Kenali Watanya Wongopasi Pengurus Pasukan Thailand B22 Yang Jelita Menawan

Kelayakan Kejuaraan Bawah 23 AFC 2018 telah pun melabuhkan tirainya dan skuad bawah 22 tahun kebangsaan layak secara automatik selaku juara kumpulan H dengan mengumpul enam mata, menang 2 kali dan tewas sekali selepas mengharungi 3 perlawanan.

Keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan antara Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok telah mengesahkan kemaraan pasukan Malaysia ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, Januari tahun hadapan.

Foto : Goal.com

Jika kelincahan pemain muda dari Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang merupakan adik kepada Rafdi Rashid menjadi bualan, lain pula ceritanya dari kem Thailand. Kecantikan dan keanggunan pengurus pasukan bawah 22 tahun Thailand menjadi bualan negara serantau.

Pada bulan Mei 2016, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah melantik Watanya Wongopasi sebagai pengurus pasukan Thailand bawah 21 untuk menguruskan pasukan yang dibimbing oleh bekas pemain Kelantan Worawoot Srimaka.

Foto : Goal.com

Watanya Wongopasi menjadi perhatian sejak kehadiran dalam bola sepak Thailand dari tepi padang hinggalah ke seluruh pelusuk Thailand dan kini menular ke negara serantau dek kerana Kecantikan dan keanggunan.

Beliau dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Thailand(FAT) bukan kerana paras rupa tetapi kerana kredibiliti. Siapakah Watanya Wongopasi?

Foto : Goal.com

Kenali Watanya Wongopasi

Watanya Wongopasi wanita berusia 32 tahun bukanlah asing di mata rakyat Thailand kerana beliau merupakan bekas wartawan di salah sebuah syarikat televisyen ternama di Thailand. Namun ini merupakan pengalaman pertama di dalam dunia bola sepak.

“Walaupun tidak memiliki banyak pengalaman dalam bola sepak, tetapi dengan pengalaman dibidang penyiaran saya yakin mampu untuk berjaya dalam bidang baru ini”

Foto : Goal.com

Ketika dilantik sebagai pengurus pasukan Thailand B22, Watanya Wongopasi merupakan Naib Presiden stesen TV Spring News. Selain itu Watanya Wongopasi telah dilantik sebagai Presiden News Network Corporation Public Company Limited pada 1 April 2016 dan menjadi Pengarah News Network Corporation Public Company Limited pada 12 Mei 2016.

Pengalaman dan latar belakangnya dalam bidang komunikasi dan penyiaran menyebabkan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memilih beliau sebagai pengurus pasukan Thailand bawah 22 tahun.

Foto : Goal.com

FAT kini serius dalam menjadikan bola sepak sebagai satu perniagaan yang menguntungkan serta berpotensi besar sekaligus mampu menarik para pelabur yang lebih besar. Dari segi perniagaan, bidang komunikasi dan media mampu membantu kelab di Thailand untuk meningkatkan nilai komersil sekaligus menjana pendapatan yang lumayan seperti di Liga Inggeris.

Dengan pendapatan yang besar akan menjadikan kelab lebih stabil serta dapat membantu meningkatkan prestasi para pemain Thailand dan seterusnya memberi kesan kepada peningkatan pasukan kebangsaan Thailand.

Foto : Goal.com

Kejelitaan Watanya dapat dilihat di tepi padang sepanjang aksi Thailand di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Wajanya seiras perkerja Mutiara Spa di Sadao.

Baca Juga

Baca Juga