Kemenangan United Adalah Keadilan Buat Karanka – Mourinho

Sudah menjadi rahsia umum bahawa Aitor Karanka merupakan rakan karib kepada pengurus Manchester United, Jose Mourinho. Malah ketika Mourinho menjadi ketua jurulatih di Real Madrid, Karanka dipilih menjadi pembantunya.

Minggu lepas, Middlesbrough bertindak memecat Karanka setelah Boro terperosok ke zon penyingkiran lantaran kekalahan berturut-turut. Sejurus selepas Karanka dipecat, Mourinho mengatakan secara sinis bahawa rakannya tersebut ‘memang patut dipecat’ kerana rekodnya yang menyelamatkan Boro dari tersingkir ke League One tiga tahun lalu.

Karanka kemudiannya membawa pasukan Teeseide, sebuah konurbasi di Pantai Timur England, itu ke perlawanan akhir play-off ke Liga Perdana pada musim berikutnya, walaupun tewas. Musim selepasnya pula Karanka membawa Boro naik ke Liga Perdana secara automatik, sekaligus mengembalikan Boro ke peta bola sepak dunia selepas lama bermain di liga bawahan.

Semalam, selepas kemenangan United ke atas Boro, Mourinho mengatakan bahawa kemenangan tersebut adalah satu keadilan buat sahabatnya itu, dalam satu temuramah selepas perlawanan.

“Keadilan buat Karanka telah berlaku di sini,” ujar Mourinho dengan suara sedikit tenggelam, bagaikan sedang menahan esakan.

“Orang selalunya tak tengok benda bagus yang kita buat di kelab, tapi I tak kisah pun.

“I dulu kena pecat dengan Chelsea, sekarang peminat Chelsea tak suka kat I, tapi you tengok la takkan ada orang yang boleh ke sana dan buat apa yang I buat dulu, you know,” terang Mourinho seraya mata hitamnya dijulingkan, sambil kedua-dua tengannya diangkat ke bahunya.

Mengenai Karanka, Mou mengatakan bahawa rakannya itu pernah ditawarkan untuk mengendalikan kelab yang lebih besar.

Karanka ketika mula menyertai Boro

“You tau tak, Aitor datang sini dulu ada 8000 ke 10,000 orang je datang stadium, hampir turun ke League One pula tu.

“Dia bawa pasukan ke final play-off, masa tu dia boleh tinggalkan pasukan tapi dia tak pergi mana-mana. Lepas tu dia bawa Boro naik ke Liga Perdana – sekali lagi dia dapat tawaran lain. I tahu la apa yang I cakap ni, dia memang boleh berpindah ke kelab yang lagi baik.

“Tapi you tahu apa yang dia buat? Dia kekal di sini demi penyokong, demi pemilik, demi pemain walaupun dia hilang peluang untuk ke kelab yang lebih besar. Tapi akhirnya dia kena pecat.

“Ka, ni bukan tempat you ke?” jerit Mou kepada Karanka ketika perlawanan.

“Tapi itu lah bola sepak dan I yakin sangat dia mesti nak Boro kekal di divisyen ini, dia dan penyokong harapkan Boro untuk kekal di Liga Perdana. Jujurnya I rasa dia memang down lepas kena pecat. Kesian dia kan,” Mourinho berkata sambil memalingkan badan, berlalu dari wartawan. Matanya dilihat sedikit berkaca, mungkin sebak mengenangkan nasib rakannya tersebut.

Namun, Mourinho sempat berpaling dan menjerit,” Wei, mana page penyokong Leicester Malaysia wei! Dah delete ke? Leicester naik balik tu weh!”

Berita diklepet dan diolah dari The Sun Football

Baca Juga

Baca Juga