Kembali ke Manchester? 5 Destinasi Berikutnya Buat Cristiano Ronaldo

Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dikatakan telah berkira-kira untuk berhijrah dari Sepanyol selepas dia didakwa menipu cukai di negara tersebut. Namun Ronaldo kekal.

Ronaldo dengan tegas mengatakan dia tidak bersalah dalam hal ini dan mendakwa dia adalah mangsa keadaan, dan disebabkan oleh krisis ini Ronaldo dikhabarkan sudah merajuk dengan pihak berkuasa Sepanyol, sekaligus tidak mahu tinggal di negara tersebut lagi.

Raja di Sepanyol | Gambar : Goal.com

Jika Ronaldo mahu berhijrah, harganya tidak murah di mana Real Madrid telah metelakkan tanda harga sebanyak £150 juta – sama mahal dengan harga satu ekar tanah di Bukit Bintang.

Selepas isu cukai, Ronaldo mengalami kemarau jaringan di La Liga walaupun cemeang di Eropah. Adakah Ronaldo akan berpindah pada perpindahan Januari ini walaupun tiada kelab dikatakan berminat.

Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, maka ada beberapa destinasi yang mungkin boleh dipilih oleh Ronaldo nanti.

Manchester United

Seperti semua pihak sedia maklum, hubungan Ronaldo dan Manchester United sentiasa mekar bagaikan bunga Seri Pagi tatkala matahari mula memancarkan sinarnya di subuh hari, selepas menabur bakti bersama Syaitan Merah selama enam tahun, dengan tiga kejayaan Liga Perdana Inggeris, satu Liga Juara-juara, dua Piala Liga dan satu Piala FA.

Hanya Liga Europa masih belum disentuh Ronaldo.

Tambahan pula Ronaldo sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus United, Jose Mourinho, ketika Pak Jose berkhidmat di Madrid beberapa tahun lalu.

United kembali ke Liga Juara-juara pada musim hadapan dan Jose juga dikatakan bersedia untuk berbelanja besar untuk memperkuatkan cabaran pasukan yang pernah hebat suatu ketika dahulu ini.

Lagipun, United memang suka membeli bekas pemain dengan harga yang tinggi. Tengoklah Pogba.

Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, pasti United akan merekodkan keuntungan kewangan yang luar biasa. Kau bayangkanlah jualan jersi Ronaldo dah berapa, lepas tu syarikat-syarikat konglomerat pula berebut-rebut untuk menaja pasukan ini.

Tapi nak kata mereka bakal juara tu hampir mustahil. Dengan adanya Ronaldo mungkin United akan naik ke tangga kelima pada musim hadapan.

Manchester City

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pasukan ini termasuk dalam senarai, tapi dengar dulu.

Sheikh Mansour – pemilik City sememangnya dikenali sebagai seorang yang pemurah dan kaya. Malah selalunya dia akan dapat apa yang dia nak.

Pep Guardiola dan Aguero di City | Gambar : Goal.com

Duit memang tidak menjadi masalah, dan sekiranya Real Madrid meletakkan harga £500 juta untuk Ronaldo sekalipun, Mansour masih lagi mampu untuk membawa kapten Portugal ini ke Ettihad.

Lagipun Ronaldo ditaja oleh Nike, jenama sama yang membuat jersi City. Jadi, Nike boleh juga topup sikit duit belanja untuk membeli Ronaldo nanti.

Walaubagaimanapun, peluang untuk melihat Ronaldo membuat keputusan seperti Carlos Tevez ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan, tambahan pula City dilatih oleh Pep Guardiola.

Paris Saint Germain

PSG adalah satu lagi kelab Eropah yang bermandikan duit daripada billionair Arab. Qatar Sports Investment mengambil alih kelab ini pada bulan Mei 2011 dan mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk membeli mana-mana pemain di Eropah.

AS Monaco mengejutkan PSG apabila memenangi Ligue 1 pada musim ini dan pastinya pemilik kelab mahu kelab diperkuatkan lagi untuk cabaran musim hadapan.

Adakah ini bakal menjadi kenyataan? | Gambar : Ronaldocr7.com

Kalau dilihat sebelum-sebelum ini, PSG dengan selamba membeli pemain-pemain kelas dunia seperti Zlatan Ibrahimovic, Thiago Silva, Edinson Cavani, Davis Luiz dan Angel Di Maria.

Mungkinkah selepas ini Ronaldo pula bakal menyertai senarai pemain ini?

Liga Super China

Liga Super China secara tiba-tiba muncul antara pesaing utama dalam pembelian pemain dalam tempoh setahun dua ini.

Carlos Tevez dibayar gaji £615,000 seminggu dan muncul sebagai pemain yang menerima gaji tertinggi di dunia, manakala pemain seperti Oscar, Paulinho dan Pato dibeli pada harga yang sangat mahal.

Dengan kata lain, duit tidak menjadi isu di China.

Seperti Manchester City, peluang untuk menyaksikan Ronaldo berpindah ke China adalah sangat-sangat tipis kerana Ronaldo memang dikenali sebagai seorang insan yang sukakan cabaran.

Kalu kita tengok Hulk di sana dengan bersahaja menjaringkan gol-gol yang cantik.

Kau bayangkan kalau Ronaldo bermain untuk Shanghai Shenhua, sekali dapat bola semua pemain lawan digeleceknya. Silap-silap nanti Ronaldo akan mengalami kemurungan di China.

Zlatan Ibrahimovic juga pernah menolak tawaran gila dari China – gaji £1juta seminggu – untuk kekal bermain di liga kompetitif di Eropah.

Major League Soccer

Liga bola sepak tertinggi Amerika Syarikat ini hanya mula mencipta nama di dunia selepas David Beckham menyertai Los Angeles Galaxy pada tahun 2007 dan sejak detik itu, MLS semakin berkembang dengan kesudian beberapa pemain kelas dunia seperti Steven Gerrard, Frank Lampard, Kaka dan David Villa untuk menamatkan karier mereka di negara Uncle Sam tersebut.

Tarikan penyokong dan penonton juga semakin hari semakin bertambah dan kehadiran Ronaldo ke MLS pasti akan membawa liga ini ke satu aras dan dimensi yang baru.

Gerrard ke Amerika nak menang liga, tapi entah sumpahan apa yang melanda, dia masih gagal. | Gambar : Thisisanfield

LA Galaxy sebelum ini menunjukkan mereka sanggup berbelanja besar untuk membawa pemain bintang ke barat Amerika Syarikat ini, manakala Seattle Sounders pula dinamakan sebagai pasukan yang paling bernilai di sana dan ini bermaksud mereka mempunyai keupayaan untuk berbelanja.

Mereka pasti akan tertarik untuk membawa Ronaldo ke Amerika Syarikat tambahan pula, Ronaldo boleh memperkembangkan perniagaan fesyennya ke pusat tamadun industi hiburan di dunia tersebut.

Mana tahu nanti Ronaldo buat album bersama Justin Bieber ke, atau sekurang-kurangnya muncul sebagai juri Americ’s Got Talent bersama Simon Cowel pula.

Ada kemungkinan juga kan?

Rujukan artikel : Mirror Football

Baca Juga

Baca Juga