Jurgen Klopp telah dihukum gantung dua perlawanan dan didenda £75,000 (bersamaan RM340,312.50) kerana komennya terhadap pengadil yang dianggap sebagai perbuatan tidak senonoh.
Ini juga bermaksud Klopp kini dilarang berada di kawasan teknikal Liverpool untuk perlawanan seterusnya – tempoh penting kelab Merseyside itu untuk memintas Man United untuk layak ke Champions League musim hadapan.
Liverpool akan berhadapan Aston Villa pada Sabtu ini di Anfield tanpa Klopp. Bagaimanapun hukuman gantung satu lagi perlawanan menentang akan ditangguhkan sehingga Mei tahun hadapan.
🚨 𝗕𝗥𝗘𝗔𝗞𝗜𝗡𝗚: Jurgen Klopp has been handed a touchline ban for two matches – with one being suspended – as well as a £75,000 fine following media comments that he made after Liverpool's Premier League game against Tottenham Hotspur on April 30. #lfc [@_pauljoyce] pic.twitter.com/P1MYgsPRhR
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) May 18, 2023
Beliau akan meneruskan hukuman tersebut sekiranya beliau sekali lagi melanggar peraturan E3 yang digariskan oleh pihak FA di dalam tempoh 12 bulan seterusnya.
Hukuman dan denda terhadap Klopp dilakukan disebabkan perbuatan jurulatih dari Jerman itu ketika Liverpool menewaskan Tottenham 4-3 pada 30 April lalu.
Jurulatih terhebat dunia itu mencederakan dirinya ketika sengaja meraikan gol kemenangan Liverpool di hadapan pegawai keempat, John Brooks setelah sebelum itu mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil Paul Tierney.
Berdasarkan laporan oleh Brooks kepada pihak FA, Tierney mencadangkan Klopp dilayangkan kad kuning kerana perangai tidak senonoh.
Tierney pula berkata beliau akan melayangkan kad merah sekiranya beliau menyedari perbuatan Klopp yang beliau terlepas pandang.
Dan dalam temubual selepas perlawanan komen Klopp menyebabkan Persatuan Pengadil (PGMOL) – badan bertanggungjawab terhadap badan pengadil di England – berpendapat perbuatan jurulatih itu seolah-olah mempersoalkan integriti Tierney.
🚨 𝗡𝗘𝗪: The FA have revealed what referee Paul Tierney said to Liverpool manager Jurgen Klopp when booking the German during the Reds’ 4-3 victory over Tottenham Hotspur earlier this month. #lfc [liverpool echo] pic.twitter.com/r0HFoLwiF4
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) May 18, 2023
Melalui satu surat kepada FA untuk membela dirinya, Klopp kemudian meluahkan rasa kesalnya.
“Saya minta maaf lah kepada reaksi saya ketika itu. Saya telah berlari ke arah pegawai keempat, Mr.Brooks dan baru saya sedar itu tak patut.
“Saya terima kesalahan itu dan sekarang baru saya sedar kad kuning itu memang wajar.
“Saya juga minta maaf kerana nada suara ketika temubual selepas perlawanan. Itu bukan niat saya. Sekarang saya terima ia seperti mempersoalkan integriti Mr. Tierney. Saya ambil tanggungjawab.
“Selepas diimbas kembali, baru saya sedar ayat yang digunakan tidak sesuai. Kedua-dua insiden itu kerana perasan jiwa kacau di dalam diri.
Jurgen Klopp really pulled a hammy while celebrating in front of the fourth official 😅 pic.twitter.com/fyTGa0whOk
— ESPN FC (@ESPNFC) April 30, 2023
Selepas menilai semua laporan termasuk penjelasan Klopp dan transkrip perbualan di antara pengadil Paul Tierney kepada Klopp, FA kemudiannya mendenda Klopp £75,000.
Ini kerana Klopp mengakui kesalahan yang dilakukannya, terutama komen yang seolah-olah menganggap pengadil berat sebelah.
Klopp sebelum itu gagal mengawal perasaan selepas sepakan percuma diberikan Tierney membenarkan Richarlison menyamakan kedudukan.
Liverpool kemudiannya menang secara dramatik selepas jaringan masa kecederaan Diogo Jota yang mencetuskan larian luar biasa jurulatih itu meraikan jaringan di hadapan pegawai keempat.
Klopp pada ketika itu kelihatan sangat gembira sebelum kelihatan terhincut-hincut akibat kecederaan pangkal paha yang dialaminya selepas aksi over itu. Cari penyakit betul Klopp ini.