Kemewahan Panggung Wayang Di Rumah Floyd Mayweather

Flyod Mayweather yang muncul sebagai petinju pertama yang meraih pendapatan sebanyak $1 bilion dan merupakan atlet sukan ketiga meraih pendapatan sebanyak itu sepanjang karier selepas Michael Jordan ($1.5 million) dan Tiger Woods ($1.4 billion).

Pendapat yang diraih selepas menewaskan Conor McGregor menjadikan pendapatan beliau mencecah $1 billion atau kira-kira RM4.2 bilion. Maka tidak hairanlan Mayweather mampu memiliki sebuah rumah bak istana yang dilengkapi sebuah panggung wayang yang mewah.

Rumah Mayweather

Melalui laman Instagramnya Mayweather memuat naik video panggung wayang di rumahnya yang dilengkapi dengan bar makanan ringan seperti coklat, pop corn dan mesin minuman yang tersusun lagi menggiurkan.

Bar Makanan Ringan. Super Ring Takde

“Pilih beberapa makanan ringan sebelum menonton Sportscenter di panggung kat rumah yang mampu memuatkan 50 orang” Tulis Mayweather di Instagram dengan niat bukan untuk riak.

Tulis panjang-panjang sapa nak baca kan? Kan ada suruh lukis, aku tak reti. Korang tengok lah sendiri video kat bawah. Buat tengok bola ni sedap.

Baca Juga

Baca Juga