Kenali Kelab Bola Sepak Yang Tiru Model Seperti JDT, Satu-Satunya Di Dunia Tidak Pernah Tewas Sejak Penubuhannya

Arkadag FC muncul juara Turkmenistan pada musim ini, dan buat kali pertama di dalam sejarah kelab.

Kelab itu mengambil nama sempena bandar asal usul kelab, menjuarai Liga Turkmenistan berbaki empat perlawanan musim mini selepas menewaskan Atlyn Asyr 4-0 di perlawanan minggu ke-23 musim ini.

Seperti JDT yang mendominasi Liga Malaysia dan memiliki deretan pasukan kebangsaan Harimau Malaya, skuad Arkadag turut memiliki majoriti pemain daripada skuad kebangsaan Turkmenistan.

Kelab itu hanya ditubuhkan pada awal tahun 2023, dan muncul juara pada percubaan pertama mereka di peringkat domestik.

Lebih menarik setakat ini, Arkadaq melalui rekod kemenangan 100% – menjadikan mereka secara teknikal sebagai kelab bola sepak yang belum melalui sebarang kekalahan sejak penubuhan kelab itu.

Berdasarkan perkongsian X di Twitter, Arkadaq setakat ini turut telah menjaringkan 70 gol dan hanya dibolosi 14 gol sepanjang musim ini.

Jaguh baharu dari Turkmenistan ini dilatih oleh jurulatih berusia 43 tahun, Vladimir Bayramov yang juga merupakan bekas penyerang skuad kebangsaan Turkmenistan.

Ketika masih bergelar pemain profesional, Bayramov pernah memenangi Piala Rusia pada musim 2003-04 kerika beraksi bersama FC Grozny.

Turut pernah beraksi bersama FC Balkan Bayramov turut pernah membantu pasukan itu menjuarai Piala Presiden AFC pada 2013.

Piala Presiden AFC adalah salah satu pertandingan di bawah anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang dipertandingkan bermula 2005 sehingga 2014 selain AFC Champions League dan Piala AFC sepertimana pada hari ini.

Bayramov bukan satu-satunya Ketua Jurulatih yang pernah dilantik oleh Arkadag FC pada tahun ini. Senelum ini kelab itu dibimbing oleh Begenchmuhammet Kuliyev yang juga merupakan bekas pemain tengah skuad kebangsaan Turkmenistan.

Malah Kuliyev bertanggungjawab memastikan Arkadaq tidak kehilangan sebarang mata sepanjang musim ini sebelum melepaskan peranannya kepada Bayramov sejak dua perlawanan terakhir kelab itu.

Selesa dengan 60 mata selepas 20 perlawanan, di belakang Arkadag kini adalah Atlyn Aysr dengan 44 mata. Ia pasti perit buat Atlyn Aysr melihat Arkadag muncul juara pada musim ini selepas turut muncul naib juara pada musim lalu. Untuk rekod Atlyn Aysr adalah naib juara Piala AFC 2018.

Baca Juga

Baca Juga