, malah pra musim pun belum start lagi, namun kem Chelsea sudah panas dengan isu pemain muat naik video lagu rasis.

Enzo Fernandez, bekas pelajar taska perpaduan Argentina itu telah memuat naik video dia dan rakan rakan mengejek Perancis sebagai negara yang pemainnya sarat dengan orang Afrika.

Enzo Fernandez ternyata jenis kawan yang suka memuat naik semua benda ke dalam media sosial. Ibarat seorang konten kreator yang laparkan like dan perhatian.

Akhirnya semua benda nak tunjuk kepada dunia dan memakan diri. Peminat Chelsea sendiri mengingatkan Enzo Fernandez bahawa dia ada ramai kawan dari Perancis yang berkulit hitam di kelab itu.

Dan mereka mempersoalkan bagaimana hubungan Enzo Fernandez dengan pemain pemain ini selepas ini.

Enzo dengan tanpa rasa bersalah memuat naik video yang mengguris hati ramai pihak.

Lagu yang rasis itu melabel Perancis ini pemain pemainya dari Angola, emak dari Nigeria dan ayah dari Cameroon. Sebagai tambahan, Mbappe merupakan pemain yang berdarah Cameroon dari sebelah ayahnya.

Mbappe seringkali menjadi mangsa ejekan pemain Perancis terutama sekali Emi Martinez sebelum ini.

Argentina jelas masih tidak lagi move on dengan Perancis walaupun mereka dah menang ke atas Perancis dalam final Piala Dunia 2022.

Selain itu apa kaitan Perancis dengan Copa America 2024? Semua itu membuatkan Enzo Fernandez dikecam. 3 pemain Chelsea iaitu, Disssi, Fofana dan Gusto terus unfollow Enzo Fernandez di IG.

Fofana kemudian menyekolahkan Enzo Fernandez betapa pemain itu mengecewakannya dengan berkata, ‘Bola sepak pada 2024, meraikan rasisme’.

Persatuan Bola Sepak Perancis turut mengecam tindakan pemain Argentina dan mahu membawa perkara ini ke muka pengadilan.

Ini kerana tindakan pemain pemain Argentina ini dianggap rasis dan diskriminasi yang dilakukan secara terang terangan. FFF akan menghubungi UEFA dan FIFA berkenaan dengan perkara ini.

Enzo Fernandez akhirnya tampil memohon maaf dan menyatakan dia benar benar kesal dengan apa yang berlaku.

Video yang dia muat naik di Instagram adalah video yang sarat dengan kata kata rasis, dia sendiri akui perkara itu.

Enzo berkata: “Saya nak meminta maaf seikhlasnya berkaitan video di saluran Instagram ketika keraian pasukan pasukan kebangsaan.

“Lagu itu mengandungi bahasa yang sangat ofensif dan memang tiada alasan untuk ayat ayat tersebut,

“Saya berdiri menentang segala bentuk diskriminasi dan meminta maaf kerana terbuai buai hanyut dalam euforia keraian Copa America kami.

“Video itu, momen itu, kata kata tersebut, tidak menggambarkan kepercayaan dan karakter saya. Saya benar benar meminta maaf.”

Baca Juga

Baca Juga