Menjelang perlawanan akhir acara bola sepak bagi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, penulis telah berkolaborasi dengan 3 rakan penulis untuk menulis sebuah artikel tentang 6 wira negara yang bakal beraksi esok.
Siapakah mereka? Mahu tahu lebih lanjut tentang mereka? Jangan tinggalkan artikel ini selagi anda belum tamat membacanya! Ayuh baca.
Haziq Nadzli (19) – Penjaga Gol
Walaupun dalam usia muda, penjaga gol utama Harimau Muda ini amat tangkas dalam mempertahankan gol Malaysia. Berusia 19 tahun, anak kelahiran Selangor ini yang kini beraksi sebagai penjaga gol pasukan JDT mempunyai form yang sangat baik dalam memainkan peranannya sebagai ball-playing keeper.
Walaupun agak statik di kawasan sendiri, beliau merupakan focal point dalam membentuk build game untuk Malaysia persis gaya Ter Stegen ketika menjaga gawang untuk Barcelona.
Mengikut pemerhatian penulis, dia boleh dikatakan statik di kawasan sendiri, lebih banyak untuk bergerak dalam area coverage dalam kotak penalti. Namun, Haziq seorang penjaga gol yang boleh penulis kira amat unik.
Walaupun dalam area coverage yang rendah, Haziq merupakan penjaga gol yang membuat fully roaming di kawasan sendiri. Oleh sebab itulah, kebanyakan through ball dari pihak lawan mula memasuki kawasan kotak penalti, beliau dengan segera approach untuk meningkatkan kawalan di hadapan gol.
Maka tidak hairanlah gol pihak lawan yang terhasil hanya dalam jarak 30 meter ke atas ketika berhadapan dengan Haziq.
Mengikut statistik, beliau bolos 2 gol dari dua perlawanan yang diturunkan oleh Ong Kim Swee. Rekod ini mungkin tidak menggambarkan prestasinya yang sebenar ketika beraksi untuk Malaysia.
Namun, kredit untuk keberanian dan ketangkasannya ketika menentang penyerang lawan yang lebih laju secara fizikal dari beliau. Lihat sahaja ketika menentang Myanmar, beliau dapat melakukan beberapa save yang menarik walaupun bukan point blank save.
Maka, penulis berharap dia dapat diturunkan menentang Thailand pada final bola sepak Sukan SEA nanti.
Adam Nor Azlin (21) – Bek Tengah
Tak semua pemain mampu beraksi baik jika diletakkan di posisi yang berlainan dari posisi asalnya. Namun itu bukan satu alasan yang akan diberikan pemain Selangor ini. Berikan saja apa pun posisi, baik di bahagian hadapan, tengah mahupun pertahanan, pastinya susuk tubuh sasa ini akan memberi 206% komitmen.
Dulunya beliau adalah anak emas Dato Ong Kim Swee yang paling kurang digemari dan banyak kali menimbulkan 1001 pertanyaan, tangkal apakah yang beliau guna sehingga setiap kali panggilan skuad kebangsaan, nama beliau pasti tidak akan terkecuali.
Namun dalam dua kejohanan terakhir ini, ternyata beliau memang selayaknya menyarung jersi kebangsaan.
Bermain sebagai seorang pertahanan ‘sweeper’ memberi sedikit kelebihan kepada beliau dan pasukan baik dari segi pertahanan mahupun menyerang. Penulis tidak boleh menolak fakta yang kadang-kadang beliau gemar untuk ‘ball watching’ dan agak ‘fancy’.
Namun beliau mempunyai ‘recovery’ yang pantas yang membolehkan beliau mengejar kembali pihak lawan sama ada untuk melambatkan proses serangan sepertimana dilakukan beliau berjaya ‘mengasingkan’ corak permainan Erza Walian dan mengagalkan serangan pihak lawan apabila rakan-rakan lain melakukan kesilapan sepertimana yang ditunjukkan beliau sewaktu melakukan ‘crucial tackle’ ketika berhadapan Aung Thu.
Andai prestasi beliau dapat dikekalkan, penulis menjangkakan beliau akan menjadi antara pemain pertahanan moden yang berjaya dan tidak keterlaluan andai suatu hari nanti beliau bakal diberikan mandat sebagai seorang ketua pasukan memandangakan beliau sangat vokal di atas padang dan sentiasa memberi kata semangat di samping menenangkan rakan sepasukan apabila mereka tertekan.
Diharapkan beliau mampu perbaiki dari aspek ‘marking’ dan ‘awareness’ memandangkan pemain Thailand sangat licik.
Matthew Davies (22) – Bek Sayap
Terkenal dengan panggilan Matt Davies, Matthew Thomas Davies merupakan satu-satunya pemain Malaysia berdarah kacukan Australia-Malaysia. Anak jati Perth, Australia ini yang memulakan kareernya di Perth Glory dan kini bermain secara professional di Pahang FA.
Bermain di posisi sayap kanan bertahan atau right wing back untuk pasukan Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee dalam Sukan SEA edisi kali ini.
Beraksi di sayap kanan bertahan, Matt lebih banyak menggerakkan bola di bahagian kawasan sisi di sebelah kanan. Taktikal Ong Kim Swee memerlukan crossing dari kawasan wide channel pada final third ke dalam kotak penalti.
Matt ditugaskan untuk mengalir bola seperti yang dipinta Ong Kim Swee oleh kerana mempunyai vision yang tinggi walaupun sebagai seorang pertahanan. Malah banyak overlapping yang berkualiti dilakukan oleh beliau dan kebanyakan pasukan lawan banyak menghalang pergerakan beliau kerana beliau mempunyai ancaman yang tinggi dalam area coverage-nya sendiri.
Fizikal dan ketahanan yang ada pada beliau mungkin membolehkan meletakkan Matt sebagai seorang pertahanan yang berkebolehan tinggi bergerak dalam wide area. Mungkin kebolehan ini membolehkan beliau sentiasa mendapat kesebelasan utama yang lebih tinggi berbanding pemain-pemain lain.
Untuk statistik, Matt diturunkan untuk semua perlawanan kecuali ketika menentang Laos. Hantaran daripada beliau berjaya menyumbang dua bantuan gol untuk Malaysia. Penulis berharap atas pemerhatian pada perlawanana sebelum ini, Matt kena lebih cepat untuk menemui rentak permainan kerana Matt semakin tenggelam kerana seringkali dikunci pergerakannya oleh lawan.
Nor Azam Azih (22) – Pemain Tengah
Siapa yang tak kenal Azam Azih? Pemain bertubuh kecil tapi mempunyai jiwa yang besar ini umpama jentera penting di padang membantu pasukan Malaysia memperoleh rentak taktikal dalam padang.
Mohd Nor Azam bin Azih, merupakan pemain Malaysia yang beraksi sebagai attacking midfielder, merupakan anak kelahiran Pahang dan kini bermain sebagai pemain penting untuk pasukan Pahang FA dan Malaysia.
Tapi, apa yang menariknya tentang Azam ialah beliau mempunyai naluri game-changer ketika menjadi supersub walaupun gaya permainnan beliau lebih kepada box-to-box. Lihat sahaja ketika menentang Singapura tempoh hari, bagaimana dia mengembalikan rentak perlawanan dengan mengatur semula taktikal yang ditetapkan oleh Ong Kim Swee.
Pada perlawanan lain pula, seperti biasa dia mengekalkan gaya permainan box to box, cuma pada perlawanan menentang Indonesia tempoh hari beliau agak tenggelam kerana kurang penguasaan bola di bahagian tengah. Walaupun berfizikal kecil, penulis akui dia mempunyai defensive form yang tinggi.
Beliau banyak membantu pivot dan pertahanan Malaysia melakukan build up play, malah beliau sendiri bertindak sebagai pivot ketika berlaku tactical changes oleh Ong Kim Swee.
Untuk rekod dari 4 perlawanan, Azam telah menjaringkan satu gol, iaitu ketika menentang Singapura. Beliiau juga lebih banyak roaming di antara final third dan middle third sesuai dengan position sebagai pemain tengah menyerang.
Penulis berharap dia menemui rentak permainannya dengan lebih awal dan boleh mengawal emosi ketika menentang Thailand nanti.
Safawi Rasid (20) – Penyerang
Penyerang skuad bawah 22 (B-22) negara, Muhd Safawi Rasid merupakan satu watak penting bagi membantu pasukan Malaysia mara ke perlawanan akhir Sukan SEA edisi ke-29 kali ini.
Menentang pasukan Thailand merupakan satu tugas berat untuk beliau memastikan strategi serangan berjaya dilaksanakan. Sepanjang kemunculan beliau di Sukan Sea ke -29 ini, beliau berjaya menjaringkan dua gol dan melakukan tiga bantuan gol.
Satu gol menentang Brunei kalau kita masih ingat sepakan voli bertaraf dunia yang telah beliau lakukan, manakala satu lagi ketika menentang Myanmar.
Secara teknikalnya, beliau mempunyai kemahiran kawalan bola yang baik dan juga mempunyai keyakinan untuk melakukan gelecekan bagi meloloskan diri di antara barisan pertahanan lawan. Kemampuan beliau untuk mengambil sepakan percuma dan penjuru dengan baik dan mampu membuatkan pihak lawan huru hara di “final third” juga tidak boleh dinafikan.
Namun begitu, kelambatan beliau melepaskan bola atau melakukan hantaran perlu diperbaiki. Beliau juga perlu lebih yakin dengan kemampuan rakan pasukan yang lain. Jika kelemahan ini dapat diatasi oleh beliau, penulis yakin beliau mampu mambantu Malaysia untuk mengulangi sejarah pada tahun 2011.
Bagi penulis untuk perlawanan menentang Thailand di peringkat akhir kali ini, beliau wajib di turunkan, pengalaman beliau bermain di peringkat tertinggi ditagih kerana beliau mampu mengawal mental dan emosi ketika menghadapi tekanan perlawanan tersebut.
Selain daripada itu, penulis yakin Safawi merupakan seorang “inside forward” yang terpenting buat ketika ini untuk menyempurnakan taktikal 3-4-3 yang selalunya digunakan oleh Datuk Ong Kim Swee.
Harapan tinggi oleh peminat bola tanah air untuk beliau bagi membantu mahupun menjaringkan gol untuk memastikan ‘ibu segala pingat’ milik Malaysia.
Thanabalan Nadarajah (22) – Penyerang
Siapa yang tidak mengenali pemain yang berasal dari Negeri Sembilan ini? Namanya terus meniti di bibir para peminat bola sepak tempatan apabila pemain muda Felcra United ini berjaya untuk mencetak gol untuk Malaysia sekaligus membawa Malaysia ke peringkat akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Tidak perlu lagi penulis menceritakan kehebatan dan latar belakangnya memandangkan isu-isu ini kian tular di laman sosial.
Secara taktikalnya, Thanabalan seorang ‘poacher’ yang mampu untuk berada di tempat yang betul pada masa yang tepat. Ramai yang menyamakan corak permainannya dengan bekas penyerang AC Milan, Filippo Inzaghi sehinggakan kini dia digelar ‘Thanazaghi’.
Permainannya yang banyak menggunakan tandukannya berjaya menggugat pertahanan lawan dan kini beliau diangkat sebagai salah satu prospek penyerang negara.
Mengikut statistik sepanjang acara bola sepak bagi Sukan SEA berlangsung, 4 gol berjaya dijaringkan oleh beliau dan jumlah gol hasil tandukan dan tendangan ialah sama rata.
Penulis berharap agar Thanabalan akan terus mengekalkan aksinya dalam merebut pingat emas bagi acara ‘ibu segala pingat’ Sukan SEA untuk Malaysia.
Artikel Ini Disiapkan Dengan Bantuan Rhafiq Sulaiman, Doc Krasn dan Mohd Nashriq