Kemuliaan Hati Lampard Kirim Mesej Semangat Kepada Gerrard

Pengurus Everton, Frank Lampard menghantar mesej peribadi yang penuh penghargaan dan menyentuh perasaan pengurus Boreham Wood, Luke Gerrard sebelum aksi pertemuan antara kedua-dua pasukan kemarin.

Gerrard baru-baru ini telah mendedahkan yang legenda Chelsea, Frank Lampard menunjukkan sikap terpuji dengan mengirim mesej mengucapkan tahniah kepadanya kerana berjaya membawa Boreham Wood mara ke pusingan kelima saingan FA Cup.

Boreham Wood berjaya menewaskan Bournemouth untuk mara ke pusingan kelima saingan Piala FA, sebelum mereka berdepan Everton di Goodison Park kemarin.

Bercakap kepada SunSport, pengurus Boreham Wood itu mendedahkan bahawa:

“Frank Lampard mesej saya pada petang Isnin, satu malam selepas perlawanan bertemu Bournemouth. Ketepikan bola sepak, ketepikan karier dia, sebagai manusia itu sudah cukup menakjubkan.”

Jelas Luke Gerrard.

“Ia seperti saya mesej pengurus dari Sunday League. Nombor itu sekarang tidak akan ke mana-mana, bahkan kepada isteri saya.”

Ia sangat jelas membuktikan yang mesej dari Frank Lampard benar-benar beri kesan kepada pengurus berusia 36 tahun itu.

Luke Gerrard sudah mengendalikan lebih dari 300 perlawanan untuk kelab dari Meadow Park itu dengan beliau sudah lebih lima tahun di sana.

Menurut sumber laporan dari The Express, mesej dari Lampard itu ditunjukkan kepada umum ketika ITV Sport menyiarkan perlawanan tersebut.

Satu hal yang pasti, mesej tersebut jelas menunjukkan yang Frank Lampard ada kelas tersendiri dan mempunyai nilai semangat kesukanan yang sangat tinggi.

Mesej dari Frank Lampard kepada pengurus Boreham Wood

Mesej tersebut telah ditulis semula oleh Liverpool Echo dan ia menyatakan bahawa:

“Hi Luke, Frank Lampard sini. Cuma nak ucapkan tahniah kepada kamu atas keputusan semalam.”

“Murni dari jurulatih kepada jurulatih, saya boleh nampak apa erti kemenangan itu kepada kamu dan kerana itulah kita buat kerja ini! Itu adalah pencapaian dari kamu dan pemain kamu.”

“Biasanya saya tidak begini sebelum perlawanan tapi cuma nak cakap yang saya dan kami sebagai satu pasukan akan buat kamu semua rasa gembira berkunjung ke Goodison Park.”

“Semoga tak terlalu dilayan ketika perlawanan sudah bermula. Tak sabar nak jumpa kamu nanti. Frank.”

Dan walaupun kamera ITV hanya boleh menunjukkan sekali imbas sahaja jawapan balas dari Gerrard, permulaan mesej itu boleh dilihat beliau menulis:

“Petang Frank, terima kasih sahaja tidak cukup.”

“Ia sangat-sangat bermakna untuk diri saya dan kelab pada ketika ini dan jurang kita sangat jauh.”

Magis FA Cup

Satu hal yang menarik tentang FA Cup adalah ketika pasukan dari Non-League boleh bertemu dengan pasukan gergasi yang beraksi dalam saingan Premier League.

Kadang kala pasukan dari Non-League akan mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka hanya kerana mahu menewaskan pasukan gergasi di kejohanan tersebut.

Adalah sangat menakjubkan untuk melihat pemain-pemain bintang dari Premier League berjalan seiringan dengan pemain dari liga bawahan masuk ke padang untuk beraksi.

Skuad kendalian Frank Lampard berjaya menewaskan Boreham Wood 2-0 untuk mengesahkan tempat untuk Everton beraksi di peringkat suku akhir saingan FA Cup musim ini.

Salomon Rondon berjaya meledak dua gol ketika membantu Everton menewaskan Boreham Wood dan jelas sekali Gerrard patut berbangga dengan pencapaian anak-anak buahnya musim ini.

Satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk anak-anak buah Luke Gerrard dengan mereka musim ini hanya bolos dua gol sahaja sepanjang aksi saingan FA Cup.

Ya, mereka hanya bolos dua sahaja dan kedua-duanya ketika aksi bertemu Everton dan kerana itulah mereka berhak untuk dipuji kerana telah mengharungi aksi musim ini dengan sungguh menakjubkan.

Sumber: GMS

BACA:  Gol Jepun Satu 'Balasan' Kepada Jerman Selepas Gol Lampard Dibatalkan Pada 2010