Fernando Llorente mejaringkan hatrik ketika Tottenham membelasah Tranmere Rovers 7-0 dalam perlawanan pusingan ke-4 Piala FA.
Llorente yang hanya melakukan 11 penampilan pada musim ini, menjaringkan 3 gol dalam tempoh 24 minit ketika Spurs mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah kelab mereka.
Llorente menyudahkan hantaran lintang dari Son Heung min dan menjaringkan gol ke-2 apabila berjaya memperdayakan 1 pertahanan Tranmere dan penjaga gol Scott Davies.
Seminit selepas gol ke-2 pemain Sepanyol tersebut melakukan hatrik apabila menyempurnakan hantaran lintang dari Salib Lucas Moura sebelum digantikan dengan penyerang antarabangsa England, Harry Kane.
Spurs agak buntu sepanjang 40 minit pertama sebelum Serge Aurier melakukan percubaan dari jarak 25 kaki dan terus menuju ke penjuru kanan gol Tranmere.
Gol pertama Llorente adalah jaringan pertama di separuh masa ke-2 dan dalam 9 minit Spurs berjaya menjaringkan 3 gol.
Kane menjaringkan gol ke-7, gol terakhir dengan melakukan lambungan melepasi Davies dari dalam kotak penalti untuk berada sebaris dengan Cliff Jones sebagai penjaring ke-4 terbanyak kelab dengan 159 gol.
Tranmere yang mara ke pusingan ke-4 pertama sejak 2003/2004 agak bergelut menentang pasukan dari Liga Perdana Inggeris tersebut.
Peluang terbaik mereka hanya muncul selepas menjaringkan gol ke-2 tetapi percubaan Harvey Gilmour dihadang.
Spurs melakukan 8 perubahan pemain bagi menghadapi perlawanan ini tetapi masih mempunyai 8 pemain antarabangsa termasuk Dele Alli yang juga merupakan kapten dalam perlawanan itu.
Harry Kane, Christian Ericksen dan penjaga gol Hugo Lloris adalah antara pemain yang direhatkan.
Llorente yang agak kurang bermain pada musim ini-hanya muncul 11 kali-masih mampu melakukan 3 penyudah mudah buat Spurs.
Ia adalah hatrik ke-2 pemain itu dalam tempoh 2 musim bersama Spurs di pertandingan Piala Fa. Melakukan hatrik ketika menentang Rochdale pada musim lepas di pusingan ke-5.
Sementara itu Son menjadi pemain yang paling banyak mencipta gerakan dengan larian solo untuk melakukan hataran lintang kepada Llorente dan membantu Aurier untuk gol pembukaan.
Son telah menjaringkan 7 gol dalam 6 penampilan terakhir Spurs banyak membantu pasukan ketika Spurs mencatat 33 jaringan dalam tempoh 34 hari.
Pemain remaja George Marsh, 20 tahun dan Timothy Eyoma, 18 membuat debut dalam perlawanan tersebut.