Kenapa Aku Sokong Liverpool

Aku tamat pengajian pada akhir tahun 1998 di sebuah universiti awam di ibu kota. Tahun yang sukar untuk mencari pekerjaan selepas gawatnya ekonomi di Malaysia. Banyak kilang ditutup. Sektor swasta mula mengecilkan jumlah pekerja mereka.

Menggalas beg tidak berjenama & berjalan dari satu kedai ke satu kedai, satu bangunan ke satu bangunan untuk mencari sesuap nasi. Waktu itu aku tidak kisah untuk kerja apa, janji mampu untuk makan seperti orang lain & menampung rokok sekotak sehari.

Mencari ruangan iklan kerja di akhbar tempatan satu derita pada tahun tersebut. Apa yang aku boleh baca pada ketika itu adalah “Malaysia Diserang Oleh Penyangak Mata Wang”, “Ringgit Menjunam”. Ya benar! Sangat susah untuk syarikat menerima pekerja pada ketika itu.

Ringgit Jatuh

Dikatakan Sebagai Penyangak Mata Wang

Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang melebihi 5 % KDNK. Pada bulan Julai, ringgit Malaysia diserang oleh penyangak mata wang. Malaysia menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 selepas ringgit jatuh menjunam. Empat hari kemudian Standard and Poor’s menurunkan rating hutang Malaysia.

Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi.

Di Kampung

Suasana rumah kampung. Ada tempayan tepi tu

Setelah dua bulan berhempas pulas mencari kerja, aku gagal mendapatkan kerja. Waktu itu aku teringat ibu di kampung. Pulang untuk bermaafan & inilah satu penebus dosa yang paling mujarab dalam dunia.

Bercucuran air mata mengenangkan nasib. Kerja susah dapat. Ada ijazah pun tak berguna.

Enam minggu di kampung aku menerima surat tawaran sambung belajar di kota raya London. Riangnya tak terkira. Impian ini terkedu sebentar. Walaupun ianya tajaan namun wang cagaran permulaan diperlukan. Mana nak cekau duit. Nak beli persiapan ke sana paling cikai makan ribu-ribu.

Riak wajah memang dah macam belacan Penang. Sekadar berkurung di bilik mencari jalan penyelesaian untuk ke sana.

Dua malam selepas itu. Ketika bersila sedang menikmati rezeki. Abah hulurkan buku bank. Ni abah dah simpan untuk kau. Kau pergilah. Aku memeluk erat abah. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Tidak terhabis nasi di pinggan gembiranya rasa di hati. Waktu itu, abah lah memang hero sebenar. Ayah mana tidak mahu tengok anak berjaya.

Di London

Seperti kejutan budaya. Aku akur dengan kehendak semasa. Kewangan getir. Belajar sekadar melepaskan betuk di tangga. Emosi & pembelajaran entah kemana. Semester kedua menghancurkan hidup aku. Pada ketika ini sekiranya lagu Ku Rela Dibenci berkumandang ianya amat sesuai dengan situasi & keadaan. Aku pasrah dengan apa yang terjadi.

Aku tidak dapat melanjutkan semester. Gagal menjadi seorang pelajar yang berjaya. Bekerja hanya sedakar untuk hidup. Lepas makan minum.

Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama William E. Metzger. Kau panggil aku Metzger katanya. Begitu fasih beliau berbahasa Inggeris. Mungkin penduduk tetap kata aku lagi.

Dua bulan aku mengenali Metzger membuatkan aku tertarik dengan satu benda. Iaitu bola sepak! Hidupnya hanya dengan bola sepak. Jersi, buku, mafla, hiasan dan bermacam-macam cendera hati.

Di rak buku apartmentnya aku terpandang satu buku tulisan Jonathan Wilson (ISBN: 9781409144410) yang membuatkan aku terpilih untuk membaca.

The Anatomy of Liverpool

Ditulis oleh Jonathan Wilson (ISBN: 9781409144410)

A history in ten matches. Sehelai demi sehelai dibaca pada satu sudut kecil yang bercahayakan lampu kuning. Meresap satu entiti lain ke dalam badan. Metzger menepuk dari belakang. Interesting huh!?. Terkejut dengan tepukan itu aku terdiam.

Tell me why Liverpool? Tanya aku seterusnya. Matzger mula bercerita satu demi satu. Bercawan kopi berkotak rokok dihabiskan dalam sesi membina jati diri.

Dari sini aku mula rasa tanpa pengorbanan dalam hidup kita tidak akan ke Sadio Mane. Metzger & Liverpool mengubah cara aku berfikir, teringat keluarga di kampung & orang tersayang.

Bermulalah kenapa aku sokong Liverpool.

Dari London ke Liverpool

Sepanjang aku berkenalan dengan Metzger aku belum pernah jejak kaki ke stadium. Cuma angan-angan difikiran. Aku menghubungi Metzger bertanya bila boleh ke stadium.

Ahad ini katanya lagi. Aku bagaikan tiada tulang kaki lemah longlai keluar dari pondok telefon berwarna merah. Anfield aku datang! Dengan hasil duit yang diterima 3 minggu lepas mampu menanggung perjalanan ke stadium serta membeli sehelai baju.

Cuaca di sini tidak sama seperti di Malaysia. Jersi hanya dipakai bersama jaket tebal.

Ke Anfield

Sampai sahaja waktu dan masanya. Metzger membawa aku ke lokasi yang berada tidak jauh dari tempat tinggalnya. Eh bukan kita mahu ke stadium? kata aku lagi. Kita ke internet cafe sebentar. Aku ikuti sahaja langkah kakinya & befikir untuk menempah tiket agaknya.

Cyber Zone Internet Cafe :
Latitude: N51:22:29 (51.374860) Longitude: W0:05:40 (-0.094515)

Hari sudah lewat. Hari sudah malam.

Kenapa perlu di sini? tanya aku lagi. Metzger terus ke kaunter untuk melakukan tempahan komputer. Kau mari ke mari, sambil mengabil tangan ke arah aku dan membuka page Liverpool di Facebook. Kau dah daftar Facebook? Kalau sudah, kau like page ni & komen “This Year is Our Year” serta share post ini! katanya lagi.

Waktu itu aku dapat rasakan lagi satu entiti lain yang meresap ke dalam badan. Bibit-bibit panas mula naik sampai ke kepala. Sejuk cuaca hilang serta merta. Aku tanggalkan jaket dan meramas seluruh jari jemari. Sebelum sempat tangan aku ke muka Metzger satu goyangan badan yang membuatkan aku terjaga dari tidur dan ibu berkata

“Bukan kau tengok bola! TV tengok kau! Sudah-sudah nak bermimpi. Pergi ambil wuduk & solat Subuh! Dengan Leicester City pun kalah. Tak malu!”

Aku terus ke bilik air sambil tersengih keseorangan. Inilah kisah Kenapa Aku Sokong Liverpool yang penuh fantasi dan harapan. Kah kah kah

Baca Juga

Baca Juga