Kenali An Najwa Pemain Bola Jaring Yang Menjadi Sebutan Ramai

An Najwa Azizan merupakan pemain skuad bola jaring Malaysia yang meraih emas di Sukan Sea Kuala Lumpur sekaligus menamatkan kemarau emas skuad bola jaring selama 16 tahun, kini menjadi sebutan ramai jejaka.

Kehebatan di gelanggang dan seorang yang murah dengan senyuman di luar gelanggang sentiasa menjadi sebutan pengulas ketika perlawanan walaupun beliau berada di bangku simpanan.

Di laman muka buku juga ramai mula menyebut nama beliau selepas kemenangan emas untuk negara.

An Najwa

Kenali An Najwa

Berusia 22 tahun mempunyai ketinggian 179cm, An Najwa kini merupakan pemain harapan Malaysia. An Najwa Mula melibatkan diri dalam sukan melalui acara olahraga sebelum beralih kepada Bola Jaring semasa berada di Sekolah Sukan Kuala Lumpur (SSKL).

Di Sekolah Sukan Kuala Lumpur, seorang guru telah mengajaknya menyertai sukan bola jaring dan beliau terus jatuh cinta dengan sukan baharunya itu. Kini An Najwa menjadi penjaring gol skuad bola jaring negara.

“Semasa belajar di SSKL, ada guru mengajak saya menyertai sukan bola jaring. Sejak itu, saya jatuh cinta dengan sukan ini,” Kata An Najwa kepada Utusan.

An Najwa juga telah mencipta sejarah pada 2018 apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang bermain di luar negara dengan bermain dengan pasukan Liga Bola Jaring Australia dengan kontrak selama setahun.

Kelab yang diwakili An Najwa bermain di liga divisyen kedua di Liga Bola Jaring Australia.

An Najwa merupakan anak bongsu kepada bekas pemain ragbi negara (1981-1998) , Azizan Azmi dan seorang yang meminati aktiviti lasak serta permainan yang agak ganas seperti bergusti kerana An Najwa sangat rapat dengan abangnya.

“Banyak aktiviti lasak kami lakukan bersama. Tak hairan apabila saya bersifat agak lasak kerana terpengaruh dengannya,”

Hobi An Najwa adalah menghabiskan masa dengan menjamu selera. Hidangan yang paling digemari ayam masak lemak cili api atau masakan Negeri Sembilan. Beliau selalu menjamu selera bersama rakan dan keluarnya.

Sebagai atlet yang menjadikan makan sebagai hobi sudah tentu isu pertambahan berat badan menjadi persoalan. Bagi An Najwa beliau sentiasa memastikan berat badannya kembali ideal semasa latihan bermula atau sebelum menjelang kejohanan.

An Najwa juga sangat meminati haiwan yang bernama Singa. Bukan Singer menawan keluarga bahagia ya tuan-tuan!

Sukar Senyum Di Gelanggang

An Najwa sukar untuk menghadiahkan senyuman ketika berada di dalam gelanggang kerana itu merupakan petua yang beliau pegang setiap kali berada dalam perlawanan.

Foto : Berita Harian

“Itulah saya. Sentiasa serius dalam perlawanan. Tapi sebenarnya itulah cara saya untuk mengatasi rasa berdebar.”

Ketika beraksi beliau juga tidak melihat papan markah

“Sebenarnya ketika beraksi, saya tidak lihat papan markah. Soal menang atau kalah, itu cerita lain,” katanya yang tetap serius tatkala memberi sokongan kepada rakan-rakan lain walaupun ketika berada di bangku simpanan.” Ujar An Najwa kepada Berita Harian

Biodata An Najwa Azizan

Nama : An Najwa Azizan
Umur : 22 tahun
Tarikh Lahir : 9 Ogos 1997
Jantina : Perempuan
Berat : 82kg
Tinggi : 179cm
Posisi : GS (Goal Shooter)

Foto : Berita Harian

Pencapaian

1. Pingat Emas Sukan SEA 2017
3. Pingat Perak Sukan SEA 2015
3. Anugerah Pemain Paling Bemilai Kejohanan Asia 2016.

Sumber

Artikel ini bersumberkan dari :

  1.  Utusan
  2.  Berita Harian

Baca Juga

Baca Juga