Kenapa Carlton Cole Memilih Persib Bandung Walaupun Isterinya Orang Malaysia Terjawab

Persib Bandung baru-baru ini telah memecahkan kesunyian dan kesepian bola sepak Asia Tenggara di kacak mata bola sepak dunia apabila membawa bekas pemain Chelsea, Michael Essien menyertai mereka. Minggu lepas pula mereka sekali lagi mengambil bekas pemain Chelsea – Carlton Cole.

Pemain berusia 33 tahun tersebut memulakan kariernya bersama The Blues pada tahun ketika berusia 18 tahun di bawah pengurus berbangsa Itali, Claudio Ranieri.

Cole bakal memakai jersi bernombor 12, mungkin mengambil inspirasi daripada Amar Rohidan.

Untuk menambahkan lagi pengalamannya dalam dunia bola sepak orang dewasa, Cole telah dipinjamkan ke beberapa kelab seperti Wolverhampton Wanderers, Charlton Athletic dan Aston Villa. Ketika itu bintangnya dilihat bakal bersinar buat Chelsea.

Cole di Chelsea. Ketika Chelsea menggunakan jersi ini, mungkin penyokong mereka sekarang masih lagi menyokong Manchester Untied masa tu.

Nasibnya malang. Harapan yang tinggi runtuh bagaikan salji di Kutub Utara.

Roman Abramovich membeli pasukan London tersebut dan peluang pemain muda untuk menonjolkan diri lebur begitu sahaja kerana polisi membeli pemain bintang.

Cole kemudiannya membawa diri ke jiran Chelsea, West Ham dan telah berada di kelab itu selama 10 tahun, bermain lebih 250 perlawanan dan menjaringkan lebih 50 gol. Itu pun sebab selalu cedera lutut, kalau tak cedera, pasti Cole akan memecahkan rekod jaringan Alan Shearer.

Cole di West Ham. SBOBET tu laman judi. Jangan cari link dia pula.

Selepas West Ham, Cole singgah sebentar di Celtic selama semusim, sebelum menyertai kelab Amerika Syarikat, Sacramento Republic pada tahun 2016 dan hanya bermain sebanyak empat perlawanan, sebelum kembali ke UK.

Manisnya kenangan di Amerika apabila Cole bertemu jodoh dengan seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Sofia.

Cole di Sacramento

Sebaik diperkenalkan oleh kelab di Bandung dalam satu sidang media, Cole ditanya oleh wartawan kenapa memilih Indonesia, sedangkan isterinya merupakan rakyat Malaysia dan kenapa Cole tidak memilih Liga Malaysia sebagai destinasi kariernya.

“Tidak, saya melihat pertandingan bola sepak di Indonesia lebih menarik,” katanya.

“Saya tahu kalau Persib mempunyai ramai fans fanatis. Ini membuatkan saya bersemangat ingin bermain di kelab ini. Bermain di hadapan puluhan ribu fans merupakan sesuatu yang membanggakan bagi seorang pemain bola sepak , gak terkecuali saya,” ujar Cole.

“Saya sudah biasa makan masakan ala Malaysia yang hampir mirip rasanya dengan Indonesia. Soal gaya bermain sepak bola Indonesia, saya yakin juga mampu beradaptasi dengan cepat,” terang Cole panjang lebar.

Wah Cole, baru dua hari di Bandung udah bisa ngomong Indonesia ya?

Kalau kita rujuk kembali sejarah Cole, kali terakhir dia bermain bola sepak kompetitif adalah pada tahun lalu. Persoalannya, adakah Persib Bandung menjadi mangsa ejen bola sepak?

Sama-sama kita tunggu berapa perlawanan bisa Cole main. Kalau tak nak tunggu pun takpe. Tak paksa pun.

Baca Juga

Baca Juga