Kenapa kelab-kelab Sepanyol berjaya di Eropah terjawab

Seringkali kita baca di akhbar, Facebook, Twitter, Tumblr (kih kih kih) tentang kehebatan kelab-kelab dan pemain dari Liga Sepanyol. Barcelona lah, Real Madrid lah, Athleti lah – memang selalu pasukan-pasukan dari Sepanyol menjadi bahan berita.

Malah, dalam kejohanan UEFA Champions League (UCL) 2015-2016, sejarah tercipta apabila lima pasukan dari La Liga berada di peringkat kumpulan UCL, berbanding 4 pasukan seperti musim-musim yang lalu.

Pada pusingan 16-pasukan pula, tiga wakil Sepanyol – Barcelona, Real Madrid dan Athletico Madrid dilihat selesa untuk layak ke suku akhir.Manakala dalam pertandingan divisyen 2 UEFA, Liga Europa pula, 4 pasukan Sepanyol layak ke pusingan 16-pasukan iaitu Villareal, Athletic Bilbao, Sevilla dan Valencia.

Disebabkan kecemerlangan kelab-kelab Sepanyol di pentas Eropah, FA Sepanyol berjaya menduduki tangga teratas ranking MA UEFA, meninggalkan FA Jerman dan FA England masing-masing di tangga kedua dan ketiga dan ini akan terus memastikan 3 pasukan dari La Liga akan layak secara automatik ke peringkat kumpulan UCL dan 1 pasukan melalui pusingan kelayakan.

Member associations   UEFA rankings   Country coefficients – UEFA.com

Begitulah serba sedikit kehebatan kelab-kelab dari Sepanyol. Tapi bagaimana kelab Sepanyol boleh jadi power macam tu?

Jurulatih berkelayakan yang ramai.

Dalam satu data yang dikeluarkan oleh UEFA pada 2014, Sepanyol mempunyai seramai 15423 jurulatih yang mempunyai lesen Pro UEFA, berbanding 6934 di Jerman. Cukup ramai! Dari segi jumlah pemain bola sepak yang berdaftar di Sepanyol, termasuk pemain import adalah sekitar 653,000. Ini bermaksud, secara puratanya setiap jurulatih yang mempunyai lesen Pro UEFA akan bertanggungjawab untuk melatih seramai 40 orang pemain. Itu dikira secara keseluruhan pemain.

Jumlah jurulatih Pro UEFA mengikut negara (2014) :

Negara Jumlah jurulatih Pro UEFA
Sepanyol 15423
Jerman 6934
Perancis 3308
Itali 2281
England 1395

Jika kita ambil 10% daripada jumlah jurulatih tersebut berkhidmat di La Liga, dan kita anggap setiap 20 pasukan di La Liga mempunyai 40 orang pemain, maka setiap pemain di La Liga akan mempunyai 2 orang jurulatih peribadi yang mempunyai lesen Pro UEFA. Hebat!

Jurulatih Pro UEFA pastinya mempunyai pengetahuan yang tinggi bagaimana cara mengenal pasti kelemahan pemain dan seterusnya mengatasi kelemahan tersebut.

http://www.fifa.com/worldfootball/bigcount/registeredplayers.html
Jumlah pemain di setiap negara. Sumber : FIFA

Secara logiknya, pastinya prestasi pemain akan meningkat sehingga mencapai tahap tertinggi pemain tersebut, dan sebab inilah prestasi pasukan kebangsaan Sepanyol sentiasa digeruni di peringkat antarabangsa – kecuali Piala Dunia 2014.

Struktur liga yang kompetitif

Sepanyol mempunyai populasi penduduk seramai 47juta (2014), tersebar di seluruh wilayah di Sepanyol – dari Catalan ke Andalusia dan dari Basque ke Madrid. Jadi, untuk memberi ruang dan peluang kepada para pemain untuk bergiat aktif ddalam bidang bola sepak, FA Sepanyol (RFEF) telah memperkenalkan struktur liga yang cukup kompetitif.

Kita biasa dengar tentang La Liga atau nama sebenarnya Primera Division, dan jarang-jarang yang mengetahui berkenaan Liga Adelante (Segunda Division) yang merupakan liga divisyen 2 di Sepanyo. Liga divisyen 3 pula dipecahkan kepada 4 kumpulan – Segunda Division B kumpulan 1-4, dan setiap kumpulan ini mempunyai 20 pasukan. Jadi, divisyen 3 sahaja mereka sudah mempunyai 80 pasukan.

Manakala liga divisyen 4, Tercera Division dimainkan mengikut zon wilayah dan liga ini mempunyai 18 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 20 pasukan, bersamaan 360 pasukan secara keseluruhannya! Jika dijumlahkan kesemua pasukan dari La Liga sehingga ke Tercera, mereka mempunyai sebanyak 480 pasukan, itu belum termasuk regional division yang dimainkan di setiap wilayah.

Menariknya, jika di England, pemain muda mempunyai liga mereka tersendiri. Contohnya liga bawah-21 tahun dan bawah 18 tahun. Tetapi di Sepanyol, tiada liga spesifik untuk pemain muda melainkan untuk pemain bawah 16. Pemain –pemain yang berusia 18-21 tahun akan bermain di liga-liga yang disebutkan di atas melalui kelab kedua.

Maksud kelab kedua di sini ialah kelab yang diwakili oleh pemain simpanan dari kelab-kelab utama. Contohnya seperti di bawah :

Kelab utama/Liga

Kelab kedua/Liga
Real Madrid/La Liga Castilla/Segunda Division B
FC Barcelona/La Liga Barca B/Segunda Division B
Athletic Bilbao/La Liga Bilbao Athletic/Segunda Division (Liga Adelante)

Ini bermaksud, pemain-pemain muda akan berhadapan situasi sebenar bola sepak pada peringkat yang lebih awal dan mereka akan pastinya menimba lebih banyak pengalaman berbanding rakan-rakan mereka di Negara lain yang bermain di liga peringkat umur. Langkah ini cukup bagus dan sangat-sangat membantu perkembangan pemain muda. Sebab itulah kita boleh nampak hasilnya apabila Sepanyol banyak menghasilkan pemain muda berkualiti dan jumlahnya semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Kesimpulannya, dua factor di atas merupakan factor utama kehebatan kelab-kelab Sepanyol di eropah, dan beberapa factor utama lain seperti pengurusan kelab, kewangan dan lain-lain lagi akan dibincangkan kemudian. Alangkah bagusnya jika keadaan yang serupa dapat diimplementasikan di Malaysia dan pastinya kita akan melihat Harimau Malaya yang benar-benar garang!

Baca Juga

Baca Juga