Kempen Anti-Glazer Diteruskan Dengan Peminat Memboikot Adidas

Para penyokong Manchester United meneruskan kempen anti Glazers dengan mereka kini merancang untuk memboikot syarikat gergasi sukan, Adidas.

Para penyokong memilih untuk memboikot Adidas dalam usaha mereka mahu mendesak Glazers menjual kelab.

Sekumpulan penyokong skuad setan merah kini membawa kempen anti-Glazer ke satu tahap yang baru dengan melancarkan kempen #BoycottAdidas.

Kempen mereka mendapat sambutan dan #BoycottAdidas menjadi trending di laman twitter dan hal itu jelas sekali menggembirakan kumpulan penyokong tersebut.

Kumpulan penyokong tersebut mengugut pihak kelab yang mereka tidak akan memakai apa-apa produk kelab sehingga pemilik dari Amerika itu melepaskan Manchester United sepenuhnya.

Para penyokong Manchester United sebenarnya sudah lama bergaduh dan tak sehaluan dengan pemilik kelab mereka, yang terdiri dari anak beranak mendiang Malcolm Glazer.

Penyokong underground yang dikenali sebagai ‘The 1958’ merupakan pioneer kepada gerakan anti-Glazer dan mereka akan menyerang dari setiap sudut kelab dalam usaha mahu pemilik dari Amerika Syarikat itu menjual kelab.

The 1958 mendedahkan yang mereka akan melancarkan perang jangka masa panjang di twitter terhadap keluarga Glazer dan hal itu mungkin tidak akan berhenti sehingga Man Utd dapat pemilik baru.

Menulis di laman twitter, mereka mendedahkan bahawa:

“Menyeru kepada semua penyokong! Malam ini kita akan lancarkan kempen cyber seluruh dunia menentang pemilik saham Glazer.”

“Setiap minggu kita akan sasarkan salah satu pemilik saham pada satu masa dan muat naik task mudah setiap beberapa hari pada minggu itu.”

“Minggu ini kita akan mula dengan: Adidas.”

“Lakukan tugas kamu, selamatkan kelab kamu.”

Perancangan mereka terhadap Adidas adalah dengan mengurangkan keberkesanan kempen syarikat tersebut di Google dan turut berkongsi segala keburukan syarikat tersebut di media sosial.

Kempen tersebut jelas sekali mencuri perhatian ramai dengan #BoycottAdidas trending di United Kingdom sebaik kempen tersebut dilancarkan.

“Kempen #BoycottAdidas akan diteruskan sehingga keluarga Glazer meninggalkan United dan kami tak akan pakai jenama Adidas lagi.”

“Kalau Adidas tak mahu dapat review teruk, desak Glazer supaya meninggalkan United atau kami anggap kamu bersekongkol dengan mereka.”

“Saya rasa kita patut terus boikot Adidas dan minggu hadapan kita tambah sasaran. Kita tengok jauh mana Adidas boleh bertahan.”

“Kalau Glazer tak mahu berundur, lebih baik Adidas saja yang berundur kerana kami akan perang habis-habisan.”

“Adidas dah boleh mula fikirkan pelanggan mereka dari menjaga hati Glazer, kami tak akan guna produk anda selagi Glazer berkuasa di Old Trafford.”

Pada Mei 2021, para penyokong Manchester United telah menyerang Old Trafford sebagai tanda protest terhadap pemilik kelab mereka.

Tunjuk perasaan yang dilakukan oleh para peminat itu menyebabkan aksi Manchester United bertemu Liverpool terpaksa ditangguhkan.

‘Berambus dari kelab kami’ dan ‘kami mahu Glazer pergi’ merupakan antara slogan yang kerap didengarkan pada ketika itu dengan mereka turut memakai jersi berwarna kuning hijau.

Bukan sebab Kedah ya, tapi ia merupakan warna rasmi kelab ketika awal mereka ditubuhkan pada 1878 dahulu.

Pada awal bulan ini, The 1958 turut melancarkan kempen untuk meninggalkan stadium pada aksi terakhir mereka di Old Trafford bertemu Brentford.

Para penyokong ramai yang keluar dari stadium pada minit ke-73 permainan dan sekali lagi, kempen yang dilancarkan oleh The 1958 itu mendapat sambutan.

Satu hal yang positif pada ketika itu, para penyokong keluar secara aman tanpa ada sebarang rusuhan dengan perlawanan ketika itu masih berbaki 17 minit lagi.

Ia simbolik kepada 17 tahun keluarga Glazer memiliki Manchester United dan kerana itulah mereka memilih untuk keluar dari stadium pada minit ke-73 permainan.

Walau bagaimanapun, masih ramai penyokong yang kekal di tempat duduk masing-masing dek kerana Man Utd berjaya memperoleh gol ketiga mereka pada minit ke-72 dalam perlawanan tersebut.

The Glazer melengkapkan urusan pembelian Manchester United pada tahun 2005 yang lalu selepas membayar AU$931 juta (£525 juta) secara hutang.

Sejak itu para penyokong sudah mula membenci keluarga Glazer dan menganggap mereka hanya menggunakan Manchester United untuk membayar hutang sendiri dan turut mengaut keuntungan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Man United Tawarkan Van de Beek Untuk Dapatkan Pemain Midfield Baru