Beberapa pihak ternyata tidak berpuas hati dengan kualiti pengadilan perlawanan antara Liverpool menentang Tottenham, di mana admin ada terdengar bisikan ‘reff gilo’ dan ‘reff babi’ di Restoran Salamath, Dungun, semalam.
Apa tidaknya, Spurs dua kali dianugerahkan tendangan penalti dan ini pastinya menimbulkan rasa marah dan curiga terhadap pengadil yang pernah melayangkan kad merah kepada Sane ketika Liverpool dibaraikan Manchester City tahun lalu.
Meskipun penalti kedua telah memusnahkan harapan Liverpool untuk meraih tiga mata, penalti pertama lebih menarik minat para pakar bola sepak dalam talian sepert Sahak Salah, Jejai Firmino dan juga Ismail Karius.
Ketika Harry Kane menerima bola hantara Dele Alli, dia berada dalam keadaan ofsaid di belakang Dejan Lovren. Yup, Dejan Lovren.
Bola hantaran Alli tersebut meluru ke arah Lovren, tapi tu lah, Lovren kan? Meskipun sepatutnya bola tersebut boleh dikawal dan dikeluarkan dari bahaya, Lovren memilih untuk tersilap sepak dan menyebabkan bola sampai ke kaki Kane yang sudah ofsaid.
Kane membawa bola ke hadapan dan dikasari Karius yang kelihatan seperti Lord Bendtner, seterusnya Tottenham dianugerahkan tendangan penalti.
Kalau nak faham, tengok video ni.
Jadi persoalannya, patut ke tak patut penalti itu?
Jawapannya ialah patut, kerana dua sebab.
Sebab pertama adalah admin merupakan penyokong Chelsea, dan sebab yang kedua ialah ketika Kane menerima bola, dia tidak berada dalam keadaan mempunyai kelebihan kerana bola telah menyentuh kaki Lovren.
Sekiranya bola tidak menyentuh kaki Lovren, maka Kane automatik akan dihukum ofsaid kerana dia berada dalam keadaan yang mempunyai kelebihan.
Kau faham ke tak faham?
Kalau tak faham, kau anggap je lah punca kekeliruan ni adalah Lovren. Kalau dia tak berzapin di situ, maka Kane dah ofsaid dan semua orang terus tutup cerita.