Kemenangan Arsenal Menjadi Bahan Jenaka Pemain Sevilla

Hari kegemilangan Arsenal yang menjulang Piala Emirates menjadi bahan lawak pemain Sevilla Wissam Ben Yedder di Twitter yang mahu Arsenal mengembalikan Piala Emirates kepada Sevilla dan Ben Yedder dengan pantas menjadi sasaran peminat Arsenal.

Dalam Tweetnya Wissam Ben Yedder secara bergurau telah menulis ayat yang padu dan boleh membuatkan peminat Arsenal yang sentiasa sentap semakin sentap.

“Kami menang 2/2 tetapi kami bukan yang pertama yang … Beri kami kembali cawan itu @Arsenal Ahaha ???”

Wissam Ben Yedder kemudian memuat naik satu lagi status yang agak perit isinya disertakan dengan emoji Monyet Setan atau Evil Monkey.

“?? Ahahah jangan marah-marah abang, kau akan dapat peluang untuk balas dendam di Champions Le…… Oh tunggu ??”

Untuk rekod yang ramai sedia maklum, Arsenal gagal untuk layak ke Champions League buat kali pertama dalam tempoh 20 musim.

Di Emirates Cup, walaupun tewas, Arsenal muncul juara Emirates Cup buat kali ke-5. Sevilla yang mencatatkan dua kemenangan terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Kenapa Arsenal Juara Emirates Cup Walaupun Tewas?

Kelakar tapi benar walaupun Sevilla mencatat dua kemenangan dan Arsenal satu menang satu kalah, Arsenal muncul juara. Ini kerana setiap pasukan diberi mata tambahan bagi setiap gol yang dijaringkan di Emirates Cup.

Arsenal – Menjaringkan 6 gol dan satu menang yang memberi 3 mata menjadikan jumlah keseluruhan keseluruhan 9 mata.

Sevilla – Menjaringkan 3 gol dan dua menang yang memberi 6 mata menjadikan jumlah keseluruhan keseluruhan 9 mata.

Oleh kerana mata Arsenal dan Sevilla sama dengan 9 mata, maka jaringan gol digunakan sebagai faktor penentu juara. Arsenal menjaringkan 6 gol dan Sevilla hanya menjaringkan 3 gol.

Oleh sebab itu secara rasminya Arsenal bergelar juara. TAHNIAH!

Baca Juga

Baca Juga