Selepas kecewa gagal mendapatkan Moises Caicedo dan Romeo Lavia, Liverpool mengalihkan perhatian mereka untuk mendapatkan pemain antarabangsa Jepun Wataru Endo
Tidak dinafikan Jurgen Klopp terdesak untuk mencari pemain tengah baharu setelah membenarkan Jordan Henderson dan Fabinho berhijrah ke Arab Saudi.
Walaupun memiliki pemenang Piala Dunia Alexis MacAllister dan pemain tengah dinamik Dominik Szoboszlai, hakikatnya Liverpool masih pincang di posisi tersebut.
Wataru Endō to Liverpool, here we go! Medical tests booked on Thursday for Japanese midfielder who’s joining from Stuttgard for €18m fee 🚨🔴🇯🇵 #LFC
Personal terms agreed in few hours as Endō asked as Stuttgart captain to leave & follow his dream.
Exclusive story, confirmed. pic.twitter.com/AYZ2bKuauP
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 16, 2023
Caicedo dan Lavia adalah dua pemain sasaran utama Liverpool. Walaupun bidaan untuk kedua-dua pemain diterima oleh kelab masing-masing, kedua-dua pemain bagaimanapun enggan ke Liverpool dan memilih untuk menyertai Chelsea.
Dan laporan terkini daripada wartawan terkenal bola sepak Fabrizio Romano mengesahkan Liverpool telah berjaya dalam bidaan mereka untuk mendapatkan Endo dengan nilai £16 juta.
Siapakah Wataru Endo?
Mungkin ramai di kalangan pengikut Premier League termasuk penyokong Liverpool sendiri tertanya-tanya mengenai siapakah Endo?
Berusia 30 tahun pada hari ini, Endo adalah produk akademi bola sepak Shonan Bellmare.
Sebelum berhijrah ke Eropah, Endo pernah menyarung jersi beberapa kelab Jepun termasuk Bellmare dan Urawa Reds.
Wataru Endó vs Bundesliga midfielders since the start of the 2020/21 season:
◉ Most possession won in defensive ⅓ (254)
◉ Most aerial duels won (219)
◉ Most clearances (175)
◉ Most headed clearances (105)
◎ Second-most touches (6511)
◎ Second-most passes completed (3940)… pic.twitter.com/Dtc2TUGF5R— Squawka (@Squawka) August 16, 2023
Bersama Urawa, Endo membantu kelab itu menjuarai AFC Champions League pada 2017.
Pada 2016, Endo dianggap sebagai wajah Liga J dan pernah hadir ke Johor Bahru sebagai wakil Liga J ketika JDT menjalin kerjasama dengan Hokkaido Consodale Sapporo dalam usaha memperkasakan program pembangunan bola sepak akar umbi di kelab Liga Super Malaysia itu.
Pertama kali beraksi di Eropah dengan menyertai kelab Belgium, Sint-Truidense pada 2018, aksi cemerlangnya meyakinkan VfB Stuttgart mendapatkan khidmatnya secara pinjaman pada musim berikutnya – sebelum perpindahan tersebut menjadi tetap.
Berkelana ke Eropah
Pada musim pertamanya di Bundelsiga, Endo pantas menjadi salah seorang pemimpin di dalam pasukan dan dilantik sebagai kapten kelab dari Jerman itu – peranan yang dipegangnya sehingga ke hari ini.
Masih mempunyai baki kontrak selama semusim, Endo akhirnya memilih untuk ke Anfield untuk peluang beraksi di Premier League sebaik sahaja mendapat tawaran daripada kelab Merseyside itu.
“Sebagai pemain dan juga seorang individu, dia [Endo] amat bernilai,” ujar bekas Pengarah Stuttgart Sven Mislintat pada 2021.
🇯🇵 Important to mention that as well as being the captain of Stuttgart, Wataru Endo has also recently been named the captain of Japan.
This would make him the second international captain #LFC signed this summer after Dominik Szoboszlai. #LFC bringing in leaders. pic.twitter.com/YT5lRJVdD5
— Bence Bocsák (@BenBocsak) August 16, 2023
“Dia adalah salah seorang tunjang pasukan, titik fokal kepada sistem permainan. Dia boleh beraksi dengan baik sama ada beraksi di posisi bek tengah dan juga pemain pertahanan tengah.
Pengurus yang memberikan lilitan kapten kepada Endo, Pellegrino Matarazzo kemudian menambah: “Ia amat penying buat saya untuk kapten pasukan mempunyai keupayaan membawa semua pemain bersamanya.
“Itulah nilai dan kualiti yang kami mahukan dan contoh yang perlu diikuti [pemain lain].
“Saya memilih Wataru Endo [sebagai kapten] kerana dia adalah pemain yang membenarkan setiap pemain untuk memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.”
Liverpool masih aktif
Walaupun sudah mendapatkan Endo, Liverpool dijangka terus aktif di pasaran pemain dan dikhabarkan turut mensasarkan Sofyan Amrabat dari Fiorentina.
Liverpool are now informed on Sofyan Amrabat, as AD reported. No formal bid made yet — just contact to be informed on conditions of the deal 🔴🇲🇦 #LFC
No decision made yet, Liverpool are still exploring market to pick new favorite DM. pic.twitter.com/NsLBYTzLQx
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 16, 2023
Pemain antarabangsa Maghribi itu menyerlah di kejohanan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar pada Disember lalu, dan dikaitkan dengan Manchester United sepanjang musim panas ini.
Namun demikian masalah mendapatkan dana mencukupi kini dilihat sebagai penghalang utama untuk Amrabat ke Old Trafford, dan ia pasti satu tamparan hebat buat Erik ten Hag sekiranya pemain itu akhirnya menuju ke Anfield.