Kenapa Bendera Malaysia Digantikan Dengan Logo FAM Pada Jersi Baharu Skuad Kebangsaan?

Jersi baharu pasukan Harimau Malaysia telah dilancarkan oleh Nike dan jika diperhatikan tiada lagi bendera Malaysia di dada jersi dan digantikan dengan logo FAM, dan apakah sebabnya?

Seperti biasa terdapat dua versi iaitu jersi ‘home’ dengan warna utama hitam dan jersi ‘away’ dengan warna utama putih itu akan mula digunakan skuad Harimau Malaysia pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 dengan saingan Kumpulan B di Yangon, Myanmar akan bermula Ahad ini (20 November).

jersi-baru-malaysia-home-away
Jersi Home dan Away

Jersi yang diperkenalkan ini adalah untuk tahun 2016 hingga 2018. Melalui laman sesawang mereka FAM telah menjelaskan sebab kenapa bendera Malaysia digantikan dengan logo FAM tidak seperti tiga jersi terdahulu – 2010-2012, 2012-2014 dan 2014-2016?

“Sebenarnya dalam bola sepak antarabangsa, logo federasi adalah ‘standard’ yang biasanya digunakan di bahagian dada jersi kebangsaan. Jika dilihat pada kejohanan Euro 2016, Copa America 2016 dan Piala Asia 2015, hampir kesemua negara menggunakan logo federasi atau pun logo pasukan di jersi masing-masing.

“Malah dengan penggunaan logo federasi, jersi ini lebih eksklusif melambangkan jersi bola sepak dan bukan jersi sukan lain.”

kenapa-logo-fam-pada-jersi-baru-malaysia
Bendera Malaysia Digantikan Logo FAM

FAM juga seakan sudah dapat membaca persoalan peminat apabila turut memberi penjelasan kenapa logo FAM digunakan sedangkan logo baharu Harimau Malaysia telah dilancarkan pada 16 September lalu?

“Jersi Harimau Malaysia 2016 ini mula direka oleh Nike pada awal tahun 2014. Jersi pasukan Malaysia dihasilkan serentak dengan jersi-jersi keluaran 2016 negara-negara lain yang ditaja oleh Nike dan keseluruhan proses ‘design’ sehingga produksi mengambil kira-kira 18 bulan.

“Jersi-jersi ini telah siap pada awal tahun 2016 untuk pelancaran negara masing-masing menjelang kejohanan-kejohanan tahun 2016 seperti Euro 2016 dan juga Copa America 2016.

“Disebabkan Piala Suzuki AFF 2016 bermula pada November, maka jersi Malaysia hanya dilancarkan pada hari ini walaupun proses reka bentuknya dan produksi telah bermula seawal tahun 2014.”

Jersi ‘home’ skuad Harimau Malaysia sebelum ini menggunakan warna kuning sebagai warna utama dan pastinya penggunaan warna hitam sebagai warna utama adalah sesuatu yang baharu buat peminat bola sepak negara.

Ini akan memberi sedikit rasa pembaharuan kepada pasukan serta kelainan dari segi ‘design’ untuk peminat dan pengumpul jersi kerana lima keluaran jersi dari tahun 2007 hingga kini menggunakan tema yang sama.

Harga RM289.

Baca Juga

Baca Juga