Kenapa Ahli Sukan Makan Pisang Semasa Perlawanan?

Aksi Marcos Rojo makan pisang yang diberikan oleh Mourinho ketika perlawanan antara Manchester United dan FC Rostov menjadi tular dan menjadi bualan. Aksi Rojo mengokak pisang mungkin satu-satunya momen terbaik dalam perlawanan yang kurang menarik itu.

Selepas perlawanan Mourinho menjelaskan kenapa beliau memberikan pisang kepada Rojo dan perkara ini bukan sesuatu yang perlu digelakkan kerana pemain keletihan. Tapi kenapa pisang? Bukan rambutan, anggur atau buah durian atau kelapa?

Pemain tenis selalu memakan pisang ketika perlawanan untuk mengembalikan tenaga dan jarang perkara dapat dilihat dalam perlawanan bola sepak. Ada pun peristiwa Dani Alves dibaling pisang oleh penyokong yang rasis dan Alves mengambil pisang itu dan terus menelannya.

Mungkin sesetengah orang menganggap pisang ini makanan untuk monyet dan digunakan oleh porn star untuk menggoda mereka yang lemah iman dan tenaga batin macam kau. Kesian.

Atlet memakan pisang semasa perlawanan selalu dapat dilihat ketika perlawanan tenis.

Sebagai pendokong dan menzahirkan kecintaan penulis kepada Manchester United penulis terpanggil untuk menjelaskan khasiat pisang untuk ahli sukan, Tak macam punai kau, guna untuk buat maksiat jer. Tengok orang makan pisang pun fikir ke lain.

Sumber Tenaga

Secara purata sebiji pisang mengandungi 30g Karbohidrat yang menjadikan pisang ini sumber tenaga dalam bentuk Adenosin Triphosphat (ATP) yang efektif untuk atlet. Karbohidrat ini menyokong aktiviti otot ibarat minyak petrol yang membolehkan kereta bergerak.

Karbohidrat penting untuk menyelenggara aktiviti sistem saraf pusat yang membantu fikiran untuk memberi respon dan refleks dengan baik dan sempurna.

Ini bukan jatuh, ini skill.

Menurut kajian yang diterbitkan pada 2012 “Journal of the International Society of Sports Nutrition”, gimnas yang mengambil karbohidrat sebelum acara Batang Titian mempunyai jumlah jatuh yang sedikit dari Batang Titian berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

Tengok kesan karbo, gimnas nak jatuh dari batang pun susah.

Kaya Dengan Potassium/Kalium

Sebiji pisang secara purata mempunyai lebih daripada 450mg kalium, di mana jumlah tersebut hampir 13 peratus daripada keperluan kalium yang diperlukan sehari. Kalium juga merupakan mineral yang penting dalam elemen kritikal fungi anggota badan seperti pergerakan otot, mengawal paras air dalam badan dan menghalang kekejangan otot.

Fisiologi otot.

Jika atlet kekurangan kalium dalam badan, kelemahan dan kekejangan otot berlaku, dan jika berlarutan, kekurangan kalium akan menyebabkan terjadinya rhabdomyoysis dan nateberuksusohnoksebut.

Sumber Tyrosine

Kekuatan mental seorang atlet amatlah penting dalam menentukan hala tuju seseorang atlet. Sebiji pisang mengandungi 12mg tyrosine – asid amino yang mana jika digabungkan dengan vitamin dalam pisang akan membantu otak untuk menghasilkan sejenis bahan kimia yang dipanggil norepinephrine – hormon yang mengawal emosi.

Dengan kata lain, epinephrine akan menyebabkan sel-sel otak kau bersambung.

Neuron atau sel otak.

Epinephrine juga akan meningkatkan keupayaan atlet untuk lebih berwaspada, fokus dan meningkatkan keazaman. Setakat ini tiada jumlah tertentu tyrosine yang perlu diambil dalam kehidupan seharian, namun dos sebanyak 150mg setiap hari mampu untuk membantu seseorang atlet mendapatkan tidur yang lena.

Tidur lena, tekanan kurang – maka dapat beraksi cemerlang. Lainlah kalau atlet tu sibuk melepak di mamak sambil layan Nusantara Hijau yang dibeli di kedai Simpang Empat Padang Jawa.

Zat Besi dan Vitamin C

Ini bukan zat besi. Ini spanar hidup.

Zat besi membantu pengangkutan oksigen dalam darah ketika aktiviti aerobik, dan atlet yang selalu melalui latihan yang lasak biasanya akan mengalami sindrom kekurangan zat besi.

Sebiji pisang akan membekalkan 0.35mg zat besi dan 12 mg vitamin C – fungsinya ialah membantu pembentukan sel baru dalam badan, selain memperkuatkan lagi sistem imunisasi badam. Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi dalam badan.

Murah dan Mudah

Memandangkan pisang mudah didapati di mana-mana kedai atau toko jamu berdekatan, maka pisang merupakan pilihan yang tepat buat atlet untuk kekal bertenaga ketika perlawanan berlangsung. Ada juga snek khas untuk membantu meningkatkan prestasi pemain, tapi harganya berlipat kali ganda berbanding sesikat pisang.

Snek yang membantu meningkatkan prestasi atlet

Lagipun kau main dalam Piala TNC UiTM je, tak perlu belanja lebih. Fakulti tiada duit nak beli benda-benda mahal. Jadilah pengguna yang bijak. Korang bayang sendiri la kalau pemain makan nasi atau Char Kuey Teow masa perlawanan.

Sumber :

1- Healthyeating 

2- Ultimatey Natural

Baca Juga

Baca Juga